Assalamualaikum :)
Hehe. (tak paham, kenapa asal start post je mesti gelak.) Kali ni nak buat satu entry khas untuk 'sekolah' khas tempat ak menuntut ilmu di bumi arab ni : Kasr El-Ainy Medical School, Kaherah. Tapi ni bukan pasal sekolah, tapi pasal rutin ak kat sini. Specifically, hari selasa. (tetibe je terasa nak buat)
Okey, sebelum mula, ak nak perkenalkan dulu Kasr El-Ainy MS
Eh, lupa nak cakap, mesti kadang-kadang korang pelik apsal ak asyik guna perkataan 'sekolah' berbanding 'universiti'. Memang menjadi satu kelaziman perkataan 'sekolah' digunakan di sini berbanding universiti dan 'kelas' daripada 'kuliah'. Banyak sebabnya, antaranya ---> 1) memang universiti tu guna nama 'school' instead of 'university', jadi bukan salah kami, ok~. 2) Kasr El-Ainy menggunakan buku teks seragam yang ditulis sendiri oleh doktor/pensyarah universiti, macam kat skola dulu. 3) Untuk exam, kitorang takde gune nama 'final first sem' dll, tapi kitorang guna term 'mid-year' exam ngan 'final year' exam,, cam kat sekolah dulu ^___^. Tu la sebabnya.
Macam biasa, bangun awal pukul 5 pagi, sebab pukul 5.03 pagi dah masuk azan subuh. Ini pun boleh kira lambat jugak la sebab biasanya dulu subuh pukul 3 lebih - 4 pagi. Sukar nak terapkan amalan tak tidur lepas subuh kat sini, tapi takpa, kita kena cuba! Lagi banyak rintangan, banyak lagi pahala yang dioffer, kan? Lepas makan sarapan, terus bersiap nak pergi kelas. Kelas start pukul 9 pagi.
Tapi,

Kasr El Ainy Medical School Cairo University (Bahasa Arab: قصر العيني) adalah antara salah satu sekolah perubatan yang terbesar, tertua dan juga paling berprestij di Afrika danTimur Tengah. Ia terletak di tengah-tengah Kaherah, Mesir. Bersama-sama dengan Hospital Universiti Kaherah, dianggap merupakan institusi perubatan terbesar di Timur Tengah, dan mungkin juga antara salah satu yang terbesar di dunia.Perkataan Kasr El Ainy secara literal bermaksud "Istana El-Ainy" dalam bahasa Arab, dinamakan sempena nama istana kediaman El-Mokerr El-Shehabi Ahmed Ibn Alainy yang abad ke-15, iaitu bangunan utama sekolah yang asal. Sekolah perubatan di Universiti Kaherah adalah salah satu sekolah perubatan terawal di Mesir dan benua Afrika, yang di mana ia bermula lama sebelum penubuhan Universiti Kaherah itu sendiri. Akhirnya ia menjadi sebahagian daripada Universiti Kaherah pada tahun 1925.Ia menerima kira-kira 1600 pelajar setiap tahun daripada beribu-ribu pemohon. Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan skor sekolah tinggi mereka. Ia menyediakan program perubatan selama tempoh 6 tahun, digabungkan dengan satu tahun praktikal di hospital universiti yang membawa kepada MBBCh.
logo Kasr El-Ainy
...dan ak yang kat hadapan menara jam dalam logo tu..
Eh, lupa nak cakap, mesti kadang-kadang korang pelik apsal ak asyik guna perkataan 'sekolah' berbanding 'universiti'. Memang menjadi satu kelaziman perkataan 'sekolah' digunakan di sini berbanding universiti dan 'kelas' daripada 'kuliah'. Banyak sebabnya, antaranya ---> 1) memang universiti tu guna nama 'school' instead of 'university', jadi bukan salah kami, ok~. 2) Kasr El-Ainy menggunakan buku teks seragam yang ditulis sendiri oleh doktor/pensyarah universiti, macam kat skola dulu. 3) Untuk exam, kitorang takde gune nama 'final first sem' dll, tapi kitorang guna term 'mid-year' exam ngan 'final year' exam,, cam kat sekolah dulu ^___^. Tu la sebabnya.
..............................................................................................................................
Macam biasa, bangun awal pukul 5 pagi, sebab pukul 5.03 pagi dah masuk azan subuh. Ini pun boleh kira lambat jugak la sebab biasanya dulu subuh pukul 3 lebih - 4 pagi. Sukar nak terapkan amalan tak tidur lepas subuh kat sini, tapi takpa, kita kena cuba! Lagi banyak rintangan, banyak lagi pahala yang dioffer, kan? Lepas makan sarapan, terus bersiap nak pergi kelas. Kelas start pukul 9 pagi.
