Wednesday, December 28, 2011

tiramisu

Assalamualaikum.

Tengok tajuk post. pasal makanan lagi. ish,ish. macam macam.

Haluuuuu... sekarang  ni semorang tengah rajin nak baca buku sebab exam mid year telah terumum akan bermula pada 14hb Januari nanti. Maka umpama buku berbundle-bundle terhempap di atas kepala yang comel ni (jangan muntah pulak), sakit pening dibuatnye memikirkan buku yang mana nak dibaca dahulu. Banyak gile! Padahal baru belajar 3 bulan, tapi 1 buku fisio setebal 250 mukasurat dah khatam dalam kelas. Bermakna 250 mukasurat itu mestilah dihabis-bacakan dalam masa 2 minggu (sebab exam start minggu ke-2 januari), ditambah pula dengan total 4 subjek, (maksudnya 4x250= 1000 mukasurat?! ) kene khatam+HAFAL sebelum exam midyear bermula. Adehhhh. salah sendiri taknak revise awal-awal.

Takpe, saya boleh! dengan izin dan rahmat Dia.

buku anatomi yang comel :)


Sekarang, sejukk sangat. Walaupun tak sesejuk negara berhujan ais ditempat-tempat lain, tapi still nak declare sejuk gak. 8'C rasanya, paling sejuk stakat ni. Sejuknye macam mana? Amat kot, sampai kene pakai 2 lapis sweater tebal dalam rumah baru rasa selesa. Atas faktor tersebut, manusia lebih tend untuk tidur berbanding berjaga, jadi logik la kalau ak tido, kan? Hehe. Takdela. Tido xsalah. Tapi perkara yan perlu dilakukan sebelum tidur tu kenela buat. Bak kata dr. Muhaya, student medic kene baca buku/revise at least 4 jam sehari. Jadi, berusahalah agar saya dapat jadi medical officer yang baik nanti :)


bukti: online pun kene pakai sarung tangan!

Sekarang, kitorang baru mula nak belajar CVS. Doktor sangat baik. Beliau banyak mengingatkan kami terhadap hebatnya penciptaan Allah, walaupun hanya sebatang salur darah kecil di tangan. "Pelajar medik sangat beruntung, sebab mengkaji ciptaan Allah yang paling hebat; iaitu manusia. Sepatutnya kita kena jadi lebih dekat dengan Allah"-----quoted dari dr.muhaya.

BACK TO TITLE. (cam bese)

Sekarang ni bebudak akhowat gen 11 sumer tengah dok demam nak buat tiramisu, kek pisang la, nasi ayam la, ddl, jadi, sempatla ak mencurik satu resepi tiramisu yan sangat-sangatlah sedap, yet murah untuk dibuat dan mudah untuk disediakan. Korang boleh je cuba buat kat rumah sebab ia sedap sangat dan senang sangatsangat!

Tiramisu 


Bahan-bahan
-Biskut (marie atau yang ada krim/coklat kat tengah [sukahati] )
-Krim putar/3 biji Telur putih
-200gram keju
-Gula
-Secawan kopi

Cara buat
1)Pukul whipping cream dengan gula+keju sampai kembang. Kalau guna telur, pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Bila dah betul-betul kembang baru masukkan cheese.
2)Biskut tu, cicahkan dengan kopi, (tapi takyah celup lama-lama, karang lembik).
3)Susun dalam bekas, buat layer bersama adunan whipping cream tadi.

*Banyak-banyak lapis pun takpe ^____^
*gula ikut cita rasa feeling hati je. kalau suka manis, taruk seguni pun xpe. hehe.

Hasilnya:

Dari superior view nampak cam aiskrim, kan?

2 teddy bear :)


comel, kan?



Sekian :)

7 comments:

..::NaBiLaH SoLeHah::.. said...

tomey2...wah..bestnye ambik medic...doakan kite ye kak..nak jadi mcm akk jgk...nk ambik medic...tga tnggu result spm ni...:)
take care di sana...

harumaki said...

em2. insyaAllah, semoa diizinkan. Lepas tu datang mesir ye. Hehe.

KID said...

makan je ko bel..

SYAHMI said...

semoga tenang menjawab exam....balik nanti berkhidmat sebagai doktor pakar ye....^_^

harumaki said...

KID: yg ni ak MASAK ye, bukan makan semata.

mechyuitm: insyaAllah, rabbuna yusahhil. time kasih ^___^

shakirah said...

andasangat hebat lah, everything u do proves it~

harumaki said...

shak: hmm. ^^ Takdela pun. Buat tiramisu ni senang je. Sebab tu jadi. hehe.