Monday, November 24, 2014

Random sangat2

Assalamualaikum

Sekali lagi random. Mebi boleh paksa diri untuk lebih menulis pada masa akan datang. Kerana menulis mengajar kita berekspresi. Menulis mengajar kita untuk menyusun pemikiran. Menulis mengajar kita untuk menyusun kata.

Menulis mendidik hati kita untuk bersikap 'baaligh'. Menyampaikan.
Dan juga lebih memahami benda apa yang kita selama ini fikir.
Dan juga memukul rasa tanggungjawab untuk menunaikan apa yang kita tulis.

Erk.

Basically, sekarang dah masuk 4th year. Alhamdulillah ala kulli hal, tirai tahun 4 dibuka dengan gilang gemilangnya sampai tak perasan wahhh dah nak end round dah minggu hadapan. Iya masa itu pendek sekali, juga panjang sekali, maka gunakanlah sebaiknya dan isi dengan perkara-perkara yang mampu kita persembahkan kepada Allah dengan muka tak nebes masa kat akhirat nanti.

Aim penentu aras amal kita ialah kita nak buat yang terbaik (ahsanu amala) dan taknak berpoyo-poyo buat yang terbaik tetapi sebenarnya nilainya tiada, dan jadilah dia umpama debu yang berterbangan (habaan manthura).

Apatah lagi amal yang menyeret kita ke neraka; yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu (2:24)

Just that kita yakin dan percaya setiap kebaikan yang kita buat Allah akan pandang walaupun sekecik zarah atom yang pakai mikroskop biasa pun takleh nampak tu. Same goes to dosa. Khairan yarahu, Syarrun yarahu.
Memang selalu kan pusing part ni, cakap pasal iman, cakap pasal feeling dengan Allah, cakap pasal tujuan hidup, konsep ubudiyah. Tak rasa bosan ke cam tak setel setel lagi benda ni, padahal kau dah lama kenal Islam.

Entah.

Sebab benda-benda ni benda paling basic kot. Terbanglah tinggi mana, tapi kalau asas tu tak dijaga, ia tak akan kuat jugak.

Seringkali bila kita naik ke tahap lain, memahami sesuatu yang lebih kompleks dalam Islam, kita terabai perkara yang dibawah. Sibuk sangat dengan kerja-kerja 'Islam' yang ada sehinggakan nilai ubudiyyah yang basic yang teramat-amat tu tak dah dirasakan dalam solat. Dalam puasa. Dalam berjalan, belajar, menyantuni manusia.

Makin mahu didengari daripada mendengar.

Makin menabik dada kerana ilmu yang ada didalam jiwa. "Oh, aku tahu sume ni, korang mane paham sesemue ni." Sedangkan ia tidak pun digerakkan bersama amal.

Jadilah kita manusia yang tidak seimbang equationnya.

Galak sebut pasal taqwa, ihsan bagai, tapi waktu bila kita bersendirian, Tuhan jelah tahu apa kondisi hati dan pemikiran kita time tu. Dicampak ke medan sebenar (balik summer); mutabaah amal sume lost. Dulu-dulu masa baru kenal Islam yang sebenar semangat je jaga tarbiyah zatiyah. Kenapa makin besar, makin paham lebih makin tak terjaga dengan baik ni?

Hati dah tak sensitip.

Mende sume ni.  


So memang yakin lah, terbang la tinggi mana, tapi jika ikatan aqidah dan iman diri tu tak dijaga sepanjang jalan tu, memang kita sebenarnya berundur ke belakang dalam jalan pembinaan diri kita. Just kepala je besar sarat dengan pengetahuan. Tapi tak diamalkan.


Ok. Ini siyes random tembak bazooka kat diri sendiri.






Mungkin perlu lebih mematang dalam langkahan amal.
Sekian.

No comments: