*Makan makan*
"Nanti masa kau makan bubur mesti teringat."
Suatu perbualan yang sampai sekarang aku masih ingat.
"Mesti nanti dah tua-tua teringat scene masa muda, makan bubur ni camni. Kenangan manis."
"Iye? Hahaha (sumpah lawak). Kenangan manis aku banyak kat sini."
"Nanti masa kau makan bubur mesti teringat."
"Teringat apa?"
Suatu perbualan yang sampai sekarang aku masih ingat.
Bubur hari tu memang sedap. Sumpah sedap. Diorang taruk bawang goreng translucent sebagai touch up penyedap rasa masa dah selesai masak. Bukan bawang goreng dalam peket mahupun bawang goreng cokelat 1 LE yang beli kat Sobah untuk makan dengan makaronah lahmah tu. Ni bawang yang digoreng sendiri. Cuba lah try.
Hobi saya daripada kecik sampai sekarang ialah mensebuk sebuk di rumah orang. Haha. Mungkin kerana hidup tetap di rumah sendiri tak berapa nak lama, (12 tahun je, pastu jadi penduduk tegar asrama) ditambah pula dengan semua ahli rumah sangat suka berjalan sana sini naik basikal masa kecik kecik dulu, maka menghabiskan masa secara berseorangan untuk privasi untuk masa yang lama adalah sesuatu yang aneh.
Duduk sini baru belajar frasa 'hidup privasi'. Nak bilik sorang satu. Nak meja stadi sorang satu. Nak katil sorang satu. Nak kipas sorang satu, ect ect ect. (tetiba terasa aku pulak yang aneh.)
Balik kepada cerita tadi, haa, dek kerana dah menjauh dengan depa semua, maka jadi jarang sikitlah nak mensebuk di rumah Munira lagi. Duduk sayyeda best je except for satu faktor: budak batch tak ramai duduk sini.
Dan sambung cerita, pergi lah ke rumah yang ada bubur tadi. Rezeki mesir. Pergi mana-mana mesti kenyang XD. Sedap pulak bubur tu kan. Memang best lah. Spoiled, tak nak amek, orang hidang. Siap suap lagi. Ukhuwah katekan.
................................................
"Mesti nanti dah tua-tua teringat scene masa muda, makan bubur ni camni. Kenangan manis."
"Iye? Hahaha (sumpah lawak). Kenangan manis aku banyak kat sini."
*Buat muka cool takde perasaan*
Kepada si coolio yang suka keluar ayat manis manis unxpected secara tiba-tiba. Saya akan ingat scene ni. Sila stay cool dalam kemanisan keunexpectedan. Seronok.
No comments:
Post a Comment