Sunday, September 30, 2012

Another new story


Kini kembali langsung dari bumi Mesir.

Assalamualaikum :)


Bukti. tingkap dan pemandangan cenggini wujud di mesir sahaja (kot). Sekian.


Hari ini telah masuk hari yang keempat berada di sini. Alhamdulillah selamat tiba di Cairo International Airport pada 24hb Sept yang lepas, setelah melalui satu sekuel perjalanan yang panjang dan kelakar. Macam-macam perkara berlaku kat atas flight disebabkan kegelabahan ak yang sedia maklum selalu berlagak kool (perasan tak?) padahal clumsy nak mati. Anyway, ia satu pengalaman yang sangat best, untuk belajar menjadi antara orang yang paling lambat masuk ke plane dengan bergaya sekali. Fuh.

Alhamdulillah, dan sekarang Allah permudahkan diri untuk bergelar second year medical student di sini. Dah darjah duaa! *silatepuktangankuatkuat*. Melangkah setapak kedepan, meneruskan pembinaan diri sekali lagi untuk menjadi student medik yang mumtaz sahsiah dan ilmunya. Ingat tak dulu, kita selalu disogokkan dengan perkataan 'back for good'; bermaksud mensasarkan diri sendiri akan balik untuk menjadi sesuatu yang lebih berguna/ membawa manfaat kepada orang lain di Malaysia. Bukan setakat jauh jauh pergi ke obersea, and then jadi orang yang sama je macam masa mula mula dia datang dulu. 

Dan kerana itu, kita kena terus berusaha disamping tajdid niat. Tajdid niat. Tajdid lagi, ulang dan ulang setiap pagi. Walaupun belajar ngantuk ngantuk. Walaupun kaki sakit nak panjat kelas kat tingkat empat. Semoga usaha yang kita lakukan itu Allah redha dan melorongkan kita terus ke matlamat utama :)


Oleh yang demikian, mari membuka cerita baru sebagai pelajar medik tahun dua dengan riang dan gembira.  Gembira di rumah baru bersama tajuk tajuk medik yang baru. Huaaa. Cakap pasal kelas, menyesal gak datang lambat. Masuk kelas neuroanat dalam keadaaan kawan-kawan dah hampir habis cover 3/4 buku. Lalu mata terkebil kebil nak memahamkan anatomi otak yang masyaAllah sangat complex tersebut. Ada kalanya jatuh tersungkur dalam perjuangan menahan mata. Alasan jetlag. Pandai kau jah. Hehe, orang lain semua dah mula lama, ak baru nak mula. Terima je la.


otak..otak..otaaaaaak


Walauapapun, kini saya masih lagi mengalami sedikit jetlag pada mata dan perut. Masalah sungguh =_="
Bila entah nak tukar header tu.

Saturday, September 15, 2012

Kenduri

Assalamualaikum :)


Mempersembahkan~





Daaaang!

Kiut tak? kiut tak? fes time buat nih. Haha.



Semalam, ak dengan yong pergi ke rumah abah long sebab nak kejobos. Kami buat bunga daripada kain felt khas untuk waiterss tak rasmi esok bersama-sama dengan faiz sebagai pelihat. Sementara tu, tangan pun gatai la godek godek buat bunga sendiri. Comel kan? Simple je, guna jahitan backstitch je.

Dzakwan pulak jeles cakap benda ni buruk. Alah, macamla ko reti buat. Puui.


Kameel kawen esok. Cucu kedua nenek akhirnya officially kahwin dengan jayanya. Semoga mereka bahagia. 


Menyedari perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah.

Friday, September 14, 2012

Hime

Cik arha suruh saya post panjang sikit. Baik, saya cuba.

12 September 2012

Gakuen Alice masih lagi belum mengeluarkan episod baru sejak bulan ogos yang lalu. Ape jepun pun cuti raya aidilfitri ke hape. Lama sangat dah ni. Kalau macam OM tu, setiap dua minggu keluar episod baru. Lagi-lagi masa zaman exam month dulu. Seminggu sekali!

Semalam pergi ke kedai. Entah kenapa tangan gatal mengambil dua naskhah majalah wajib beli dahulu. Tak beli pun. Pinjam kat kedai pastu pulang balik. Kadang-kadang terkandas di rumah lalu dimarah abah kerana membuat pinjaman seumur hidup. Haha? 

Yang penting tabiat itu telah berkurang sejak keberangkatan ke intec dahulu. Takde duit lah.


Dan, apa yang mahu diperkatakan di sini? Oh ha.. MM dah keluar volume baru. 


bukti. kemain kau jah. haha.


13 September 2012

Nonsense. Salah satu daripada jenis jenis mutation. Berlaku di mana nucleotide disusun salah membentuk stop codon meskipun pada permulaan/pertengahan susunan amino acid. Ini membawa kepada penghasilan protein yang tidak 'mature'; ataupun protein yang rosak dan tidak mampu membawa fungsinya.

Dan kenapa ak tulis pasal biochemistry pada pertengahan post ini? No-sense. Haha :P


(kesan daripada melihat jadual baru kuliah di fesbuk)



14 September 2012

Basically hari ini belajar memasak bersama ibu. Selepas tengok cerita changjin, baru sedar teknik masak sangat penting, meskipun hanya sekadar cara memotong. Sebenarnya dah lama sedar, tapi kali ni sedar lebih sedikit. Oleh kerana di awal2 percutian peti ais rumah kami rosak dengan ganasnya sehingga perlu dibaiki sebanyak dua kali sebelum mengambil keputusan membeli peti ais baru, maka tidaklah diri ini memasak sangat. Masak air ye laju.

Abah pulak, jadi pengkritik makanan terhandal. Penyampaian makanan pun dia ambil kira. Kalau kat mesir kitorang hidang dalam periuk je, abah >.< !

Ada sekali tu, buat sotong kari. Zakwan beli kentang lambat, so kentang tu tak sempat nak empuk habis tapi macam malas nak amek kesah, hidang je  atas meja. Dalam otak berfikir= Kalau lapar, semua benda telan je. Takpun bajet orang taknak makan dan biar je kentang tu dalam kari begitu sahaja. Salah zakwan pun by the way kan.

Bila waktu malam, ibu masak. Lalu ak pun membuka tudung saji dengan lepaknya, expecting yang mesti kari tu tinggal kentang je. Tapi sebaliknya berlaku;


"Hari ni sedap nabilah masak."


Sebenarnya hari tu ak masak ayam masak cendawan. Kari sotong sebab zorif tak akan makan apa-apa selain daripada kari (budak aneh). Kira spesel lah tu. Bangga kejap. Cendawan matsutake kot. (cendawan shitake sebenarnya). Sambil itu tangan membuka tudung saji.


"Lagi-lagi kentang dia..."


Oh tidak.


"Abah, kentang akak keras!" Pantas zakwan memotong.

"Eh, itu la resepi arab! Orang arab memang makan kentang keras ye?" Perli abah.


Lepas tu semua orang gelak habis. =_______=" grrrrrr. Kesannya, setiap kali masak kentang mesti orang tanya: "ni kentang arab ke?"




Tapi hari tu, kentang habis licin. Kuah kari je ada.


............................................................................

Masih dalam mood yang merasakan bahawa cuti masih panjang. 

Tuesday, September 11, 2012

biskut suci dalam debu

Motip tajuk? Haha. Sebab adik tengah makan biskut tu.

Tv terbuka menyiarkan rancangan chalkzone yang menampilkan rudy tabuti sebagai heronya, dan saya pula sedang menjalankan rutin harian di mesir bukan di sini -yakni blogwalking semestinya. Kawan-kawan semua sibuk bercerita mengenai pengalaman diorang di uni baru kat belog masing-masing, life as a new freshman mahasiswaswi-to-be. 

Bunyi seronok. Cam jeles pun ada. Mengembara ke seluruh malaysia.

(Isk, siyesli tak tau nak tulis apa. Lemm-nye hidup kat malaysia nih. Golek-golek je kejenya). Sebab sume drebar dah balik uni. Nasib orang takde lesen, begini lah. 

Sekian.