Monday, February 23, 2015

Discrete

Assalamualaikum

It had been two weeks since our new round Ophthalmology round started. And we really learn a lot, although it just going around three chapters. Sebab penciptaan mata manusia tu yang memang unik, kecik, but has ultimate power and function. So it has complex structures, dan any masalah, infections, trauma, melihatkan all those tiny thin layers akan menyebabkan peenyakit yang pelbagai. Power sesebuah mata tu bukan hanya bermaksud bila boleh keluar laser dari mata, tapi untuk melihat tu sendiri sangat memerlukan kepada ketelitian yang tinggi. Lagi2 mata kita ni kecik je kan, tak guna bateri pun tapi boleh last long compared to camera lens yang actually tak mampu pun untuk ambil gambar secantik tangkapan mata ciptaan ilahi. So the normal eyes themselves are powerful enough, boleh masuk dalam list Seven Wonders of The World actually.

And I wonder lah macam mana kalau mata yang cantik ni dicampak jauh ke dalam api neraka kerana dosa pemiliknya?

................


Friday, February 20, 2015

A thousand years

Assalamualaikum

Berlalu lagi satu minggu yang hectic. Sejak duduk dalam DnT ni memang tidak ada satu minggu pun yang dirasakan kosong, yang jenis tak-tahu-nak-buat-apa. Jika ya pun, semasa bermula cuti summer/akhir cuti summer. Sebab, sentiasa ada benda yang hendak difikirkan, sentiasa ada orang yang hendak dimuayasyahkan, sentiasa ada buku yang perlu dibedahkan. Cuma satu sahaja benda yang berlaku normally is, keengganan kita nak mensyaghalkan dan mendisiplinkan diri untuk melaksanakan semua perkara tersebut sehabis daya kita. One thing yang saya rasa kena ambil port (ambil berat). Kebiasaannya, benda tu akan tangguh-tangguh sampailah ke masa hujung sekali di saat semua benda kena submit. Lepas tu keluarlah segala jenis keluhan berbentuk raksasa. Huwarghh.

picture credit to a website

Kenapa tajuk macam tajuk lagu nih? Sebab tengah pasang background music guitar fingering lagu ni. So layan jelah ye.


So what should you do if ada problem yang sama macam ni? Senang je, it just: TRY MAKE YOURSELF DISCIPLINE AND BE RESPONSIBLE UPON ANYTHING YOU INVOLVED IN. Bangun, Allah sendiri cakap dalam KitabNya, "Berangkatlah dalam keadaan ringan mahupun berat." So you have to do it. Dan along nak buat kerja tu memang la kadang-kadang susah, sebab macam-macam cabaran mungkin bakal keluar umpama raksasa yang menunggu di tepi jalan. Jadi, just be positif dan cari support system yang boleh motivate kita along the way, okay?

Dan yang paling paling paling penting, jagalah mutabaah amal sebab antara sebab terbesar kepada kemalasan itu mungkinlah syaitan yang ada kat kanan kiri depan belakang atas dan bawah kita, yang tetap setia sejak azali nak deviatekan kita. Even untuk bangun tidur pun diorang boleh kacau, apatah lagi dalam benda-benda besar yang kita perlu selesaikan. Mohonlah pada Allah perlindungan daripada mereka, dan selamat menjadi orang yang baru setiap hari, yang lebih baik daripada sebelumnya!


Sekian.

Saturday, February 14, 2015

Terbang

Assalamualaikum

Seminggu telah berlalu sejak cuti winter untuk tahun ini. Dalam seminggu itu juga, macam-macam benda telah berlaku. Exam commed yang lepas membuatkan aku merasa perlu untuk mendapatkan suasana baru. Aku sekarang berada dalam kondisi lemau yang teramat. Perlu keluar daripada kepompong ini.

Cuti yang lepas, aku, usrahmates dan beberapa akhawat dari azhar telah berjaulah ke United Kingdom, Europe selama 9 hari, in which jaulah ni cukup membuka mata aku tentang apa ertinya hidup dalam gerabak DnT yang sangatlah luas ini. We don't need to be confined in our own pemahaman je. Rasa jumud sangat sebelum ini untuk melimitkan capaian dakwah ini dengan indikator2 lalu, dan lebih masalah lagi ialah bila kita stuck dekat our own weakness dan tak mahu bergerak keluar darinya.

Cam, tahu ada masalah tapi tak fokus pada strenghness, then tiap kali muhasabah mesti akan picked-out problem yang sama je. Berada bersama akhawat UK juga membuat kitorang sedar dalam semangatnya kita berdakwah, tarbiyah adalah nilai yang tak pernah boleh tolak tepi. In fact, itulah sebenarnya modal dakwah kita. Allah, RasulNya, dan agama ini. Kepada Allah kita menyeru, bukan? Jadi kalau daie tu sendiri belum cukup capaian rantai hubungannya dengan TuhanNya, mana mungkin dakwah itu akan berlaku dengan baik.

I would write more but I have to stop here.
Till then,

mumblyme
#roadtobecomeakhawat

Thursday, January 8, 2015

Tahun baru

Selamat tahun baru 2015.

Antara benda yang hilang pada diri aku sekarang ialah semangat untuk meletakkan matlamat dan resolusi setelah beberapa kali gagal mencapainya. Aku tidak lagi positif, apatah lagi untuk bersemangat untuk melakukan perubahan. Seringkali merasakan semua orang mempunyai perasaan seperti aku, tetapi rupa-rupanya tidak. Sangat ramai manusia yang mempu melakukan banyak kerja dalam satu masa. sangat ramai manusia yang bertarung dengan kesejukan di luar sana. Sangat ramai manusia yang masih menjaga solatnya, umpama sedang memegang pasu kaca, melakukannya dengan berhati-hati dan penuh cermat sekali. Sangat ramai manusia di luar sana berkejar-kejaran untuk berlari ke majlis ilmu. Sangat ramai manusia di luar sana berjaga malam, bermujahadah untuk menyelesaikan urusannya.

Sedang aku tidak. Merasa limitasi diri itu besar lalu menyerah kalah.

Lalu ku buka kembali lembaran planner yang ada. Ku isi satu persatu rancangan yang harus ku catat dalam menjalani lembah permusafiran hidup ini. Ya, aku harus ke hadapan.