Wednesday, December 28, 2011

tiramisu

Assalamualaikum.

Tengok tajuk post. pasal makanan lagi. ish,ish. macam macam.

Haluuuuu... sekarang  ni semorang tengah rajin nak baca buku sebab exam mid year telah terumum akan bermula pada 14hb Januari nanti. Maka umpama buku berbundle-bundle terhempap di atas kepala yang comel ni (jangan muntah pulak), sakit pening dibuatnye memikirkan buku yang mana nak dibaca dahulu. Banyak gile! Padahal baru belajar 3 bulan, tapi 1 buku fisio setebal 250 mukasurat dah khatam dalam kelas. Bermakna 250 mukasurat itu mestilah dihabis-bacakan dalam masa 2 minggu (sebab exam start minggu ke-2 januari), ditambah pula dengan total 4 subjek, (maksudnya 4x250= 1000 mukasurat?! ) kene khatam+HAFAL sebelum exam midyear bermula. Adehhhh. salah sendiri taknak revise awal-awal.

Takpe, saya boleh! dengan izin dan rahmat Dia.

buku anatomi yang comel :)


Sekarang, sejukk sangat. Walaupun tak sesejuk negara berhujan ais ditempat-tempat lain, tapi still nak declare sejuk gak. 8'C rasanya, paling sejuk stakat ni. Sejuknye macam mana? Amat kot, sampai kene pakai 2 lapis sweater tebal dalam rumah baru rasa selesa. Atas faktor tersebut, manusia lebih tend untuk tidur berbanding berjaga, jadi logik la kalau ak tido, kan? Hehe. Takdela. Tido xsalah. Tapi perkara yan perlu dilakukan sebelum tidur tu kenela buat. Bak kata dr. Muhaya, student medic kene baca buku/revise at least 4 jam sehari. Jadi, berusahalah agar saya dapat jadi medical officer yang baik nanti :)


bukti: online pun kene pakai sarung tangan!

Sekarang, kitorang baru mula nak belajar CVS. Doktor sangat baik. Beliau banyak mengingatkan kami terhadap hebatnya penciptaan Allah, walaupun hanya sebatang salur darah kecil di tangan. "Pelajar medik sangat beruntung, sebab mengkaji ciptaan Allah yang paling hebat; iaitu manusia. Sepatutnya kita kena jadi lebih dekat dengan Allah"-----quoted dari dr.muhaya.

BACK TO TITLE. (cam bese)

Sekarang ni bebudak akhowat gen 11 sumer tengah dok demam nak buat tiramisu, kek pisang la, nasi ayam la, ddl, jadi, sempatla ak mencurik satu resepi tiramisu yan sangat-sangatlah sedap, yet murah untuk dibuat dan mudah untuk disediakan. Korang boleh je cuba buat kat rumah sebab ia sedap sangat dan senang sangatsangat!

Tiramisu 


Bahan-bahan
-Biskut (marie atau yang ada krim/coklat kat tengah [sukahati] )
-Krim putar/3 biji Telur putih
-200gram keju
-Gula
-Secawan kopi

Cara buat
1)Pukul whipping cream dengan gula+keju sampai kembang. Kalau guna telur, pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Bila dah betul-betul kembang baru masukkan cheese.
2)Biskut tu, cicahkan dengan kopi, (tapi takyah celup lama-lama, karang lembik).
3)Susun dalam bekas, buat layer bersama adunan whipping cream tadi.

*Banyak-banyak lapis pun takpe ^____^
*gula ikut cita rasa feeling hati je. kalau suka manis, taruk seguni pun xpe. hehe.

Hasilnya:

Dari superior view nampak cam aiskrim, kan?

2 teddy bear :)


comel, kan?



Sekian :)

Thursday, December 15, 2011

rutin hari selasa.

Assalamualaikum :)

Hehe. (tak paham, kenapa asal start post je mesti gelak.) Kali ni nak buat satu entry khas untuk 'sekolah' khas tempat ak menuntut ilmu di bumi arab ni  : Kasr El-Ainy Medical School, Kaherah. Tapi ni bukan pasal sekolah, tapi pasal rutin ak kat sini. Specifically, hari selasa. (tetibe je terasa nak buat)

Okey, sebelum mula, ak nak perkenalkan dulu Kasr El-Ainy MS


Kasr El Ainy Medical School Cairo University (Bahasa Arab: قصر العيني)  adalah antara salah satu sekolah perubatan yang terbesar, tertua dan juga paling berprestij di Afrika danTimur Tengah. Ia terletak di tengah-tengah Kaherah, Mesir. Bersama-sama dengan Hospital Universiti Kaherah, dianggap merupakan institusi perubatan terbesar di Timur Tengah, dan mungkin juga antara salah satu yang terbesar di dunia.Perkataan Kasr El Ainy secara literal bermaksud "Istana El-Ainy" dalam bahasa Arabdinamakan sempena nama istana kediaman El-Mokerr El-Shehabi Ahmed Ibn Alainy yang abad ke-15, iaitu bangunan utama sekolah yang asal. Sekolah perubatan di Universiti Kaherah adalah salah satu sekolah perubatan terawal di Mesir dan benua Afrika, yang di mana ia bermula lama sebelum penubuhan Universiti Kaherah itu sendiri. Akhirnya ia menjadi sebahagian daripada Universiti Kaherah pada tahun 1925.
Ia menerima kira-kira 1600 pelajar setiap tahun daripada beribu-ribu pemohon. Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan skor sekolah tinggi mereka. Ia menyediakan program perubatan selama tempoh 6 tahun, digabungkan dengan satu tahun praktikal di hospital universiti yang membawa kepada MBBCh

Sunday, December 11, 2011

18 tahun!

Assalamualaikum :)

Ehe. Akhirnye kembali mengepost walaupun esok ade sekolah. Memang tak pandai susun masa betul ak ni..=,=". Utamakan yang aula, bertindak ikut keperluan, bukan ikut kehendak; tu antara frasa yang dipelajari masa hari ni time SC (smart circle a.k.a usrah). Jadi, jom latih diri untuk pandai memilih perkara yang lebih utama.

Errr..intro tak masuk tajuk kot. Okeh, nak dijadikan cerita, sudah berlalulah hari jadi ak yang ke-18 pada sabtu yang lalu. Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat usia untuk menghirup udara bumi dan peluang untuk mengislah diri ke arah yang lebih baik disamping bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan pada 18 tahun yang telah berlalu itu. Alhamdulillah3... ^___^

Pertama kali sambut birthday kat bumi asing. Taktau la macam mana nak cakap perasaan tu. Gembira? Ya, gembira sebab ramai kawan-kawan wish kat fb mahupun kelas [ pasal 3 hb tu hari sabtu, ade kuliah. ],,,dan juga sedikit sedih, sebab kawan-kawan dulu takde depan mata. [ Ayat bajet, padahal dulu memang birthday pun time cuti skolah, mane ade diorang kat depan mata pun ].. Lain la suasana dy. Kalau dulu, saat jam 12 malam tu tercongok tunggu depan handfon. Tunggu orang pertama nak wish. Tapi, kat sini pukul 6 petang hari sebelumnye pun ade orang dah wish, sebab jam malaysia cepat 6 jam. Tak cukup gempak!!! [ <---contoh orang tak bersyukur..hehe ]





Macam yang telah di-stated tadi, 3hb tu adalah waktu kuliah. Jadi, hari tu sangat la sibuk. Kebetulan, barangkali. Bangun pagi, buat la sikit coklat cip sebab kempunan punye pasal, [ orang len birthday nak kek, ak nak cokelat cipp.. Comel, kan? ]. Lepas tu ade kelas histologi sampai pukul 1, ade exam data show, then ade meeting sampai pukul 5 petang.  Malam pulak... err.. tak ingat. Syok sendiri depan laptop bace wish dari kawan-kawan kat fb. Time kasih semuaaa :) Teharu.

Yang tak boleh blah nye.. kat sini dan tahun inilah first-time-in-my-life sambut birthday bertemankan kek sampai EMPAT KALI..!!! Termasuklah yang pada hari ini (9hb) . Mungkin Allah memahami, Dia datangkan kawan-kawan untuk menemani hari yang cukup bermakna ni, walaupun tanpa femili kat sisi. Ingat lagi dulu2. Birthday ak kalau dulu-dulu, biasanya abah tak ingat. Hehe. Tapi selalu masukkan tarikh birthday dalam kalendar hanset abah senyap-senyap. Ibu pun sama. Lawak kan. Budak-budak yang empat tu (adik-adik) lagi la kompem tak ingat, kecuali dzahin (sebab dy jiwa sentimental sikit). Then, bila dah nak dekat petang sikit, barulah ibu perasan. Pastu abah bawak pergi makan kat luar ramai-ramai. [ Time tu kalau dapat makan kat luar memang seronok sangat3!!! Lagi-lagi KFC kan. Batak sungguh. Tapi sekarang boikot~ ]. Kek-kek memang tak sentuh, sebab kalau beli mesti tak habis. Demikian lah cerita sambut birthday bersama femili. Simple, tapi sangat-sangat lah SERONOK! (Teringat pulak..)

Then, first time sambut birthday kat sekolah ialah masa form 5 dulu. Yela, time tu tengah SPM kan. Mule-mule bajet cam nak buat macam-macam, sekali tu minggu yang kejadian tu, abah dengan ibu takde, diorang pergi Indonesia. Maka, takdela rezeki untuk kawan-kawan kat kelaparan kat hostel tu. Hanyelah menumpang kek jijah punye (yang mak dy buat ala-ala kek secret recipe sampai 3 bijik tu..). Cam hambar sikit la, tapi still thankful sebab berpeluang sambut birthday kat sekolah kan. (memang tiap tahun ala-ala hambar sikit pun..hak3) Tapi, who cares? Rilek jela. Takyah la nak batak sangat pasal hari jadi pun. *pemikiran pelik ak dulu-dulu, saje nak buat sedap hati*

Dan, tahun ni...

GEDEBUKKK..! dapat kau,, sekali empat bijik kek datang. Haha. Memangla, lucu. Sebab dulu-dulu takde makan kek sangat kan. Tahun ni dapat empat terus. Satu daripada ukhti-ukhti se-SC, satu daripada ahlul beit, satu daripada sisters seperjuangan (sedap lagi gune akhowat2 kan, tapi term 'sisters' lagi rapat ), dan satu lagi daripada ta'khi saya sendiri :)
Papehal, tunjuk gamba dulu..kehkeh.



mase makan kat steak out dengan kwn2 rumah

fillet with mushroom apentah...*lupe name*