Tuesday, May 31, 2011

perjalanan

Assalamualaikum :)

Hello freinds out there~ So camne korang sekarang ea..*soalan ni untuk kwan2ku sahaja*. It's 31st May already, and I bet that 90% of us dah pergi sambung belajar ke mane2 selepas SPM. Haha. Cam tak percaya kan. And here, I would like to share my storyline being a preparatory student for almost 3 day [ cehh,,baru 3 hari --actually i'm not sure that i'll got time to do like this in the future,,as i'm very excited untuk menulis, so just bace je la ye ^^ ]...

Well, here, kitorang bukannya budak2 matrik, asasi or whatever yang sama taraf dengannya. Ak ngan mun kat sini sebagai pelajar persediaan. So, kami kena catch up and cover a lot of topics before going off to egypt/jordan dalam masa 12 minggu sahaja. Minus 2 weeks for BTN and final exam week, it got to be 10 weeks only....waaa..haa..minus lagi 2 minggu untuk group presentation and projects.


Basiccally, student yang pergi egypt ngan jordan mempunyai preparation yang amat berlainan. So, ak ngan mun tak sama kelas. Untuk pelajar Jordan, diorang kena belajar balik biology, chemistry and physic,,sebab nanti kat Jordan, diorang will repeat those subjects for the first year in Jordan. Luckily, mun same class dengan budak2 group die mase inteview dulu.. so, xde la die terkapai2 kat class tu sangat.. tp, sume subjek sains tu blum mula lagi. bru muqaddimah dan taaruf.. hehe, (ni pun nak cite gk.. pape ntah) majority of the students in mun punye class from bdk mrsm n sbpi n kisas... #tercabar2~  truely, mmg dy mempunyai otak yg super duper brilliant!






Okey, lets talk about the egypt class! kitorang ni belajar tentang anatomy, biochemistry dan physiology.. dengar name pun da meremang bulu roma.. haha.. Actually semangat gler,,pasal sumenye pasal bio..! HAHAHA...keluarlah kamu wahai fizik dari dalam hidupku~HAHA.. Takde gak..kirorang still belajar fizik and chemistry, just semua tu dah di bio-kan dalam fisiologi and biochemistry. Untuk egypt, kat sini kitorang terus mengkhusus kepada medical study untuk memudahkan pembelajaran kitorang kat mesir nanti. So far, lecturer semua best, funky and happy going la. Tak macam sekolah; bagi salam kena bangun apa sumer..hehe. *Pmalas*. Lain2, untuk pelajar mep egypt , ada 9 subject semuanya ; which are:


  • Arabic for beginners
  • Introduction to Islam in Medicine
  • Civilization in Medicine
  • Biochemistry
  • Physiology
  • Biology [ more to anatomy ]
  • English pre-Medical Student
  • Arabic pre-Medical Student
  • Computer Literacy



ai sphinx...Lagi 3 bulan kita berjumpa yee..


Setakat ni, kitorang baru introduced to biochem, physio and bio...and computer literacy ( CL ) too...Hamdalah, dalam kelas ak ade 3 orang budak sabak, so rase bangge gak ade budak dr daerah ak kat intec ni. Apepun,, the journey just start to begin. Ade banyak assignment and project menunggu pasni. dan chaiyok untuk rakan2 lain juga :).

Okeh.,rase macam nak stop. Sekian.



Sunday, May 29, 2011

malam yang gelap

Assalamualaikum :)

Malam yang indah. Ya,,memang indah enough la untuk bersantai kat kerusi2 batu dalam kolej cemara ni. Sekarang patutnya semua student dah kena naik atas, tak boleh berlegar2 kat bawah ni, tapi kami ( ak ngan mun ) TERPAKSA ya,,bukan rela bertenggek di bawah ini sambil mencedok wifi dari kedai di sebelah~.

[ Tetibe mun menjelma ]

sekarang aku dengan biela ngah tunggu mak ak smpai sebab nk bagi benda yang terpenting sekali di Malaysia ini... ya tepat sekali , itu adalah my parent punye IC!!! haha, tegar sekali aku mengambil mereka punya IC~ actually, aku tak la sekejam itu...... itu adalah kerana kecuaianku untuk memulangkan IC mereka setelah membuat pasport..hehe.. maafkan aku ye parentku,, clock menunjukkan jam11.15 malam, tetapi mereka masih belum jua kunjung tiba.. dan kelihatan pakcik guard itu acapkali menjeling kami .

[ tetibe kereta unser warna biru menjelma, maka berakhirlah sesi percubaan mun membuat post di blog sy~ ]


macam ni la permandangan malam kat kolej cemara. Tipu? Dengki cakapla

Sunday, May 22, 2011

my 102nd post

Assalamualaikum :) 

Wahh..dapat jugak bukak internet. Credit to shak yang sudi membawa ak pulang ke rumahnye~. Well, hari ni hari yang ke 4 ak bergelar pelajar kolej. WAHH!  [ hahaha ]. Dari apa yang ak dapat simpulkan setelah membuat observation and comparison selama 4 hari, betullah cakap orang terdahulu-terdahulu yang UNI-life is TOTALLY DIFFERENT from school's. Mane taknye, kat sini kite kene jadi gler2 punye INDEPENDENT.

Jadi kawan2,,kalau korang nak masuk uni, pastikan korang both mentally and physically prepared, okeh?

*nanti ade mase ak tulis panjang2 sebab sekarang nak pergi PKNS,,hahaha~

Wednesday, May 18, 2011

cita-cita

Assalamualaikum :)

Fuh..fuh...dah berhabuk blog ni kot. Lama giler ak xbuat post. Haha, apa khabar semua. sekarang pukul 3.27 pagi,, ak still belum tidur sebab tengah kemas baju..esok nak pergi INTEC. Rasanya macam sekejap sangat.. habis SPM, masuk PLKN, keluar PLKN, amek result, hari anugerah, pergi interview JPA, dapat tawaran universiti, join KBM, dapat biasiswa, dan sekarang,, [ESOK] nak pergi masuk u..!! I feel like all of them happend in a sudden! Whoa...cepatnya masa berlalu, sekarang dah bulan mei dah. By this 22nd, diorang masuk UiTM. 23rd, matrikulasi. 29th pulak upu. CEPATNYE!! Itulah, bak kata orang, dalam perjuangan hidup ni, kerja lagi banyak daripada masa. Jadi memang kita kena bergerak pantas, dan memanfaatkan masa sepenuhnya,  sebab Allah dah cakap,

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Hmm...betul kan. Sebenarnya, banyak masa kita dihabiskan ke arah mana, fikir-fikirlah sendiri. Alangkah baiknya jika waktu kita selama ini digerakkan ke arah kebaikan, sesungguhnya kita akan rasa masa itu lebih dihargai. Betul..! Cubalah...

Ok,, Dalam 2 hari bersiap untuk ke INTEC selepas balik dari program kbm, ak banyak berfikir tentang hidup dan arah tuju ak lepas ni. Hamdalah, ak diberi peluang yang terbaik untuk dilorongkan terus ke bidang perubatan tanpa perlu melalui asasi terlebih dahulu yang di mana, untuk ak, agak banyak rintangan dan cabarannye [sebab sekarang ramai orang pandai2...]. Dan, entahlah..bayangkan impian murni yang selama ni ayah ak penat tanamkan dalam otak ak ni....akhirnya,,ada sinar harapan untuk menjadi realiti. Yelah, dulu kan sibuk desas-desus pasal nak bekukan bidang medic. Huu..time tu,, kechewa ak tau tak. Banyak historynye pasal ak betul2 thiqah nak amek medic ni. Bukan senang. Masa kecik2 dulu, ak selalu berimpian nak jadi orang yang mengkaji, ala2 saintis camtula... antaranya ahli astronomi, ahli geologi, ahli kaji sejarah...banyak lagi. Tak pernah terlintas nak jadi cikgu ke..polis ke...pilot ke.... tak ada~... SAYA NAK JADI SAINTIS. Itulah impian ak sejak umur 10 tahun, sampai form 2 tak silap. 

