Monday, November 14, 2011

dorayaki.

Assalamualaikum :)

Lapar,

Lapar,

Laparnye!

Teruk betul bunyi-bunyi kat atas tu. Sekarang musim syita' macam dah nak mula secara officially nye. Pasal tengok ramalan google tadi, esok dah nak hujan dekat kaherah. Huuu. Tengok fb kawan-kawan, macam-macam status baru pasal hujan dah muncul sebab baru malam tadi, hujan turun sekejap. Tapi ak takde la perasan sebab tengah masak time tu. Rugi pulak rasanya.
(Nampak sangat ak ni budak rajin masak, kan~~)

Jadinya, sama la macam kat malaysia. Kalau hujan rasa lapar, kat sini, memang lapar sentiasa sebab sejukk (walaupun tak sesejuk jordan, tapi tetap sejukla jugak! >,<

Boring sikit, makan. Aisehh.

Tambah lagi dengan keunikan kedai-kedai makan kat sini yang semuanya menawarkan khidmat 'tawsil' ---> means: delivary. Sampai kedai runcit dan farmasi pun ade khidmat tawsil tau. Maju tak maju diorang ni.. Nak beli ayam mentah buat masak pun ade khidmat tawsil. Call je.

So, kerja ak malam2 --> tawsil pizza la, burger la, Aisehhhh.

Takut pulak rasenye nak balik malaysia. Mesti muka ak dah jadi lain. Isk3. Nak nak pulak malam ni teringin nak makan dorayaki. Jadi, ak pun try la buat satu. [ Takde la satu pun, banyak gak la.... ^__^ ]

pedulikan meja belakang yang bersepah tu. Fokus pada dorayaki SAHAJA!

inti cokelat. ummmphhhh.


p/s: post ni saje-saje nak batak je sebenarnya.

Jangan jeles pulak. WAHAHA.



Thursday, November 10, 2011

nak buat post

Assalamualaikum :)


Eeeeeeee. sejukkk. Dah lame gile ak tak buat post. Sekarang ak nak buat satu. Boleh tak cakap camtu? Haha. Langit munira,, malam yang gelap pekat namun dilimpahi oleh cahaya lampu-lampu mesir yang sememangnya sangat-sangat la indah. Mesir ni memang fiilnya hidup waktu malam, dan suram pada waktu siang. Lebih-lebih lagi, musim syita' dah nak masuk. Jadi, malam menjelma lebih cepat dan aktiviti siang menjadi lebih terbatas. Pukul 5 dah masuk maghrib. Mane taknye. Tapi subuh pulak jadi makin awal. Angin pulak umpama econd. Sejuk dan kuat, sampai terkejut cell dekat medullary cavity ni. =,= Jalan kat koridor bangunan syu'un tolabah pulak rase cam masuk fridge sebab kat situ koridor dy guna marmar. Eeeeeee. Sssseeejjjuuukk T,T....

Lazim bagi haiwan kecik2 untuk remain dormant sebaik sahaja musim sejuk tiba, tapi kita sebagai insan, makhluk yang berakal takle la buat macam tu. Kene gerakkan sikit badan ni, panaskan hati dengan kehangatan ukhuwah dan rasa mahabbah dari Rabb. (Sori, struktur ayat tak berapa nak difahami. maklumla dah lama tak buat post...)

Well, well. Salam aidiladha buat semua kawan-kawan dan warga Malaysia walaupun raya dah habis. Kullu sanah wa antum toyyibunn. Amiin. 




p/s: First time raya kat sini, syahdu rasanya. Sebab takde family kot. Jadi diri sendiri dan kawan2 kene sama-sama bertungkus lumus masak apa yang patut. Sob,sob. nak balik rumah rasenye.