Monday, June 17, 2013

'Biokimia'

Shine Your Way
by Owl City ft Yuna


Open road but it's still dark, 
Build a fire from a spark, 
And shine, shine your way, 
Feed the feeling in your heart, 
Don't conceal it then you'll start, 
To find, find your way 

There's an open sky, 
And a reason why, 
You shine, shine your way, 
There's so much to learn, 
And now it's your turn, 
To shine, shine your way 

There's a feeling deep inside, 
You can let it be your guide, 
To find, find your way, 
And there's no time for us to waste, 
Got to take a leap of faith, 
And fly, fly away 

..................................................


Tahun lepas, (sejak dari intec lagi)
Selalu menjerit, "Huwaaa biochem susah. Biochem lah subjek paling tak best dalam medical study."

Selalu tidur dalam kelas biochem Pn. Mimi yang sejuk tu.
Sampai ke mesir, kelas biochem pun ada econd gak. Yada yadaaa

Tapi sekarang, biochem sangat seronok. (Walaupun belum hapal sume. <--hampeh)
Hope to walk out from the hall like a boss and with a heart of abid

Hehe
Mengharapkan mampu menjawab biochem dengan bergaya agar paper pharma tahun depan tidak menjadi seperti apa yang diura-urakan oleh seniors




Orang lain hapdet status kat fb, ak buat kat blog. Like a boss~

Tuesday, June 11, 2013

Kereta api dan saya.

Assalamualaikum :)
Mari kita bercurhat.

Menyelak buku JOM 06 yang telah lama dibeli namun masih tersimpan elok.
Sehelai kertas melayang keluar.

"Setiap saatmu dihitung,oleh Zat yang Maha Menghitung."
Tiada waktu untuk dibazirkan. Tiada masa untuk mengelamun jauh. Tiada masa untuk ditidur-tidurkan.
Rehat bagi daie adalah bukti kelalaiannya.


Benar. Terlalu banyak masa dibazirkan pada masa kini. Sedang kita tidak punya masa. Umat tidak punya waktu untuk menunggu seorang daie yang manja, yang suka bermain lebih daripada keterujaannya untuk mendekati manusia di sekelilingnya.

Seringkali mereka menggunakan term gerabak kereta api. Gerabak dakwah itu matlamatnya satu: syurga. Pergerakkannya laju dalam mengejar matlamat. Tiada masa untuk buat pit stop lama-lama di satu satu stesen. Jika kita tidak mengejarnya, maka kita yang akan ketinggalan.



Dan bila kini, bila mengenangkan akak-akak tahun 6 semua dah nak balik tahun depan, baru ak terasa betapa ruginya tak mengambil cas-cas himayah daripada mereka. Yup, ak sangat arrogant. Hanya bila dah terima kerja rasmi dalam sistem, terus merasakan diri dah cukup berguna dalam jalan ini, sedangkan core utama tarbiyyah itu langsung tidak digenggam erat.

Amalku, makin lama terasa makin kosong.

Muamalahku, terasa makin lama semakin kasar.

Mukaku, terasa makin lama makin jadi kaku. (=Mask face?-->Parkinson?) Heheh.

Nak berkongsi cerita dengan orang pun terasa makin sukar.
Haih.

................................

Satu cerita.

Pernah suatu hari berjalan bersama murabbiah ke Giza untuk pergi ke kedai membeli barang, dalam cuaca yang sangat terik dan panas. Bahangnya hanya Tuhan yang tahu, sebab opkos lah bahang atas jalan tar lebih osem daripada bahang duduk kat rumah kan. Jalan tar mesir pulak tu. Jangan men-men~ Dengan keadaan jalan yang jem, takde satu teksi pun nak amek kitorang sedangkan jam hampir menunjukkan 2 petang. Kami ada temujanji dengan adik-beradik yang lain.

Satu satu teksi ditahan, satu satu jugak buat muka selamba dan berlalu pergi.

"Eeeee geramnya pakcik teksi ni. Dah la panas. Orang nak cepat nii!"
Out of burst, ak membebel sorang sorang. Maklumlah, hati orang muda matang.

"Awak, sabarlah, Allah tengah nak uji tu."
Fuh, sejuk tiupan murabbiah. Malu, jadi malu dengan diri sendiri.


Seharusnya, manifestasi pertama tarbiyah ialah akhlak dan amal. One should be better than before. Tarbiyyah itu peningkatan, bukan per-kesamaan yang rata sebelum dan selepas. Ak sendiri banyak jatuh hati dengan tarbiyyah sebab akhlak akhowat-akhowat yang osem, yet ak sendiri langsung tak mencontohi mereka. Sedangkan dah dua tahun. Yehh, dua tahun yang lemah. Peace out yo.

Dan sekarang bila mengenangkan akak-akak tahun 6 dah nak balik, diri jadi takut. Takut nanti takde sape-sape dah nak tolong dijadikan pengetuk diri dalam diam. Makin lama makin sikit, dan kita makin besar. Bersediakah kita?

Tuhan, 
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau rindukan
Yang kau cintai

Setiap air mataku mengalir 
Allah aku lemah dan tak berarti 
Setiap derai tangis membasahi 
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Saya nak bersama mereka. Lagi lama. Lagi. 

Sunday, June 2, 2013

Bulan Juni

Green was the silence, wet was the light,
the month of June trembled like a butterfly.”
― Pablo Neruda, 100 Love Sonnets

Hujan haba bulan juni.

goodbye may. hi june.


Hidup perlu diteruskan. Kerana matlamat kita lebih jauh. Dunia ini hanya sementara.
Bulan yang berlalu juga terasa sementara.

Semua orang mempunyai masa yang sama.
Jam yang sama, waktu yang sama.

Bulan yang sama.

Apa yang membezakan kita adalah bagaimana
kita mencorakkan masa itu.

"Yesterday is a history, tomorrow is a mystery."

Hey June.
I'm counting on ya. Please treat me well :)

......................

menyeru semangat histo. Puh puh haipp (<-- apakah?)