Thursday, February 4, 2016

Perubahan


Manhaj Taghyir

Dulu kak rai pernah sebut pasal benda ni kat aku tapi aku tak ingat conversation apa yang boleh bawak kepada tajuk ini.

Kata dia,

"Manhaj yang kita bawak adalah manhaj perubahan. Kita dakwah seseorang itu bukan style beri sahaja, or touch and go, tapi kita nak ubah dia jadi someone yang lebih baik dan lebih dekat pada Islam. Sampai dia berubah, dia dan kita merasakan perubahan diri dia itu. Itulah dakwah kita."
Ayat reka sendiri tapi lebih kurang begitu lah bunyinya.

Dan tadi ustaz cakap,

Juga ayat reka sendiri bunyi macam lebih kurang je, maafkan garam gula tambahan,

"Islam itu sendiri sifatnya mengubah. Islam adalah dasar (reason) terpenting untuk berubah. Dan perubahan itu tidak akan dapat berjalan, melainkan individu itu sendiri yang nak bawa diri dia berubah kepada yang lebih baik."

Tambah lagi,

"Seorang individu (manusia) itu pula adalah elemen anasir terpenting untuk ubah masyarakat. Jadi, kalau nak ubah masyarakat, kita kena ubah diri kita dahulu."

.

"Jadi, kita lah kena check diri kita sendiri, daripada saat kita bangun hingga kita tidur semula. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dari semalam."


.

"Dan bagaimana akhirnya kita juga mengajak orang lain untuk mencapai perubahan yang kita mahukan."

.


Aku pun terfikir, dua benda.

Satu. Bagaimana pula kalau kita membawa usrah itu hanya semata usrah memberi, bukan usrah mengubah. Maka itu sudah lari daripada tujuan atau prinsip dakwah yang kita kejar. Memang, tidak dapat dinafikan pada murabbi dan mutarabbi itu ada kekurangan manusiawi yang terpaksa ditampung. Kekangan masa, bakat, idea dan sebagainya. Tetapi, kalaulah usrah yang dibawa itu tidak bersifat mengubah atau mengislahkan, maka, bukankah ada sesuatu yang silap di situ?

Dan apatah lagi lah kan kalau murabbinya pun tak perasan mutarabbinya tu ada perubahan ataupun tidak. Sama ada lebih baik, statik atau makin ke bawah. Eh. Usap dahi berkali-kali.

......

Kedua. Bagaimana pula kalau kita yang bersama dalam jalan DnT ini, tidak dapat merasakan apa-apa aura perubahan dalam diri ni semenjak dua menjak ini? Tak tahu lah siapa yang patut dipersalahkan, tetapi yang pasti, part kepada blame tu ada pada diri sendiri. Berapa banyak liqa, daurah, mukhayyam, musyawarah, nadwah dan mabit yang dihadiri. Tetapi amal masih di takuk itu. Tarbiyah maintenance orang kata. Yup, ok lah daripada menurun kan. Tapi betul ke puas hati hanya dengan itu?

Kadang-kadang aku rasa silap terbesar kenapa kita tidak berubah laju ialah kerana kita dengan Tuhan itu tak berapa nak rapat. Asyik main je, take for granted kewujudan akhawat2 qowiy kabeer yang ada di sini. Padahal bak kata ustaz, "Islam itu sendiri sifatnya mengubah." So, kalau kita embrace Islam baik-baik, pasti akan ada perubahan yang muncul pada diri kita.

Yang akhirnya perubahan berbentuk individual ini, mampu dialirkan tenaganya, membentuk sebuah revolusi perubahan kepada masyarakat dan seterusnya.

.......

Konsep ini, sebenarnya memang dah lama dilaungkan dalam perbincangan-perbincangan dakwi dan tarbawi kita sejak pertama kali menjejak ke alam DnT ini. Cuma aku tersedak kembali teringat perbualan aku dengan kak rai, tentang sifat tarbiyah ini yang mengubah. Dan itu yang membezakan dakwah kita dengan yang lainnya. Kalau bawak usrah, kita memang betul-betul aim yang kita nak jadikan mutarabbi kita seorang yang hebat, mengikut acuan al-quran dan sunnah, berkeperibadian sebagaimana para sahabat, menjadi individu yang hebat. Yang macam pohon keimanan tu. Kefahaman yang mengakar, keperibadian yang mantap dan mengagumkan, dan membuahkan akhlak dan kebaikan buat yang lain.

Untuk kita yang berenang dalam jalan DnT ini, harus sentiasa muhasabah diri. Adakah di sana mana-mana ruang untuk aku perbaiki diri dan jadi lebih baik daripada aku yang dahulunya? Bagaimana mutabaah amal aku, amal dakwi aku? Study? Akhlak peribadi? Banyak lagi sebenarnya benda yang kena diubah dan diperelokkan.

