Monday, October 3, 2011

bermula!

Assalamualaikum :)

Ehee..(start post dengan gelak menggedik). Apa khabar kawan2ku semua. Seyes giler rindu kat tanah air sekarang ni. walaupun hanya baru 16 hari menjejak ke sini. Sebab, makanan kot? Haha. Kat sini takde lauk sedap2 macam kat Malaysia. Balik2 roti je..Hmm. Teringat pulak kat iklan roti n susu mamak versi Msian Idol dulu.

Seperti yang semua orang sedia maklum, diri hamba yang pacal lagi hina di sisi Allah S.W.T ni telah pun memulakan langkahnya menuju ke bumi barakah ardul kinanah ---> MESIR/EGYPT. [Untuk makluman fath, mesir dengan egypt tu merujuk kepada tempat yang SAMA ye..] Perjalanan dimulakan pada 15th September yang lalu, pada pukul 9.15 pagi waktu m'sia. Padahal berkumpulnye pukul 3 pagi. Letih menunggu di KLIA. =,=. (seb baik la hari tu hari dan saat first time pergi masuk dewan berlepas yang dekat bawah tu. So, teruje la sikit.)




mase duk menunggu giliran nak taruk beg kargo. Sambil2 tu cuba membajet berat seboleh mungkin.

Time dah turun dari eskalator tu. Ramai kan pelajar JPA.

Ibu bapa yang memberi lambaian terakhir kat anak2 diorang. Kat situ nampak ibu. sdeh giler time ni. Tapi rasa macam orang berhormat pun ade gak.

fakta: tau tak dalam klia tu ade train ?! Whoa...teruje giler time naik ni. Apentah namenye. Aerotrain?

My-first-time-in-life-boarding pass !! (walaupun economy class je~)

kami dan beg2 kabin kami.

Semasa di KLIA yang indah tu, selama 3 jam kami berlegar-legar di kawasan transit tu tanpe sebarang tujuan. Sebabnye, jadual kami mengatakan flight hanya akan berlepas pada pukul 9.15 pagi. Jadinya, sementara tu, ak, ain ngan zati pun main2 la dekat kawasan tu macam bebudak kecik. Lari2 sepanjang eskeletor tu depan pegawai jpa dengan muke suci. Hak3. Dan2 masa dah sampai saat flight tu, [sebelum masuk kastam], tup tup datang mesej dari okasan. Katanya,

“nabil jangan lupa makan dalam flight. Tadi kata lapar.”

Uhukk..runtun hati kecil ini. Concern nye ibu, walaupun beliau tau kat dalam flight nanti memang dah ada makanan. Teringat saat2 perpisahan dekat KLIA pukul 6 pagi tadi. Masing2 bagi ucapan dan support mentaliti. Termasuklah cik shukri yang tiba-tiba muncul tepat pukul 6 pagi tu. Dan mak serta nenek yang tetibe nangis masa nak lepaskan ak. Ibu yang memberi pelukan terakhir dalam esakan air mata. Ak pun tak mampu nak tahan tangisan. Mule2 ingat nak bajet tough, tapi bile ibu korang dah start mengalirkan air mata, takdenye korang tahan. Ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita. Yang telah membesarkan kita sejak kecil. Dan kini, kita ditakdirkan berpisah dalam jarak waktu yang 6 jam bezanya –kerana ilmu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka2 dan kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sejak kecil. Amin. 
Dalam flight MAS 8486. Memang tak boleh belah. Al maklumlah, first time jejak kapal terbang! Lagi2 masa nak start terbang.. Fuh, jantung dup dap dup dap. Perasaannya macam naik roller coaster yang tak pernah nak turun! Memang giler teruje ar, tapi selepas tu tido sebab sejak semalam pagi tak tido2 lagi. Then, bila makanan datang, makan. Dah habis makan, tidur balik. Hehehe.

Jom tengok berapa banyak makanan kitorang dapat ^_^

sarapan! nasi goreng n nasi lemak

brunch (cewahh..) eskrem magnum n hot chicken pie

makan tengahari --> ayam masak merah

hasil2 yang diperolehi semasa dalam 9 hours flight. Hehe~

seronok je kan muke kami. Hoho.


Setibanya kami di tanah bumi Anbiya’ Jordan pada pukul 1 lebih (waktu Jordan) selepas 8 jam perjalanan. Suhu tempatan=25 ‘C. Tapi terik yang teramatla. Masa mula2 lalu kawasan udara Jordan sampailah tiba di Queen Alia Airport, kitorang buat muka hairan je. Pasal tempat tu padang jarak padang terkukur! Tanah je memanjang tanpa pokok. Ade la rumah kecik2 sikit stail arab dolu2. (Rsenye tu rmh arab Badwi). Tapi memang la, takde pokok. Taktaula camne Jordan yang sebenar.

Jordan dari atas.

Lepas kapal terbang tu isi minyak kejap, dan bebudak JPA Jordan habis keluar, kami pun sambunglah perjalanan ke negara tujuan kami , yakni Mesir. Dalam 1 jam kemudian, kami melalui kawasan udara Mesir. Banyak laut ak tengok kat bawah tu. Dan juga banyak pasir. Namun, bila pakcik kapal terbang tu cakap kitorang dah nak sampai, pemandangan padang pasir tu bertukar kepada permandangan bangunan kotak2 yang banyak giler (packed version). Tu maknanya kitorang tengah lalu Bandar Kaherah yang penduduknya sahaja berjumlah 80 milion. Sangat berbeza dengan Jordan tadi yang padang jarak padang terkukur. Maka, masing2 pun buatla muka teruja sebab dah nak sampai.

Dan kalau korang nak tau, Cairo International Airport terletak di tepi Bandar Kaherah. Sangat2 tepi. Beza dengan negara lain yang selalunye airport kat tempat yang jauh dari bandar. Kitorang even boleh tengok orang berkawad dalam stadium dari atas flight tu..!! Sangat dekat.

atas udara Mesir.

time ni dah nak turun !!


Dan Alhamdulillah, kami selamat sampai di Cairo pukul 3.55 petang (waktu mesir) /9.56 malam (waktu Malaysia). Cabaran pertama: fenomena jet lag yang melampau menyebabkan ak rase ngantuk giler, even kat mesir baru pukul 5 petang.

keadaan dalam flight.





ni la dy Cairo International Airport. Kecik je. Malaysia punye lg gempak.

Bermulalah perjuangan anak kecil ini di bumi Mesir. Untuk meneroka mutiara di celah-celah debu.

di masjid berhampiran airport. Saya dah sampai!!!


InsyaAllah post ini akan bersambung dengan cerita saat setibanya di mesir, serta program Ahlan ’11 yang saat bermakna.
Nantikan.hehe..
10.37 malam,
2nd October 2011,
El Mawadi Street, Mounira, Egypt.


 *jet lag: pertukaran masa menyebabkan seseorang lebih cenderung kepada perubahan waktu di tempat asalnya, apabila tiba di tempat asing. Contohnya, masa kat mesir, pukul 5 badan dah rasa ngantuk sebab kat malaysia dah pukul 11 malam. Then, tiba-tiba, pukul 3 pagi mesir, rasa segar giler. Sebab kat malaysia dah pukul 9 pagi. Fenomena ni berlanjutan sehingga tempoh masa yang tertentu (ikut orang la). Ak, nak dekat 1 minggu lebih. [bukti saya sayang malaysia..hehe]

5 comments:

Husna As Saedah :) said...

my dear nabila~~~
tersentuh btul bce post nie~~
salam jihad~~blk nanti kte g raya smpai mlm lg...sob2~~ sedih teringat kat mak~~~

harumaki said...

una! salam rindu ukhuwah.
same la. kte dr sini nak kol mak pn mahal tau. dapat mesej2 je.
jom jalan2 lagi. rindu naik kete putih una yang pintu v.i.p tu

shakirah said...

wah sonoknye, troskan lah becerita eh biela, im living ur experience through ur writing,, love ya always, take care.

hajarhadis said...

dear bell,seroiusly miss u a lot..
take care,study elok2...

harumaki said...

aja: thanks for the love. terharunye! miss aja jugak. belajar sungguh2. titipkan niat kerana Allah, insyaAllah perjuangan kita lebih bermakna :) dalam satu matlamat yang sama.