Saturday, March 1, 2014

Suatu malam

Dalam keheningan malam,
Sayup sayup kedengaran suara membaca alquran di ruang tamu
Sedang si dodi sibuk dengan komputernya dari sudut dalam bilik
Hatinya tertanya-tanya
Sampai bila mahu hipokrit
Untuk berkata tetapi tidak mahu berbuat
Sampai bila mahu tidak merasa
Merasa Tuhan sentiasa melihatnya
Sedang si dodi tahu semua
Pelbagai buku sudah dibacanya
Namun hanya akal mendapat faedahnya

Hati dibiar kering ke tepi
Basahkan segera, wahai diri.

Dodi baru tahu,
Pertembungan antara nafsu dan akal, akal selalu kalah
Walau akal tahu itu salah
Walau akal tahu hukum hakamnya
Walau akal tahu apa rasionalnya
Namun
Hanya apabila digabung kekuatan hati yang mantap mampu menundukkan nafsu

Realitinya,
Kunci kepada penyelesaian masalah semua sudah ada ditangan
Yang tinggal hanya
Perlawanan antara nafsu, akal dan hati. Siapa akan menang.

No comments: