Wednesday, May 18, 2011

cita-cita

Assalamualaikum :)

Fuh..fuh...dah berhabuk blog ni kot. Lama giler ak xbuat post. Haha, apa khabar semua. sekarang pukul 3.27 pagi,, ak still belum tidur sebab tengah kemas baju..esok nak pergi INTEC. Rasanya macam sekejap sangat.. habis SPM, masuk PLKN, keluar PLKN, amek result, hari anugerah, pergi interview JPA, dapat tawaran universiti, join KBM, dapat biasiswa, dan sekarang,, [ESOK] nak pergi masuk u..!! I feel like all of them happend in a sudden! Whoa...cepatnya masa berlalu, sekarang dah bulan mei dah. By this 22nd, diorang masuk UiTM. 23rd, matrikulasi. 29th pulak upu. CEPATNYE!! Itulah, bak kata orang, dalam perjuangan hidup ni, kerja lagi banyak daripada masa. Jadi memang kita kena bergerak pantas, dan memanfaatkan masa sepenuhnya,  sebab Allah dah cakap,

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Hmm...betul kan. Sebenarnya, banyak masa kita dihabiskan ke arah mana, fikir-fikirlah sendiri. Alangkah baiknya jika waktu kita selama ini digerakkan ke arah kebaikan, sesungguhnya kita akan rasa masa itu lebih dihargai. Betul..! Cubalah...

Ok,, Dalam 2 hari bersiap untuk ke INTEC selepas balik dari program kbm, ak banyak berfikir tentang hidup dan arah tuju ak lepas ni. Hamdalah, ak diberi peluang yang terbaik untuk dilorongkan terus ke bidang perubatan tanpa perlu melalui asasi terlebih dahulu yang di mana, untuk ak, agak banyak rintangan dan cabarannye [sebab sekarang ramai orang pandai2...]. Dan, entahlah..bayangkan impian murni yang selama ni ayah ak penat tanamkan dalam otak ak ni....akhirnya,,ada sinar harapan untuk menjadi realiti. Yelah, dulu kan sibuk desas-desus pasal nak bekukan bidang medic. Huu..time tu,, kechewa ak tau tak. Banyak historynye pasal ak betul2 thiqah nak amek medic ni. Bukan senang. Masa kecik2 dulu, ak selalu berimpian nak jadi orang yang mengkaji, ala2 saintis camtula... antaranya ahli astronomi, ahli geologi, ahli kaji sejarah...banyak lagi. Tak pernah terlintas nak jadi cikgu ke..polis ke...pilot ke.... tak ada~... SAYA NAK JADI SAINTIS. Itulah impian ak sejak umur 10 tahun, sampai form 2 tak silap. 

KENAPA? Ntahla,, tu sume jasa buku2 ensiklopedia yang ibu belikan banyak2 dan letak dekat ceruk rumah sana. Dulu, ak memang minat sangat2 untuk mengetahui benda2 sains ni. Macam mana hujan terbentuk, langit, laut, buih, bunyi dan macam2 lagi la.. Sampai ibu pun dah letih nak jawab. [ Sebab tu kot ensiklopedia tu boleh muncul,. Jadi bahan rujukan...hehe ] . Abah pulak selalu cerita pasal negara tu, negara ni, peta dunia tu semua dy hafal. Siap dengan ibu negara lagi. Sebijik macam buku teks geografi. Sejarah pulak,,fuhh..abah jadi buku tebal bergerak. Nak dengar cerita pasal ape? Sejarah dunia? Eropah? China? Sejarah Islam? COMPLETE! Sebab tu la ak nak jadi ahli2 seperti yang di atas kot...[ haha :) ] Tapi malangnya abah tak menyokong impian murni ak nak jadi saintis tu. Instead, he told me to be a doctor. Sebab dy kata...ala... banyak la sebab dy bagi. Doktor kerja mulia, boleh dapat dua2 ; dunia dan akhirat. Kerjaya yang orang pandang, boleh bantu orang, orang respek...banyak~.. Tapi masa tu (umur 10 tahun) ak cakap "TAK NAK!"   Sebab nabila nak jadi ahli astronomi (ecehh....^^..iklan sustagen + ensiklopedia + library sg.besar punye pasal ). Haha,, tapi,, yela,,as time pass by,, dah kene sogok hari2 ngan nak jadi doktor tu, akhirnye menyerah kalah jugak bila masuk form 3 ; belajar pasal sains tubuh badan manusia. Sangat2 seronok!!! Betul cakap abah, biologi antara subjek yang paling best. Abah kat sekolah dulu pun terel bio, tapi fizik dy kureng sikit la.. Same cam ak.. haha... like father like daughter. Masuk bab fizik je, senang betul kedut kat muke keluar. [ dan sekarang ianya diwarisi oleh zikrul pulak~ ]

Panjang kan story ni. Then, bila tetibe muncul ura-uri pasal medic tu, orang yang paling sedih mestilah abah. Dy dah penat tanamkan minat tu dalam anak sulung dy ni, tetiba, disebabkan tahun tu agak tak bertuah, impian tu tak dapat direalisasikan. Sedih kan? Ak pun same join kestressan abah masa tu. Lepas tu pikir2, ak nak masuk biolab pulak, turn pada impan dolu-dolu yang nak jadi saintis tu..tapi still abah tak bagi. Sebab kerja dalam lab tak jumpa orang sangat. Duduk dalam dunia sendiri. Tapi, nasib baik bende tu wartawan salah dengar. Rupa2nya kursus perubatan tak dibekukan... Ceh,,buat cuak je. Senget punya wartawan. Habis chaos rumah ak tau tak. Dan kini, path tu dah jelas. Ak dapat program perubatan untuk IJAZAH pada tahun hadapan....YEAAAAA!!!!!!! Seronok3..


dan insya-Allah, ak akan cuba untuk menjadi doktor sehebat Rufaydah al-Aslamiyyah ; beridolakan Dr. Muhaya dan Dr. Harlina sebagai penggerak dan pencetus semangat....malah lebih hebat lagi daripada mereka, insya-Allah !!




cairo, here i go..!!! (ececeh...masuk INTEC pun belum )

[banyak giler tulisan, satu je gambar. sorila, jangan termuntah sudahla..]


3 comments:

funny_hani93 said...

alhamdulillah..nabilah mmg hebatlah!!!gempakkk..hehe..sonok aq bce post ko nie....makbapak ko pon hebat giler,,ibubapa yg beri contoh baik sgt..krm slm ye??hehe..aq kagum!!serius..aq pon akn doakn kejayaan ko supya mudh dn lancar,insya-Allah..ti dh jejak cairo,,jgn lupe krm slm perantau taw??hehe..tgk~aq lak bebel bnyk2..:)
chaiyookk,bila!!

~ !tQ@N$Y@b!Q ~ said...

Mabruk ya ukhti hebibati! Semoga redhaNYA terus mengiringi stp langkahmu...~

Husna As Saedah :) said...

nabila sayang~~ moga tsabit selamanya.. bakal doktor!!
ak sentiasa doakan utk ko..(^_^)