Kalau semua orang fikir macam ni,

Memang akan dapatlah matlamat ustaziatul alam tu.

Dan ternyata dakwah Islamiyah ini memang manhaj terbaik untuk memperbaiki dunia ini, kerana sifatnya yang mengubah sesuatu.

Sekian fikiran malam daurah.
Esok ada lagi, seronok juga stay di mesir je waktu cuti winter ni.
Banyak benda boleh selesaikan.

Wednesday, February 3, 2016

#Thought 4

Bila pikir balik,

Dalam blog ni banyak keluhan. Nasib baik nama blog mumblyme boleh la kot nak kaitkan dengan 'mumble' tu. Atau taruk 'keluhan-me' (?)

Adoii. Hakhak.

Kenapa aku tidak begitu?

domoku yang sudah hilang


Tuhan,

Dia selalu menemukan aku dengan orang-orang yang hebat tajarrudnya. Di jalan dakwah dan tarbiyah ini, aku selalu dikejutkan dengan kewujudan orang yang aku rasakan hampir mustahil untuk ada. Daripada pemegang biasiswa kijang emas belajar di Oxford bertudung labuh yang sering ke sana ke sini menjadi muwajih daurah, ikhwah yang kini berada dalam politik yang bercita-cita nak jadi PM satu hari nanti, wartawan di sebuah stesen TV besar dalam masa yang sama juga ke sana sini menyumbang tenaga dalam DnT, artis, professors, anak duta yang ikut tarbiyah kemudian buat DF menangis2 sebab fail first time, kemudian bangkit balik hinggalah kini dah bawa usrah, orang yang belajar dalam bidang media penyiaran yang aim nak buka satu stesen radio tarbiyah, sehinggalah ke sesimple seorang murabbi yang sembahyang sunat taubat acapkali nak buat liqa keesokan harinya, dan akhawat yang tidak pernah tinggal ODOJ nya walau sibuk bagaimana pun dia pada hari itu.

Kenapa aku kata tajarrud?

Sebab diorang mampu melepaskan segala title dan impian duniawi mereka dan aim untuk akhirat. Untuk kebaikan islam.

Sedang mereka dahulu, mungkin mempunyai background yang mungkin lebih bawah daripada aku pemahaman islamnya suatu masa dahulu.

Untung aku, aku dilahirkan dalam keluarga muslim, ibu abah juga ke sana ke mari aktif dalam dakwah. Amat selesa bagi aku untuk bergerak. Sedang mereka, mungkin tidak. Ikut equation logik, seharusnya mungkin aku patut lebih tinggi level kemampuan penyumbangan aku dalam agama ini.

Kewujudan orang-orang macam ni, memang mematahkan hujah aku,
Hujah untuk bersenang lenang dan lembik dalam DnT ini.

Ya, mungkin kita boleh kata mereka adalah ma3adin (logam) mahal, dan kita tidak, tetapi apa yang dikagumi ialah ketajarrudan mereka yang macam memang dah tak pandang belakang balik dah. Sedangkan lagi kuat logam itu, lagi banyak sebenarnya cabaran untuk kekal pandang ke hadapan.

...................................................

Kedua, dalam nasihat.

Tuhan,

Dia selalu menjumpakan aku dengan ayat-ayat dan nasihat yang datang tepat pada masanya. Serius tepat. Sebab kadang-kalanya, bila aku bertemu semula dengan frasa yang sama pada hari lainnya, efeknya tidak sama dengan waktu semasa aku bertemu dengannya pada masa yang tepat itu. Sebelum atau selepas. Serius sekali lagi.

Bila aku lihat semula, sebenarnya Tuhan itu memang dah sangat baik.

Hidayah tu terasa dari segenap sudut, kalau diperhati semula betul-betul. Aku rasa betul lah statement yang setiap orang tu memang Allah bagi je sign, hidayah, petujuk; biar muslim atau tidak. Cuma sekarang depends pada si penerima tu jelah, nak dengar dan ikut hidayah tu atau pura-pura buat pekak. Kan. Kalau aku yang muslim pun rasa, kenapa tidak bagi yang non-muslim/orang yang jauh daripada islam.

Entahlah, ini semua rezeki. Perasaan tu, rezeki.


Tapi yang peliknya,
Kenapa aku masih bukan orang yang begitu? (yang seperti di atas)
Even semasa aku gariskan impian hidup aku up to tahun duaribulapanbelas pun takde terselit impian-impian besar.


Biarlah
Biarlah
Biarlah


Aku berdoa semoga aku dijadikan orang yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai dalam cara yang terbaik dari segala sudut yang aku mampu, sebaik-baiknya bank amal yang dipenuhi dengan amal jariyah yang kekal hidup walau aku sudah mati nanti.

Dan kalau ada rezeki,
Semoga aku mampu jadi orang hebat itu.



(keluhan seorang yang bercita besar tetapi tidak beramal besar)

Err.