Tuesday, November 5, 2013

Dodi dan ceritanya.

Assalamualaikum.

Ramai yang mengkomplen yang blog lama dah tak hupdate. Bajet hot je kan. Jadi baca sahaja satu post simple ni.

Dodi adalah seorang budak baik yang pemalas. Dia tidak mempunyai impian yang tinggi, baginya hanya cukup sekiranya semua yang berlaku dalam hidupnya berjalan dengan lancar, tidak cemerlang pun tidak apa, asalkan hati bahagia, tiada kerisauan dan sebagai-bagainya. Dan Dodi sendiri lebih suka bekerja dalam kondisi tanpa stress, jika tiada stress kerjanya laju macam air. Namun jika berlaku tekanan dia akan terus shut down macam komputer yang overheat. Malassss.

Manja kan Dodi ni. Spoiled.

Tapi hanya apabila Dodi menyedari bahawa matlamat akhirnya adalah Tuhannya, barulah dia tersedar bahawa sebenarnya apa yang dilakukan dalam hal-hal sehariannya bukanlah semata untuk dirinya di dunia, kerana dia mempunyai akhirat untuk dijadikan matlamat.

Cliche, tetapi itulah motivasi teragung yang menjadikan dia rela menempuhi segala cabaran dalam hidupnya.


p/s: Kadang-kadang kita tidak memerlukan pun sekajang sebab kepada sesuatu. Cukup hanya dengan satu solid reason. Nilai cemerlang yang sebenar hanyalah pada mata Tuhan dan sekali-sekali bukan manusia.

Semua manusia yang cemerlang pada mata Tuhan adalah cemerlang pada mata manusia, tetapi tidak semua manusia yang cemerlang pada mata manusia cemerlang pada mata Tuhan.

Sangat malang bagi manusia yang tidak cemerlang pada dua-dua mata.

Sekian.

1 comment:

D r . A I D A said...

finally, u got a post!

pendek dan padat. aq danna dan dia dodi. yosh!