Sunday, November 24, 2013

Bubur

*Makan makan*

"Nanti masa kau makan bubur mesti teringat."
"Teringat apa?"

Suatu perbualan yang sampai sekarang aku masih ingat.

Bubur hari tu memang sedap. Sumpah sedap. Diorang taruk bawang goreng translucent sebagai touch up penyedap rasa masa dah selesai masak. Bukan bawang goreng dalam peket mahupun bawang goreng cokelat 1 LE yang beli kat Sobah untuk makan dengan makaronah lahmah tu. Ni bawang yang digoreng sendiri. Cuba lah try.  

Hobi saya daripada kecik sampai sekarang ialah mensebuk sebuk di rumah orang. Haha. Mungkin kerana hidup tetap di rumah sendiri tak berapa nak lama, (12 tahun je, pastu jadi penduduk tegar asrama) ditambah pula dengan semua ahli rumah sangat suka berjalan sana sini naik basikal masa kecik kecik dulu, maka menghabiskan masa secara berseorangan untuk privasi untuk masa yang lama adalah sesuatu yang aneh.

Duduk sini baru belajar frasa 'hidup privasi'. Nak bilik sorang satu. Nak meja stadi sorang satu. Nak katil sorang satu. Nak kipas sorang satu, ect ect ect. (tetiba terasa aku pulak yang aneh.)

Balik kepada cerita tadi, haa, dek kerana dah menjauh dengan depa semua, maka jadi jarang sikitlah nak mensebuk di rumah Munira lagi. Duduk sayyeda best je except for satu faktor: budak batch tak ramai duduk sini. 

Dan sambung cerita, pergi lah ke rumah yang ada bubur tadi. Rezeki mesir. Pergi mana-mana mesti kenyang XD. Sedap pulak bubur tu kan. Memang best lah. Spoiled, tak nak amek, orang hidang. Siap suap lagi. Ukhuwah katekan.

................................................

"Mesti nanti dah tua-tua teringat scene masa muda, makan bubur ni camni. Kenangan manis."
"Iye? Hahaha (sumpah lawak). Kenangan manis aku banyak kat sini."
*Buat muka cool takde perasaan*

Kepada si coolio yang suka keluar ayat manis manis unxpected secara tiba-tiba. Saya akan ingat scene ni. Sila stay cool dalam kemanisan keunexpectedan. Seronok.

Saturday, November 16, 2013

Dodi yang penakut

Assalamualaikum.

Angin sepoi-sepoi bahasa dari ruang udara sayyeda dikacau daun keindahannya oleh bunyian hon kereta di luar sana. "Spoil je, mood udara sedap dah," ujar Dodi. Kini Dodi selesa memulakan hidup barunya, walaupun kadang-kadang Dodi rasa sunyi kerana tak dapat gosip dengan kawan sebatchnya, tapi bukankah lebih baik untuk iman Dodi?

Dodi mengangguk sendirian.

Iman. Dodi fikir dan renung banyak kali perkataan itu.

Iman Dodi macam mana ye?
Tiba-tiba fikiran Dodi kembali terlayang ke satu scene pada masa dahulu.

Tuesday, November 5, 2013

Dodi dan ceritanya.

Assalamualaikum.

Ramai yang mengkomplen yang blog lama dah tak hupdate. Bajet hot je kan. Jadi baca sahaja satu post simple ni.

Dodi adalah seorang budak baik yang pemalas. Dia tidak mempunyai impian yang tinggi, baginya hanya cukup sekiranya semua yang berlaku dalam hidupnya berjalan dengan lancar, tidak cemerlang pun tidak apa, asalkan hati bahagia, tiada kerisauan dan sebagai-bagainya. Dan Dodi sendiri lebih suka bekerja dalam kondisi tanpa stress, jika tiada stress kerjanya laju macam air. Namun jika berlaku tekanan dia akan terus shut down macam komputer yang overheat. Malassss.

Manja kan Dodi ni. Spoiled.

Tapi hanya apabila Dodi menyedari bahawa matlamat akhirnya adalah Tuhannya, barulah dia tersedar bahawa sebenarnya apa yang dilakukan dalam hal-hal sehariannya bukanlah semata untuk dirinya di dunia, kerana dia mempunyai akhirat untuk dijadikan matlamat.

Cliche, tetapi itulah motivasi teragung yang menjadikan dia rela menempuhi segala cabaran dalam hidupnya.


p/s: Kadang-kadang kita tidak memerlukan pun sekajang sebab kepada sesuatu. Cukup hanya dengan satu solid reason. Nilai cemerlang yang sebenar hanyalah pada mata Tuhan dan sekali-sekali bukan manusia.

Semua manusia yang cemerlang pada mata Tuhan adalah cemerlang pada mata manusia, tetapi tidak semua manusia yang cemerlang pada mata manusia cemerlang pada mata Tuhan.

Sangat malang bagi manusia yang tidak cemerlang pada dua-dua mata.

Sekian.