Thursday, April 9, 2015

Perasaan Tuhan ada di sisi

Assalamualaikum


Kelas semalam ustaz menyimpulkan dalam hal yang berkaitan lelaki dan wanita, akan hilang akal dan agamanya. Oleh kerana itu jika kamu sampai ke situasi itu, maka BERHENTILAH; tanpa fikir sebelum meneruskannya.

Just STOP.

Kerana bahana yang bakal datang selepas itu, tak akan mampu diberhentikan melainkan dengan iman yang mampu terngiang di telinga kita. Tak payah fikir sebab, pro cons dan sebagainya. Berhenti sahajalah. Kerana seburuk-buruk maksiat ialah maksiat yang dilakukan bersamanya akal.

So then aku terfikir lah beberapa jahiliyyah yang aku selalu main tarik tolak selama aku hidup ni. Why not just ask myself to;

"Stop, dah jangan fikir or sambung. Do another thing instead."

Kerana yang sentiasa bersama kita itu dua malaikat pencatit niat dan amal kita serta Tuhan yang Maha Melihat segala-galanya; yang berada lebih dekat dengan kita dari urat leher manusia itu sendiri.


Susahnya. Nak jadi orang beriman. Hmm.

No comments: