Assalamualaikum :)
Mari kita bercurhat.
Menyelak buku JOM 06 yang telah lama dibeli namun masih tersimpan elok.
Sehelai kertas melayang keluar.
"Setiap saatmu dihitung,oleh Zat yang Maha Menghitung."
Tiada waktu untuk dibazirkan. Tiada masa untuk mengelamun jauh. Tiada masa untuk ditidur-tidurkan.
Rehat bagi daie adalah bukti kelalaiannya.
Benar. Terlalu banyak masa dibazirkan pada masa kini. Sedang kita tidak punya masa. Umat tidak punya waktu untuk menunggu seorang daie yang manja, yang suka bermain lebih daripada keterujaannya untuk mendekati manusia di sekelilingnya.
Seringkali mereka menggunakan term gerabak kereta api. Gerabak dakwah itu matlamatnya satu: syurga. Pergerakkannya laju dalam mengejar matlamat. Tiada masa untuk buat pit stop lama-lama di satu satu stesen. Jika kita tidak mengejarnya, maka kita yang akan ketinggalan.
Seringkali mereka menggunakan term gerabak kereta api. Gerabak dakwah itu matlamatnya satu: syurga. Pergerakkannya laju dalam mengejar matlamat. Tiada masa untuk buat pit stop lama-lama di satu satu stesen. Jika kita tidak mengejarnya, maka kita yang akan ketinggalan.
Dan bila kini, bila mengenangkan akak-akak tahun 6 semua dah nak balik tahun depan, baru ak terasa betapa ruginya tak mengambil cas-cas himayah daripada mereka. Yup, ak sangat arrogant. Hanya bila dah terima kerja rasmi dalam sistem, terus merasakan diri dah cukup berguna dalam jalan ini, sedangkan core utama tarbiyyah itu langsung tidak digenggam erat.
Amalku, makin lama terasa makin kosong.
Amalku, makin lama terasa makin kosong.
Muamalahku, terasa makin lama semakin kasar.
Mukaku, terasa makin lama makin jadi kaku. (=Mask face?-->Parkinson?) Heheh.
Nak berkongsi cerita dengan orang pun terasa makin sukar.
Haih.
Haih.
................................
Satu cerita.
Pernah suatu hari berjalan bersama murabbiah ke Giza untuk pergi ke kedai membeli barang, dalam cuaca yang sangat terik dan panas. Bahangnya hanya Tuhan yang tahu, sebab opkos lah bahang atas jalan tar lebih osem daripada bahang duduk kat rumah kan. Jalan tar mesir pulak tu. Jangan men-men~ Dengan keadaan jalan yang jem, takde satu teksi pun nak amek kitorang sedangkan jam hampir menunjukkan 2 petang. Kami ada temujanji dengan adik-beradik yang lain.
Satu satu teksi ditahan, satu satu jugak buat muka selamba dan berlalu pergi.
"Eeeee geramnya pakcik teksi ni. Dah la panas. Orang nak cepat nii!"
Out of burst, ak membebel sorang sorang. Maklumlah, hati orang muda matang.
"Awak, sabarlah, Allah tengah nak uji tu."
Fuh, sejuk tiupan murabbiah. Malu, jadi malu dengan diri sendiri.
Seharusnya, manifestasi pertama tarbiyah ialah akhlak dan amal. One should be better than before. Tarbiyyah itu peningkatan, bukan per-kesamaan yang rata sebelum dan selepas. Ak sendiri banyak jatuh hati dengan tarbiyyah sebab akhlak akhowat-akhowat yang osem, yet ak sendiri langsung tak mencontohi mereka. Sedangkan dah dua tahun. Yehh, dua tahun yang lemah. Peace out yo.
Dan sekarang bila mengenangkan akak-akak tahun 6 dah nak balik, diri jadi takut. Takut nanti takde sape-sape dah nak tolong dijadikan pengetuk diri dalam diam. Makin lama makin sikit, dan kita makin besar. Bersediakah kita?
Tuhan,
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang kau rindukan
Yang kau cintai
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Saya nak bersama mereka. Lagi lama. Lagi.
3 comments:
T_____________________T"
Tak lama dah.
Nak kena berjalan dan berlari sendiri.
*cas-cas hammasah
T----T
Klau marah camtu pon dikire tak sabar, aku cmne lah..uhh
Post a Comment