KENAPA? Ntahla,, tu sume jasa buku2 ensiklopedia yang ibu belikan banyak2 dan letak dekat ceruk rumah sana. Dulu, ak memang minat sangat2 untuk mengetahui benda2 sains ni. Macam mana hujan terbentuk, langit, laut, buih, bunyi dan macam2 lagi la.. Sampai ibu pun dah letih nak jawab. [ Sebab tu kot ensiklopedia tu boleh muncul,. Jadi bahan rujukan...hehe ] . Abah pulak selalu cerita pasal negara tu, negara ni, peta dunia tu semua dy hafal. Siap dengan ibu negara lagi. Sebijik macam buku teks geografi. Sejarah pulak,,fuhh..abah jadi buku tebal bergerak. Nak dengar cerita pasal ape? Sejarah dunia? Eropah? China? Sejarah Islam? COMPLETE! Sebab tu la ak nak jadi ahli2 seperti yang di atas kot...[ haha :) ] Tapi malangnya abah tak menyokong impian murni ak nak jadi saintis tu. Instead, he told me to be a doctor. Sebab dy kata...ala... banyak la sebab dy bagi. Doktor kerja mulia, boleh dapat dua2 ; dunia dan akhirat. Kerjaya yang orang pandang, boleh bantu orang, orang respek...banyak~.. Tapi masa tu (umur 10 tahun) ak cakap "TAK NAK!"   Sebab nabila nak jadi ahli astronomi (ecehh....^^..iklan sustagen + ensiklopedia + library sg.besar punye pasal ). Haha,, tapi,, yela,,as time pass by,, dah kene sogok hari2 ngan nak jadi doktor tu, akhirnye menyerah kalah jugak bila masuk form 3 ; belajar pasal sains tubuh badan manusia. Sangat2 seronok!!! Betul cakap abah, biologi antara subjek yang paling best. Abah kat sekolah dulu pun terel bio, tapi fizik dy kureng sikit la.. Same cam ak.. haha... like father like daughter. Masuk bab fizik je, senang betul kedut kat muke keluar. [ dan sekarang ianya diwarisi oleh zikrul pulak~ ]

Panjang kan story ni. Then, bila tetibe muncul ura-uri pasal medic tu, orang yang paling sedih mestilah abah. Dy dah penat tanamkan minat tu dalam anak sulung dy ni, tetiba, disebabkan tahun tu agak tak bertuah, impian tu tak dapat direalisasikan. Sedih kan? Ak pun same join kestressan abah masa tu. Lepas tu pikir2, ak nak masuk biolab pulak, turn pada impan dolu-dolu yang nak jadi saintis tu..tapi still abah tak bagi. Sebab kerja dalam lab tak jumpa orang sangat. Duduk dalam dunia sendiri. Tapi, nasib baik bende tu wartawan salah dengar. Rupa2nya kursus perubatan tak dibekukan... Ceh,,buat cuak je. Senget punya wartawan. Habis chaos rumah ak tau tak. Dan kini, path tu dah jelas. Ak dapat program perubatan untuk IJAZAH pada tahun hadapan....YEAAAAA!!!!!!! Seronok3..


dan insya-Allah, ak akan cuba untuk menjadi doktor sehebat Rufaydah al-Aslamiyyah ; beridolakan Dr. Muhaya dan Dr. Harlina sebagai penggerak dan pencetus semangat....malah lebih hebat lagi daripada mereka, insya-Allah !!




cairo, here i go..!!! (ececeh...masuk INTEC pun belum )

[banyak giler tulisan, satu je gambar. sorila, jangan termuntah sudahla..]


Saturday, May 7, 2011

future

Assalamualaikum :)

Hmmm~ nak cakap pasal apa ye. Okeh, 6 Mei yang lalu, upu keluar. Then semua orang check. Pastu, ak tunggu depan komputer tu pukul 12 [ asal ayat macam robot abes bateri nih..??! ] Okela...haha.. Alhamdulillah, ak ditawarkan ke PASUM, Universiti Malaya untuk program asasi sains hayat..waa...29 Mei daftar.. cepatnya..!!!~... yang JPA ni bile nak keluar? Aish3....ak nak ber'ready-ready' untuk masuk u. Dulu dy cakap keluar result 29 april..-------> jadi 6 Mei -------->  tunda pulak ke 9 Mei.. Aisehh.. penat~









Tengokla,,, walaupun sedih *sikiiiiittt je* sebab tak dapat first choice ; yakni asasi  perubatan UIA, tapi UM is not too bad jugak...better dari tak dapat langsung kan. Bersyukur2....


p/s: Macam tak caye je dah nak masuk u. JPA pulak bila nak keluar...! (>0<)