Wednesday, September 6, 2017

Don't worry, rest assured

This is a post i got from muharrik daie's page which i rasa terkesan

Sebelum tidur ...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, beberapa orang sahabat melihat seorang pemuda yang kuat dan rajin bekerja. Mereka pun berkata;
"Alangkah baiknya jika dia berjihad di jalan Allah."
Rasulullah SollAllahu Alaihi Wasallam segera menjawab,
"Jangan kamu berkata seperti itu. Jika dia bekerja untuk menafkahkan anak-anaknya yang masih kecil maka dia berada dijalan Allah. Jika dia bekerja untuk menafkahkan kedua orang tuanya yang sudah tua, maka dia dijalan Allah. Dan jika dia bekerja untuk memenuhi keperluan hidupnya, maka dia dijalan Allah."
(Hadith Riwayat Baihaqi).
Muga menfaat untuk direnungi.
#muharrikdaie

Kadang-kadang kita risau, sebagai seorang murabbi terutamanya. Bila melihat anak binaan kita yang sangat bersinar dan unggul, semakin lama semakin sunyi daripada jalan dakwah dan tarbiyah. Kita pun cuba asak dengan motivasi-motivasi melangit —yang mungkin kita boleh sifatkan sebagai ideal; bukan untuk membebankan..tapi untuk memberi semangat. Dan kita tahu, sebenarnya kita pun tak mampu nak capai apa yang kita cakap tu. Kita cuma mengkuote kefahaman-kefahaman dan ayat-ayat yang pernah kita baca dan ambil daripada orang-orang yang berjaya membuktikan mereka boleh. Tidak lain tidak bukan, para rasul dan sahabat.

Ayat-ayat yang pernah menginspirasi kita.

Tetapi iya, itu ideal. Bermaksud, kalau benar mampu digapai..mashaAllah, muslim yang berjaya itu sangat hebat. Tetapi bukanlah bermakna yang gagal itu ahli neraka. Selagi mana dia bersungguh dalam hidupnya, mentaati Allah dan Rasulnya, tidak melakukan maksiat dan harmoni hidup bersama masyarakatnya, baginya pahala jihad.

Maka murabbi sekalian, jangan bersedih dan berputus asa. Pahala anda pada amal anda bukan pada hasil. Kita bermaksud menaikkan potensi mereka sahaja; kalau tidak mampu dicapai, banyak lagi ladang pahala untuk si mutarabbi tersebut.

Yang penting kekalkanlah mereka dalam amal kebaikan, motivasi untuk lawan kemaksiatan, beramal selayaknya seorang muslim yang sempurna akal, tubuh dan jiwa.

Dan tiupkan lagi semangat untuk menggilapi potensi mutarabbi
Hari demi hari.

Semoga Allah pandu hati kita semua ke arahNya.

No comments: