Monday, March 25, 2013

Heshpi

Assalamualaikum :)

HEPI


SANGAT


SEBAB BERJAYA BELI


PRINTERRRRR + SCANNERRR SELEPAS SETAHUN MENGIMPIKANNYA


YEAAAA!


Harga: 360 LE
Tempat beli: Bustang Mall, Tahrir.

(taktahu mahal ke tak, nak sangat punya pasal, amek je. Alhamdulillah Allah mudahkan walaupun seram je masa lalu Tahrir square tu. Lepas dengar citer macam-macam pasal tahrir, aku wonder, camnelah ak boleh join diorang berkumpul masa muzaharat tahun lepas dolu-dolu. Berani gila.

Tapi seronoklah masa tu sebab dapat join sekali satu perhimpunan besar kemenangan hak over batil. (time tu  nak pilihanraya Mursi vs Shafiq). Dapat jugak jumpa akhawat ikhwan kat sana. Tapi time tu pun takdela ramai sangat cam masa 25 Jan dulu.

Tapi bila pikir2 balik, bahaya. Apa-apapun, mudarat atau nikmat, sumenye datang dari Dia. Moga Allah lindungi kita sume dari perkara pepelik yang kuat melanda darsawarsa kini.


Allahumma sallimki ya Misr.



*hepi dengan printer heshpi baru. Sape2 nak tumpang guna, tafadhal ke ansar XDD*


Sekian.


Saturday, March 23, 2013

Dang dang

Assalamualaikum :)

Dunia dah terputar balik. Aku rasa aku dah besar meninggi, aku dah jejak alam dewasa dan sekarang kena jadi orang yang selama ni aku tak pernah terpikir nak jadi.

Hidup tanpa worries? Naaah. Ridiculous.

Hidup nak enjoy? Naaaaah. Kau sendiri yang rugi.

Bila tengok klip video lagu2 english, rasa nak tergelak. Sebab, takde motip. Apa makna hidup untuk fun? Kalau hidup untuk fun, bila habis satu fun, kita kena carik satu lagi fun. Penat weh. Pastu stress sebab tak pandai nak handle satu satu dugaan yang tetiba muncul. Hati lemah, rapuh.

Tapi hidup takde fun tak bermakna kita kena hidup sengsara.

Hidup kita kena sederhana.
But always aim towards perfections.

Nikmat bahagia tu definisinya banyak.
Tapi basicnya, semuanya kena bersandarkan redha dan syukur.

Dihargai dan menghargai.

Terima dan memberi.
Semorang saling membantu, sokong menyokongi. Bukankah itu definisi bahagia yang terbaik?



Walaupun dunia tak seindah itu.
Maksudnya, mungkin susah nak jadi camtu.

Tapi boleh cuba.

Latih hati, latih diri.
Kalau kita sayang Allah,
Dia akan hadirkan orang-orang untuk menyayangi kita.
Bagi aku,
Itulah hadiah terbaik manifestasi cinta-Nya pada kita di dunia.

Sebab kita perlukan orang-orang yang mencintai-Nya di sekeliling kita.
Kemudian kita sama-sama saling menyokong untuk lebih mencintai-Nya.

Jiwangs -banyak sangat tulis word cinta ni.

Nampak cam definisi bahagia aku yang kat atas tu hanya berkisar manusia kan? Memang kita boleh bahagia dengan feel yang Allah sayang kita je, tapi susah untuk kita kuat sensorang. Siyes. Sebab tu Allah tolong kita dengan cara menghadirkan orang lain. Dia tahu manusia ni hidup muafakat, perlu saling bergantung, tapi sumenye kena sandarkan pada yang satu. Ukhuwah lillah orang kata. 

Kalau tak,

Kenapa anak perlu ada mak?
Kenapa cikgu perlu ada murid?
Kenapa doktor perlu ada pesakit?
Kenapa yang bercakap perlu ada pendengar?
Kenapa penulis perlu ada pembaca?

Haha.

Takde pape lah.

Gelak sebab taktau berapa kali dah tulis pasal benda ni. Mungkin benda ni je kot yang berlegar-legar dalam kehidupan aku saban hari. Boring en?

Pesanan terakhir, putarkan semua pergantungan tu kepada pergantungan hanya kepada Al-Wakil. Expect Dia je. Camtu kau takkan penat over over dengan manusia.

Sekian.


Wednesday, March 13, 2013

word-less #7

Assalamualaikum :)

"Tulis aim kita, matlamat kita. Ke mana kita akan pergi. InsyaAllah Allah akan mudahkan."
"Sebab setiap fikiran itu disertakan dengan berkat."

"Bertani didunia, dan menuai di akhirat :)"




^ curik gamba Hira'. Comel kan?

Sebulan lebih lebih dah sem 2 bermula, dan lagi sebulan jugaklah exam final bakal menjelma memunculkan aura seramnya yang mampu MENCEKIK dan MEMBANTUTKAN pergerakan semua manusia dalam muka bumi kaherah ini untuk terus bertafakur beruzlah dengan buku masing-masing; dalam rumah masing-masing.

Ya, result bukan segalanya, tapi ia adalah segalanya. (?)

Result penentu aras asas kestadian kita. Dan kefahaman kita. Tapi ia bukan 'the only one batu aras'

Sebab kekadang, ia nasib.

Dulu, masa down gila dengan result midyear, naqibah ingatkan balik, dia kata,

"Yang penting kita belajar dari kesilapan. Tapi mana tahu, pahala yang orang result tak cantik dapat masa sepanjang study leave sampai hari mendapat result tu lagi banyak daripada pahala orang yang mumtaz? Sebab dia study sesungguh, dia jaga hubungan dia dengan Allah, ngan ahli beit sume. Result dunia orang pandang. Result akhir kita nanti kat akhirat, itu yang Allah pandang
."

"Tapi rugilah kat orang yang tak dapat dedua. Means, pahala usaha tak banyak, result pun teruk."

"Yup. That's right."
(^ok ni ayat rekaan.)

Apa-apapun, Muslim itu seharusnya berjaya dalam hidupnya.
Kerana mereka tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.
......................................................................

Kegagalan MENGAJAR manusia nilai. Kejayaan MENGUJI manusia akan nilai.

Nilai apa?
Nilai bersyukur, nilai ketabahan, nilai bangkit semula daripada kejatuhan, nilai dan rasa berada di bawah, nilai persahabatan, nilai usaha, nilai keazaman yang kuat.

Sume tu sangat dirasai dan dipelajari oleh orang yang gagal.

Dan teruji pada orang yang berjaya.

@_______@ ayat pening~

........................................................................

Kami ada exam biochem hari ni. YOSH! Bittaufeeq wannajah GEN11US sekalian.

Sekian :)


Sunday, March 3, 2013

HELP'13

Bahana HELP,

Jatuh hati dengan sebuah lagu ^____^ (alamak, lari dari hasil yg sepatutnya :P)

"Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu"










.....................................

#Stail penyampaian info yang sangat menarik dan smart masa pameran HELP.

#Sangat terharu melihat kesungguhan mereka-mereka berbicara tentang palestin sedang yang lain semakin melupakannya dan hanya mengingati bumi barakah itu secara bermusim je. (tuju kat diri sendiri gak ni)

#Teringat masa buat kutipan amal kat sungai besar dulu. Ade sorang pakcik tua ni tanya, "Korang kutip derma untuk ape ni? Palestin? Kat mane tu?"

Pastu kawan dia menyampuk,

"Alah, yang dekat dengan Mekah tu haaa."

Ketahuilah, sebenarnya, masih ramai yang tak tahu secara mendalam pasal bumi palestin ni, lagi-lagi pakcik makcik kat kampung sana.

#Teruskan usaha berbicara tentang bumi ini sebab di kala manusia kurang meng-update tentang palestin kini, yahudi masih lagi meneruskan rancangannya untuk membina Israel Raya dan meruntuhkan Al-Aqsa.

#Jihad diorang kat sana kuat, jihad kita kat sini? Jihad lawan ngantuk pun tewas. Ade hati nak berjuang nyawa pegang senjata cam depa.

#Belajarlah bersungguh-sungguh. Nanti boleh ke serata negara Islam membantu muslim2 yang perlukan bantuan dalam kepakaran anda. Kalau betul aku sayang diorang, belajar!

:)


Friday, March 1, 2013

Macam kelakar

Entah. Segala-galanya macam kelakar.

Ragu-ragu. Benda yang paling takbest dalam dunia.

Pilihan. Aku memang lemah buat pilihan. Perlukan hipotesis dulu. Sebab aku student sains?
Aku tak pandai berfikiran abstrak. Walau selalu mencuba berfikiran sebegitu.

Sustain. Benda yang paling susah dalam dunia. Arab sebut, istiqamah.

"Qaluu rabbunallah thumma istaqamu."

Aku tahu istiqamah ganjarannya syurga.

Aku tahu istiqamah berat ujiannya.

Aku tahu untuk itu aku perlu bersedia.

Namun bila dia datang satu persatu, satu demi satu secara bersilih ganti. Aku, cuba untuk bangun dan bangkit semula tapi bila ditubi-tubi diserang, aku lemah.

Aku perlukan kau.

Kau, dia, mereka, korang.

Untuk terus menyorak aku berlaku istiqamah.

Selfish kan? Sangat.

Lemah kan? Betul.

Aku lemah. Mengada.

...................................................


Oklah, erase sume tu. Aku perlukan Allah je.