Chek jadual. Practical Biochemistry, Anatomy ngan Biochemistry
perjalanan ke sekolah pada musim winter2 ni. sejukkkk.
jalan ni namanya syari' asrul ainy. 10 minit dari tahrir
jalan raya yg kene tempuh sebelum tiba di jambatan
kat jambatan! ni cabang sungai nil
sebab dalam uni kitorang ade hospital, maka ramailah pengunjung yang keluar masuk kat sini
pintu pagar sekolah :)
ni la bawwab/entrance
Untuk hari selasa, jadual bermula dengan praktikal biochemistry ni lab biochem. Hari kejadian, kami revise balik tajuk lipid chemistry. Stress ak belajar biochem. Susah betul nak ingat nama-nama diorang ni. (padahal diri sendiri malas nak baca). Memang, kalau dalam bidang medic ni, takde minat, memang la sangat-sangat susah dan senang give up. Sangat banyak benda kena hafal, faham dan hadam. Maka banyak lah masa anda perlu dikorban untuk study. Senang kata, kalau hari tu belajar, hari tu jugak kene revise balik. If not, memang korang sendiri menempah padah la masa nak exam nanti. Papepun, seronok punye pasal, tak kisah susah-senang. Asalkan ilmu yang dipelajari tu dapat digunakan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara di kemudian hari.
dalam lab biochem. pakai labcoat :)
Kebetulan, hari tersebut ak successfully managed to come early (besenye lagi 5 minit kelas nak mule, baru muncul muka kat depan pintu kelas), dan kebetulan jugak, ade student arab kat luar kelas tu jual nasi lemak! Ape lagi, ramai la budak-budak malaysia serbu. Mengidam punye pasal. Kelakar, kan. Ehh..cop, cop. ak tak beli, okeyyy.. jimat.
gerai makanan oleh student Arab yang tiba-tiba muncul. macam-macam ada.
*Diorang memang suka buat booth tepi jalan. Banyak gile booth cenggini kat sekitar taman sekolah.
Nasi lemak ! (*kawan punye) 5 L.E. Mahal, tapi murah.
Lepas habis kelas praktikal, kami terus bergerak menuju ke kelas anatomi dengan berlumba-lumba (sebab nak dapat tempat duduk kat depan-depan). Anatomi adalah antara salah satu subjek feveret ak (jika ak hafal amende yang ada dalam buku tu, tapi masalahnya belum hafal habis, masih lagi on progress) sebab dy sangat-sangat seronok. Dan anatomi ini adalah satu subjek yang senang (kata doktor) kerana ia adalah satu subjek tentang description. Maksudnya, subjek ni ialah pasal describing our own body parts la. Banyangkan bentuk-bentuk muscle tu, insyaAllah terbayang sekali jawapan-jawapan yang patut.
*Sedang mencuba untuk begitu
pukul 11: Anatomi. Susah nak cakap, tapi kalau tengahari memang ngantuk sikit la.
Semangat doktor lukis.
kan dah cakap. Ni masa 5 minutes rest time. Tidur jap untuk refresh diri.
Pukul 2: Kelas biochem. Suke sangat kat duktuurah ni. Beliau sangat hebat!
Pukul 4 ptg : Masa untuk balikkk!
* Cop, cop. Apsal gaya bahasa ak macam tengah tulis diari ni? =,=
Ni la bakal tempat kitorang praktikal/klinikal nanti. Lagi 3 tahun. New Kasr El-Ainy Teaching School. Kasr El-Ainy ada b......anyyyaaakkk sangat hospital latihan. Ada hospital untuk internal medicine, paedratic, surgery, oncology, O&G dll. Totally di bawah MS ni je, ada 17 buah hospital.
Dan setelah berjalan dalam masa 10 minit, sampai la rumah. Dekat je. Lepas tu, masak, solat, buat apa yang patut dan belajar. Malam sangat panjang, bermula daripada pukul 5 petang (magrib) dan akan berakhir 5 pagi esoknya. Masalahnya sekarang ni, memang la pagi dah pukul 5, tapi kelas rata-ratanya bermula pukul 9pagi dan akan habis pada pukul 4 petang. Jadi, masa untuk aktiviti siang sangat terhad, kena latih diri pandai menguruskan masa dengan baik. Tambah lagi masa winter ni best je mata nak terlelap. Memang kena mujahadah lebih sikit.
*Eh, ada gambar tertinggal.
ak dengan afifah dalam lecture hall
biskut feveret. Mahal tapi sedap.
Tapi,
Taktau kenapa, rutin yang sama berulang-ulang hari ni macam rasa kosong.
Soalan yang tiada jawapan. hehe. Sekian.
Sorila ayat tunggang terbalik. Saya yang pelik.
2 comments:
mcm diari la jugak..
best2..update lg mcm ni ye...
terus berlari tnpa henti biel.. yeah~~
aaaaaaaaahhhh. seronok sgt bace. selalu la citer2 cmni ehh
Post a Comment