Tuesday, October 4, 2011

jaulah.

Assalamualaikum :)

Continue dengan jaulah. Sebelum ni dah cerita pasal perjalanan malaysia-mesir, program ahlan, dan akhirnya, final part of ahlan'11 --> JAULAH. Jaulah dalam frasa melayunye bermaksud bersiar-siar. kalau tajawwalul internet bermaksud bersiar-siar di internet (melayari internet). Dan kini, kami berpeluang untuk men'tajawwalul' qahirah, selepas 4 hari berada di bumi Nabi Musa, untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar tanah kaherah yang sangatlah luas.

Alhamdulillah, semasa jaulah tu kami berpeluang untuk melawat piramid di Giza (yang gambarnye berlambak di mana-mana), Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Amru Al-As (masjid tertua di benua afrika), makam Hussein (tempat terletaknya makan cucu Rasulullah S.A.W, Hussein R.A) dan Masjid Al-Azhar. Jaulah yang sarat dengan informasi dan ibrah ini berlangsung selama 1 hari dan tamat pada malam harinya dengan sempurna. Alhamdulillah.

waktu berkumpul : pukul 8 pagi.

sedikit taklimat oleh akak-akak fasi


Sebelum tu, nak tau, bas pelancong kat mesir ni sangat-sangat lah lain dari Malaysia. First of all, basnye tinggi-tinggi. Then, bas dy ade pintu/laluan kecil untuk masuk dari tengah. Mungkin nak memudahkan pengasingan ikhwah dan akhowat kot. Tremco pulak selalu disewa untuk perjalanan jauh yang sikit penumpangnya. Ada van kecil (tak tau namanya ape kat sini) boleh lipat-lipat kerusi dy. jadinya, satu van tu boleh muat dekat 20 orang penumpang. Spesel kan? Teruja giler time mula-mula naik.

Dan menariknya orang arab mesir ni adalah semasa di jalan raya. Macam-macam gelagat korang boleh tengok. Hehe. Antara fakta bagi 90% pemandu di sini adalah :
  1. Takde kereta yang tak kemik/calar.
  2. Jem hanya tiada pada hari Jumaat (sebab cuti).
  3. Side mirror pun ade takde je.
  4. Bunyi hon 24 jam. Asyik hon je.
  5. Jalan raye takde line. Traffic light hanya ada pada tempat-tempat orang kaya.
  6. Jalan yang sepatutnya ada 3 line boleh muat kereta sampai 5 buah. Diorang suke selit-selit. rapat giler pulak tu
  7. Andai kata kalau satu side jalan tu penuh, dengan sukahatinya mereka akan guna jalan side sebelah. (yang patutnya bertentangan).
Teruja kan? Yang positifnya, pemandu-pemandu (teksi) kat sini ramah-ramah dan sangat hebat dalam mengelak bende semasa memandu. Dan pandai menyelit. Kiranya skill pemandu-pemandu kat sini memang tip top la. Walaupun diorang suka hon pada orang yang jalan kaki, tapi hon tu sebenarnya satu amaran yang diorang nak lalu. Kadang-kadang diorang slowkan sikit sebab nak bagi kitorang lalu. [sebab budak-budak msia lintas jalan macam ayam. comel2. menggelabah. Padahal orang lain buat muke rilek je.]



Okeh, cukup dengan iklan. Sambung cerita, perjalanan kami dimulakan dengan lawatan ke Piramid-piramid di Giza. Ada 3 piramid semuanya kat sana. (Anak beranak). Sebelum tu, kitorang bertolak dalam pukul 8 lebih sebab pakcik-pakcik bas yang lambat sangat sampai. 1 jam pertama atas bas ---> tido [zzzzz]. Ngantuk giler punye pasal. Sebab pagi tu bangun pukul 3 untuk bersiap. [ *subuh pukul 4.30 ]. Tersedar pun masa tengah lalu kawasan kubur ! 

* Jangan main-main, kubur diorang ada class. Macam rumah. Cantik. Satu rumah (kubur) untuk satu keluarga dan keturunannya. Kawasan ini sangat lah luas. Takde rupe kubur pun. Time lalu kubur tu tibe-tiba ak teringat kat shak. taktau kenapa. ^_^" haha.

Aha! Lupa nak cakap. Perjalanan kami alhamdulillah ditemani oleh seorang ustaz yang berpengalaman. [ *ustaz/ustazah=pelajar dirasat/agama. bukan cikgu tau! ]. Semasa perjalanan, ustaz menceritakan dengan teliti pasal kisah-kisah Firaun ni. Pesan beliau, 
"nak berjalan, berjalan jugak. Tapi kita berjalan ni tak kan la setakat nak bergambar je kot. Ambil lah ibrah dari perjalanan kita supaya ia lebih bermanfaat dan tidak sia-sia."



jalan sepanjang ke Giza. Ni cabang sungai Nil kot.

Nampak tak piramid kat tengah-tengah bangunan tu? [ klik gambar untuk zoom ]

bangunan berwarna di Giza. Ni muzium papyrus namanya.

pagi tu jalan jem !

aha...sinar-sinar kepiramidan dah muncul. 

dah dekat ! Giza square tu..~

Bila dah sampai, amek gambar dulu. kachak!

Jadi, ustaz pun cerita la pasal piramid yang satu dunia dok tengok n kagum tu. Antara quote yang ak ingat dan suka ialah :
" Siapa tak kenal firaun? Raja yang hebat dan agung pada zamannya. Semua benda dia ada. Cuba cakap, ape bende yang firaun tak ada? Bangunan hebat, kekayaan, tengoklah emas dy berapa banyak. Keranda dia pun nak emas...huish...rakyat pulak ramai. Tapi, dia angkuh. Suruh orang sembah dia pulak. Tapi, apa pulak kesudahan firaun si raja agung ni? Mati dalam keadaan yang buruk (Su'ul khotimah. kerana tidak beriman dan dalam keadaan aib). Akhirnya tempatnya di neraka. Tula, hidup menyusahkan orang. (sebab suruh orang buatkan kubur besar giler untuk dia -piramid-). Mati pun menyusahkan orang. (sebab nak cari keranda dia punyelah susah.) Nasib baiklah firaun ni mayat dia boleh jana duit negara mesir". (melalui piramid + mumia. ---> Ustaz tengah buat lawak time ni. sebab tengok kitorang buat muka belacan kot. Panas giler time ni. hehe.)
Pastu, ustaz sambung lagi.
"Cuba kita tengok pula cerita Bilal Bin Rabbah. Seorang insan yang tidak mempunyai apa-apa. Muka dah la tak hensem. Duit apetah lagi. Hamba orang pulak tu. Tapi, tapi...dan tapi, ingat !! Rasulullah dapat dengar tapak-tapak Bilal di syurga."

Subhanallah. Bezanya dua insan ini. Firaun mendapat syurganya di dunia, tapi Bilal yang merasa neraka di dunia berjaya beroleh kenikmatan abadi di syurga. Modalnya? Cuma jiwa dan kepercayaan (taqwa) kepada Tuhan yang Esa.

Then, tengoklah gambar-gambar saya di sini..wahaha >,< !!!

bersama group 4

dengan kak rem. senior tahun 6

atas batu-batu piramid.

kecik je kan piramid tu. haha.

saya lagi tinggi !

unta bersama sphinyx.


bersambung kemudian. sekian.



 

5 comments:

shakirah said...

see i told u,, i feel ur story , i feel like im there jugak aah, thx2,, sukasukasuka, btw? why kubur yg remind u of me, but still, ur memory of me means the world to me, thx, take care, luv yah, wsslm~~

CheerZ_CherrY said...

waa..sme la kt jordan pon cm2 gak..kete sume nk hon2..tpi,dorang kdg2 nk bersapa2 gak..huhu..slmat blaj a d sne ye~

harumaki said...

shak: nape kubur? sebab ustaz tu cakap satu keturunan=satu kubur/rumah. So ak teringat la dekat ko yang lebih nampak keturunannye, sebab 'nama' yang dekat hujung tu kan. hehe.

Terima kasih kerana suka. hehe

anisah: memang arab suke bunyi hon kot. kalau perasan, kete diorang punye hon kat tepi stereng, bukan tengah. tu yang laju tangan nak menekan tu. Satu lagi, hon motor kat sini lagi kuat dari kete. pelik kan? gempak je lebih. dah la tak pakai helmet. even kat lebuh raya pun.

funny_hani93 said...

btol sronok bce cite ko nie biela...dpt rse cm ade kt sne gak..hehe..
biela,,aq share blog ko ngn beberpe kwn aq..bole kn??hehe

harumaki said...

boleh jee..moga bermanfaat ^_^