Tuesday, April 30, 2013

Budak pelik

Cerita hari ni.
Ada orang datang rumah dan,

dia tekan loceng bertalu talu dari luar rumah.

Maka, aku pun bertanya dari dalam. "miiin, miiin?"

Diam je.

Bukak-bukak pintu. Dia menjengah dari luar lalu meluru masuk sambil berkata, "Fuh fuh, penat. Waaaah. Hari ni panas lah." Macam makcik bedah kat kampung datang rumah zainab.

"Eh, nape kau datang sini?" Tanya aku, innocent.

"Kenapa ye? Haaa, aku ingat!". Lalu dipalingkan badannya dan memukul aku dengan kertas yang ada kat tangannya.

"Ni tujuan aku datang!"
 Ujarnya. Puas.

~(=..=)~




Banyak masalah budak budak zaman sekarang ye.

Sunday, April 28, 2013

cake photoshoot :)

Sambungan kepada post kek kek kek kek kek
It's too cute. So i specially put it here. Enjoy, and smile :)




alluring. isn't it? cheese sesungguh ni. bukan chokiya punya.

karya sifu. hahaha. ada tak nampak corak abstrak pokok?





yeahh mumblyme!



Oh, sebenarnya kek kek ni bersempena Cairo Open Day (CODE) yang diadakan kat sini. Sume batch boleh bukak gerai masing-masing. As for us, nama gerai kitorang de' GEN11US. Macam-macam adaaaa, tart telur, donut, apam polkadot, nasi hujan panas, aiskrim batang, keropok, dan yang paling daebak sekali ialah PAU! Pau weh paaaau mane nak carik kat siniii~ tetibe ada pulak kawan batch, umur 20 tahun yang pandai buat, memang perghh. Terharuu.

lai lai mari beli kek~

apam polkadot yang kak ida buat. comeel



sikit lagi sikit laaaagiiii


14:39=yeaah misi selesai! *tutup kedai*
p/s: tu donut kasr ammurah buat. pandai diorang buat. sedap! 

smile!


Friday, April 26, 2013

word-less #8 cute overloadness

Assalamualaikum :)

Minggu ni=minggu kek! Yeayy!

Kak Su pernah cakap, dia tak tahan buat kek, mengenangkan betapa banyak butter dan telur yang digunakan dalam menghasilkan satu kek. Seraam seraaaam.

Lucu. Haha. Tau takpe, satu kek biasanya memerlukan 4 biji telur. Padahal dalam seminggu kita disarankan untuk makan sebiji telur je.

ini kapkek dapat masa malam rabitah

ni smiling cupcakes untuk Ansarians :)


kek awan :)


comel comel comel comel


Akhir sekali :)

"Dan kerana Tuhanmu, cemerlanglah!"


Tuesday, April 23, 2013

jangan baca



aahhh. nak lari nak lari nak lari lalalala~


Aku nak ego tapi aku tahu tak baik kalau camni.
Maka
Aku nak marah tapi siyeli aku tahu aku yang salah.
Maka
Aku nak lari tapi aku tahu akhirnya aku yang rugi
Makanya,

Face the music.


Sila padam api dengan air, bukan dengan api.



.................................................................................



Macam kelakar, sebab baru je sama-sama tadabbur surah an-Nas, tetiba datang pulak rasa yang macam ni. An-Nas menceritakan perihal Allah sebagai tempat pergantungan kita, dan cabaran tu akan sentiasa datang daripada nafsu (waswas) dan hasutan syaitan (dalam bentuk jin dan manusia.) Dan kami telah bersepakat yang segala kejahatan dan kemalasan dan ke- ke- yang dilakukan selama ni bukannya sebab tak tahu benda tu salah, tapi sebab hati jahat tu lagi kuat dari hati baik, maka berlaku apa yang telah berlaku. 

Hmph,



Masalah betul manusia aku ni. Pastu, ada lagi. Allah dah cakap dah dalam surah As-Syams;

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan jalan ketaqwaan.
Sungguh beruntung bagi orang yang menyucikannya (jiwa itu);
Dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya."
(91:8-10)


Aku tak beriman ke dengan surah An-Nas ngan As-Syams ni? Sebab masa aku marah, aku rasa nak marah, bukannye nak pujuk hati dengan istighfar/baca surah ni. Instead, rasa nak meletup keluar tu yang datang dulu. Padahal dalam hati dah fikir dah, "eh, baik aku senyap je". Tapi still marah tu yang keluar huwaaaaaaa.

Drop down to earth. 


Tapi, instead kalau kau perli, boleh tak kau motivate?

Monday, April 22, 2013

Ini best

currently desktop ini begini.


"Jasad kita dari tanah
Maka dia akan kenyang bila diberi makanan berunsur tanah. kalau beri angin, dia takkan kenyang malah memudharatkan.

Ruh kita dari langit.
Maka kalau kita sumbat dengan segala macam keseronokan dunia, dia takkan pernah puas. haruslah sesuatu yang datang dari langit untuk mengenyangkannya.

and of course, kita tahu alquran seisinya datang dari langit."


Quoted from SJ.
Bukan super junior -_-


......................................................


Maka hari ni, kami GEN11US-ians akan menghadapi exam spotting Anatomy, in which nama lain dia = 'main sepot sepot daging tulang'. Hehe. Walaupun struktur benda abdomen dan pelvis macam senang dan tak seselirat upper, lower limb dan head neck, tapi, ketenangan dan ilham nak jawab tu Allah yang bagi kan.

Pernah je, satu kondisi dulu, baca bagai nak rak, hapal memang siyesli sebijik-sebijik, but when it comes to examination, semuanya jadi blur. Malah jadi hairan dengan diri sendiri. 

Pastu mulalah dialog cenggini:

"Nape aku tak boleh jawaab?!"
"Eh, aku tahu lah sebenarnya jawapan dia macam ni macam ni. Aiseh, lupa"
"Kalau lah boleh dapat balik kertas tu."

*Tensen lalu berlari kesana kemari*

Dan ada kalanya jugak, hari sebelum exam itulah macam-macam benda datang menjengah. Kerja sana lah, kerja sini lah, nak masak lah, adik rumah tiba-tiba sakitlah, ada orang mintak tolonglah. Dan end up, kita tak dapat pun nak baca sungguh-sungguh. Masuk dewan exam dengan keadaan pengetahuan yang kurang firm. Tapi, masa jawab tu lancaaar je. Main teka logik pun boleh jawab dengan baik.

Maka ucapkanlah Alhamdulillah banyak-banyak sebab Allah bantu sangat-sangat. Mungkin berkat kat mana-mana perbuatan kita sebelum ni.

Nampak tak permainannya moralnya di situ?
Usaha kita bukanlah 100% penentu kejayaan kita.
Sebenarnya, Allah yang banyak take part dalam kejayaan kita tu.

Tapi percayalah, sunatullah, siapa berusaha, dia akan dapat. 
Dan jangan lupa, tawakkal :)

Kadang-kadang yang manis itu bukan kejayaan semata.
Tapi usaha. Maka,

berusahalah! Yosh!



Ada senior share, kawan dia cakap camni:
"Aku rasa aku mumtaz sebab berkat aku tak tidur kelas psycho kot. Huu, balasan Allah tu kat mana-mana je kan."

Yang ni siyes terkena kat hidung sendiri.


Sekian.

p/s: Dan selepas exam nanti, ada jual-jual kuih kat uni. Hehehehehe karipap karipaaap
Karipap di mesir sangat bernilai umpama durian crepe kat mesia.

Sunday, April 21, 2013

sweet scent of april

Assalamualaikum :)

planner bulan april yang dibuat jaman jaman mbyien



Hepp.
April makin sampai ke penamatnya.
Bulan Mei bakal menyinarkan surianya.

Sungguh April itu sangat nyaman.
Matahari terik, tetapi angin sejuk bertiup lembut,
"Haza fasl rabi3", orang arab kata.
"Gau mumtaz giddan"

Tapi aku,
makin macam mayat hidup.
Ke sana ke mari menghabiskan masa dengan perkara-perkara;
yang bila aku cuba count balik,
Rasa macam tak ada apa-apa nilai.
Kalau ada pun, sikit sangat.

Semuanya benda untuk menggemukkan nafsu diri.
Pengorbanan. Tiada.
Baca buku. Tak banyak pun.
Jeles tengok bebudak FH yang lain yang berusaha untuk memanfaatkan diri masing-masing.
Sedang aku,
duduk rumah mujahadah lawan ngantuk malam-malam.
mujahadah dengan diri nak online membaca komik ke tak.
mujahadah dengan diri nak fesbuking ke tak.

Kononnya nak rehat dari bulan Mac yang sibuk lepas.
Tapi ni yang aku dapat.

Tak payah bagi alasan.
Kalau alasan tu tak wujud sebenarnya.
Sebab manusia akan sentiasa berusaha mencipta alasan.
Untuk memenangkan nafsu dia.

Maka,
Wahai saya. Sila kembali kepada 'old me'
Walaupun penat tapi bahagia.
Worth it, kan?


"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan."
(Al Anfaal, 8:24)


(Bebel sorang sorang lagi yehh yehhh)

*jaman mbyien= zaman dolu dolu

Sekian.
Cairo, April.
Musim bunga yang sejuk.

Monday, April 8, 2013

Hurdles. Pain.

Why?
I was upset over my pitiful self
I realized it was more painful than what i had expected
I thought that I'd be alright even if got hurt

........................................

Well,
If it could be attained so easily, then there's no reason to be tough

A person need to get hurt,
Face hurdles.

And despite all that, he will still be able to get through it.

By going through these countless experiences,
Gradually,
One becomes a good man.

Be it perceived as weak, or as pitiful
You should not feel ashamed

To become stronger,
Such pain is necessary

...........................................


"I want a stronger heart that no matter;
It will never get shaken

I want to be a stronger person"




-Tsukasa and Shinagawa senpai