Tuesday, November 25, 2014

The miserable me

Assalamualaikum

Sometimes, benda yang kita sangka semuanya akan berlaku according to plan akan jadi dengan cantiknya jika kita melaksanakan semua aspek yang akan menuju kepada kejayaan plan itu dengan baik.

Tapi bila ada slek sikit kat mana-mana kita terus down rasa berterabur sangat dah lepas tu.

Terlampau perfectionist dan ideal.

Kita manusia harus menjadi fleksible. Bagai pokok yang lembut. Mudah dilentur dibuai angin tetapi tetap kukuh pada basisnya; dan sentiasa berusaha untuk tegak semula. Bukan seperti pokok yang keras nampak gah apabila tiada angin, tapi once angin bertiup, terus tumbang.

Yang penting, jika mahu menang, sempurnakanlah syarat-syarat kemenangan itu dan bertawakal lah dengan sebenar-benar tawakal. Selagi belum mencapai kemenangan yang ditujui, ia bermaksud masih banyak aspek yang perlu kita perbaiki, dan mungkin ada silap di mana-mana.

Kita merancang, Allah juga merancang. Dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.


No comments: