Assalamualaikum :)
Apa khabar diri anda? apa khabar iman anda? Moga kheer lah khendaknya. Hati ini ibarat besi, kalau digilap hari2 baru lah cantik bersinar, berkilat dan menawan. Kalau dibiarkan tanpa sebarang penjagaan, berkarat la gamaknye. InsyaAllah, tiap-tiap hari kita cuba tajdid niat, supaya segala apa perbuatan yang kita lakukan tidak akan terbabas dari landasan rahmat-Nya.
Baiklah! Haha..hari ni nak sambung cerita pasal mesir ni. Tertarik dengan kata-kata sahabat kita, "live your experience through writing." InsyaAllah cik shak, saya akan cuba hidupkan cerita-cerita dan pengalaman saya melalui perkongsian dalam blog ni. Moga-moga bermanfaat, walaupun sekadar cerita mengarut..hehe.
Setibanya kami dekat mesir dengan muke yang blur sebab memang blur+ngantuk ( tak puas-puas lagi tidur dalam plane ), kami bertuah kerana disambut oleh senior-senior dari PERUBATAN (sebuah badan yang menaungi penuntut-penuntut sains kesihatan malaysia dari seluruh Mesir). Diorang lah yang baik hati tolong bawakan beg, sediakan bas dari airport ke kampung halaman Malaysia di mesir, yakni DMAK ( Dewan Malaysia Abassyiah Kaherah a.k.a ARMA a.k.a.j Malaysian Hall ). Kitorang just follow. Terasa macam YB pun ade gak. Hehe.
*Sampai dalam pukul 6 petang. Seusai solat, semua buat muka ngantuk tak tertahan. Sebab kalau kat msia, dah pukul 12 tengah malam=waktu tidurr.
Pastu, bermulalah kehidupan kami di ARMA.Seminggu Tiga hari untuk program Ahlan'11 yang dimana memuatkan pelbagai aktiviti perkongsian oleh senior tentang tatacara kehidupan di bumi kinanah ni. Banyak sangat2 pengisian yang kitorang dapat, terutamanya dalam menginstall word " Muslim Doctor " dalam otak ni. Hadam fakta yang kitorang semua ni (158 orang) pegang tanggungjawab dalam mengubat penyakit sang pesakit bukan setakat pada jasmaninya, tetapi pada rohaninya sekali. InsyaAllah, ak cuba hadam fakta tu betul2 dalam badan ni. Bukan setakat itu sahaja, ingat pada duit rakyat yang telah dihabiskan semata-mata untuk membiayai pengajian kat Mesir ni selama 6 tahun setengah.
Penekanan: Muslim doktor bukan sahaja merawat fizikal, tetapi rohaninya. InsyaAllah, dengan itu masyarakat madani berteraskan Islam dapat dilahirkan, seterusnya membawa kepada tertubuhnya Daulah Islamiyah untuk mencapai Ustazkiyatul Alam. Semuanya bermula daripada dakwah fardiyah: yakni kesedaran dalam diri sendiri.
Nak kongsi sedikit. Semasa program, kami kene bangun pukul 3 pagi sebab pukul 4 dah masuk waktu solat. Cepat kan? Dan selepas waktu solat tu, kami diberi peluang untuk mengisi tangki rohani kami dengan suapan ilmu dalam kuliah subuh : Shift Your Paradigm. Sangatlah bertuah kerana penceramah bukan sebarang penceramah, tetapi semuanya dijemput khas dari Universiti Al-Azhar, pelajar dirasat fakulti banat yang sememangnya cukup hebat-hebat belaka. Mantap dari segi ilmu agamanya. Malah, mereka juga adalah ustazah berjiwa mujahadah yang tinggi kerana sanggup mengharung kesejukan pagi mesir yang gelap semata-mata untuk sampai ke arma. hebat kan? Saya pulak segar semedang je masa kuliah tu. terima kasih kepada jet lag.
Dan dalam ketiga-tiga sesi kuliah subuh itu, kami ditekankan, atau disedarkan tentang kenapa kami hidup di muka bumi ini. Antara persoalan yang diajukan : Kenapa saya? Apakah tujuan saya? Siapa saya sebenarnya? Kami juga diingatkan, takdir perletakan kami di bumi mesir ini bukanlah sekadar kebetulan. Malah, ia telah lama ditulis di Luh Mahfuz. Ini bermakna Allah mahukan kami (saya) dapat sesuatu di sini, kerana dengan itu Dia menakdirkan jalan ini. Ini juga bermaksud amanah. (bukan main2). Daripada kuliah2 subuh ini, kitorang dapat tajdid niat kitorang balik tentang tujuan sebenar kami di bumi kinanah ini.
Yakin pada janji Allah --> frasa yang acapkali diingatkan oleh sungai Nil. Subhanallah. Bila alam bercerita.
Apa khabar diri anda? apa khabar iman anda? Moga kheer lah khendaknya. Hati ini ibarat besi, kalau digilap hari2 baru lah cantik bersinar, berkilat dan menawan. Kalau dibiarkan tanpa sebarang penjagaan, berkarat la gamaknye. InsyaAllah, tiap-tiap hari kita cuba tajdid niat, supaya segala apa perbuatan yang kita lakukan tidak akan terbabas dari landasan rahmat-Nya.
Baiklah! Haha..hari ni nak sambung cerita pasal mesir ni. Tertarik dengan kata-kata sahabat kita, "live your experience through writing." InsyaAllah cik shak, saya akan cuba hidupkan cerita-cerita dan pengalaman saya melalui perkongsian dalam blog ni. Moga-moga bermanfaat, walaupun sekadar cerita mengarut..hehe.
Setibanya kami dekat mesir dengan muke yang blur sebab memang blur+ngantuk ( tak puas-puas lagi tidur dalam plane ), kami bertuah kerana disambut oleh senior-senior dari PERUBATAN (sebuah badan yang menaungi penuntut-penuntut sains kesihatan malaysia dari seluruh Mesir). Diorang lah yang baik hati tolong bawakan beg, sediakan bas dari airport ke kampung halaman Malaysia di mesir, yakni DMAK ( Dewan Malaysia Abassyiah Kaherah a.k.a ARMA a.k.a.j Malaysian Hall ). Kitorang just follow. Terasa macam YB pun ade gak. Hehe.
*Sampai dalam pukul 6 petang. Seusai solat, semua buat muka ngantuk tak tertahan. Sebab kalau kat msia, dah pukul 12 tengah malam=waktu tidurr.
Pastu, bermulalah kehidupan kami di ARMA.
Penekanan: Muslim doktor bukan sahaja merawat fizikal, tetapi rohaninya. InsyaAllah, dengan itu masyarakat madani berteraskan Islam dapat dilahirkan, seterusnya membawa kepada tertubuhnya Daulah Islamiyah untuk mencapai Ustazkiyatul Alam. Semuanya bermula daripada dakwah fardiyah: yakni kesedaran dalam diri sendiri.
merawat hati ummah. tanggungjawab seorang doktor juga.
Nak kongsi sedikit. Semasa program, kami kene bangun pukul 3 pagi sebab pukul 4 dah masuk waktu solat. Cepat kan? Dan selepas waktu solat tu, kami diberi peluang untuk mengisi tangki rohani kami dengan suapan ilmu dalam kuliah subuh : Shift Your Paradigm. Sangatlah bertuah kerana penceramah bukan sebarang penceramah, tetapi semuanya dijemput khas dari Universiti Al-Azhar, pelajar dirasat fakulti banat yang sememangnya cukup hebat-hebat belaka. Mantap dari segi ilmu agamanya. Malah, mereka juga adalah ustazah berjiwa mujahadah yang tinggi kerana sanggup mengharung kesejukan pagi mesir yang gelap semata-mata untuk sampai ke arma. hebat kan? Saya pulak segar semedang je masa kuliah tu. terima kasih kepada jet lag.
Dan dalam ketiga-tiga sesi kuliah subuh itu, kami ditekankan, atau disedarkan tentang kenapa kami hidup di muka bumi ini. Antara persoalan yang diajukan : Kenapa saya? Apakah tujuan saya? Siapa saya sebenarnya? Kami juga diingatkan, takdir perletakan kami di bumi mesir ini bukanlah sekadar kebetulan. Malah, ia telah lama ditulis di Luh Mahfuz. Ini bermakna Allah mahukan kami (saya) dapat sesuatu di sini, kerana dengan itu Dia menakdirkan jalan ini. Ini juga bermaksud amanah. (bukan main2). Daripada kuliah2 subuh ini, kitorang dapat tajdid niat kitorang balik tentang tujuan sebenar kami di bumi kinanah ini.
"Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang." Manusia hanya mampu berdoa dan bertawakal mengharapkan yang terbaik dari-Nya.
Yakin pada janji Allah --> frasa yang acapkali diingatkan oleh sungai Nil. Subhanallah. Bila alam bercerita.
ha.. Inilah dia bangunan arma.
Sekian.
No comments:
Post a Comment