Sunday, November 11, 2012

of kompas:mumblyme

Assalamualaikum :)

Dari meja penulis. Ngehh bajet kau jah.

Saya nak membebel ngarut2 sikit boleh tak? After all, sebab tu blog ini namanya mumblyme. 
Saya sangat rindu untuk menulis. Walaupun memang sedar sendiri bahawa diri ini tiada bakat menulis.

Dahulu saya menulis kerana ingin bercerita tentang diri. Dan dahulunya juga mumblyme ini bergerak senyap. Tanpa ada yang mengetahui. Sebab apa? Kerana saya segan kalau kawan sendiri baca post yang ntahpape ni. Ihik.

Namun setelah tamat zaman persekolahan, saya rasa blog merupakan medium terbaik untuk menghubungkan diri ini dengan rakan-rakan sekolah lain dalam bentuk penceritaan pengalaman. Kerana itu, saya banyak menceritakan tentang hidup saya selepas sekolah, perjalanan di intec, sebelum fly dan even bila sampai di mesir. Macam laporan yang tak skema pun ada gak.


'Live up your experience through writting.' 
Kata-kata shak masih digenggam erat.

Phrase tu, sangat sangatlah benar. Kerana pengalaman yang kita lalui, tak pernah dan tak akan sama dengan orang lain. Every and each person is unique. We are different. Kalau sama pun, dia mesti lebih kurang; bukannya 100% sama, kan? 


Tengok panorama yang sama, tapi view yang berbeza.

Dengar lagu yang sama, tapi dapat feel yang berbeza.


Pengalaman yang haru_maki lalu takkan sama dengan cik lemon, ciku, banna, KID; dan juga takkan pernah sama dengan cik arha, sheis, cik hati rapuh, abu umar, akhi nakal dll. Walaupun kita berada di tempat yang sama dan melalui jadual kehidupan yang sama.
(kantoi selalu usha blog korang)


Sebab apa? Manusia itu punya hati yang berbeza. Diverse. Dissimilar and unlike. (alasang tak kukuh)



Tanah yang sama, pijakan yang sama, tapi rasa dan pandangan yang berbeza.
Manusia itu unik.


Dan saya memang belajar banyak daripada apa yang kawan-kawan lain tulis dan kongsi. Contohnya, kak fathy. Dia sangat suka membaca buku hebat-hebat, sebab dia memang hebat. Then, beliau suka share dalam fti caption ayat daripada buku yang dia baca dahulu.  

Kadang-kadang saya tersentuh dengan apa yang dia tulis. Dan kadang-kadang juga ia lebih menggerakkan saya untuk berubah. Ada kalanya jugak, saya rasa Allah sengaja nak tegur diri ini melalui perantaraan ilham yang diberi kepada orang tersebut untuk menulis. Terima kasih kerana menjadi 'posmen' antara saya dengan Dia.


Dan juga, pengalaman itu takkan 'live' kalau disimpan sensorang. Rugi.

Sebab itu, sekarang haru_maki nak terus tetap menulis. Bukan sebab untuk diri sendiri semata-mata, tetapi untuk kawan-kawan dapat apa yang saya dapat. Saya taknak dapat sorang-sorang, dan diingatkan saya bukanlah seorang yang bajet baik sangat pun nak ajar orang jadi itu, jadi ini. Cuma nak berkongsi rasa. Ada benda yang korang ada, saya takde, dan benda ni vice versa. Topap2 la. Semoga korang semua dan diri sendiri mendapat manfaat daripadanya. Walaupun saya tahu saya selalu sangat mengaghut2 sensorang bajet retis.

Macam mungkin daripada cerita saya, korang dapat extra, lebih daripada apa yang saya lalui. Who knows?



Menulis. Bercerita. Berkongsi.


Plus, ntahpape kan ayat. Kejap sopan, kejap otai. Ini saya.



p/s: Actually mumblyme dah tiga tahun. Ak pun terkejut, lama dah rupanya. Doakan ia terus terisi. lebih-lebih lagi dengan perkara medik. Nama je student medic, tapi sepatah hape pun tak sebut pasal medik kat sini. sikit je.

Maaf kalau selama ni ada salah silap. 


May Allah bless :)
111112


5 comments:

aisyasara said...

biel,jemput ke blog saya jugak..
http://subhanallah-aisyasara.blogspot.com/

harumaki said...

pija! hehe dah menulis dah diaa

cik hati rapuh said...

yeayay ade stalker.

Admin said...

writting tu kira macam lagi sedap dari ikan bulti goreng eh? hihiihi

harumaki said...

rafi: yup, sometimes it's true sebenarnya.

tapi kenapa kena bulti? =.="