Sunday, November 8, 2015

Laptop yang comel

Assalamualaikum

Hampir semua orang yang berada dalam circle aku mengerti betapa vitalnya peranan laptop dalam hidup aku. Diusung ke sana ke mari, di lap dengan cermat saban hari (dulu rajin sekarang kurang siket), siap bagi nama lagi (tapi sekarang dah lupa. Hahah). 

Dan mashaAllah sekarang umur dia dah menginjak 6 tahun. Kalau ikut fatwa ibu yang kebanyakan barang elektronik tempoh hayat bekerja maksimum dia averagely 5 tahun, kiranya laptop aku sekarang ni dah boleh dapat label veteran. 

Spesifikasi dia, kira hebat lah masa dia mula mula keluar dulu. Cantik, dengan corak menarik kat cover dia, memang menarik setiap hati yang melihat. Aku memang suka saiz dia, simple and handy. Tapi, setahun lepas dia dibeli, time tu dunia dibanjiri dengan keluaran laptop2 nipis yg stailo. Tapi aku tak kisah sangat pun, cuma berat siket lah nak duk angkut masa kat intec dulu sebab laptop ni macam tebal siket.

Tahun berlalu pantas, dan function dia pun mula detoriate. Aku selalu bukak dia hari-hari, in fact tak pernah tutup pun, especially zaman takde smart phone dulu. Pada tahun ketiga, bateri dia dah sangat weak sampai tak boleh nak depend langsung pada penggunaan bateri, so sejak itu laptop ni all the time kena connected to power source. Masuk tahun keempat, dia jadi cepat sangat panas. Sampai kena bubuh kipas khas atas meja untuk dia sahaja.

Maka sejak tahun itu, every year balik memang aku akan hantar dia untuk service. Dan setiap kali itulah, dia akan jadi better siket, tapi masih tempang pada beberapa citi, contohnya, contrast kaler dia dah rosak, tapi despite of that, masih gigih berfungsi, menyumbang diri pada tiap detik yang ada.

Dan sekarang, dia ada penyakit baru. --asek on off dengan internet connection. Dan dah start panas balik, maybe sebb tahun lepas lupa nak hantar untuk bersihkan kipas. Dalam saat yang genting ni, seriously lah, haih.

Tapi yang bestnya tarbiyah terbesar yang aku belajar daripada laptop ni ialah jangan cepat melatah dan erti tajdid niat. Aku selalu marah dia, rasa nak hempas pun kadang-kadang ada --ganaih eh-- tapi setiap kali bila kerja dah siap; aku pandang dia balik, pastu aku selalu reflext diri balik, untuk apa aku marah dan mengungkit,

--hanya buatkan amal itu tidak berguna
--dan mungkin
--tidak bernilai

--di mata Tuhan

--walaupun manusia rata-rata memuji kita, malahan ada yang siap mendoakan, dan menginspirasi,

--rasa macam jadi the final loser

Laptop, aku harap kau boleh bertahan dan bersabar dengan aku untuk beberapa ketika lagi, sehingga tiba masanya untuk aku fokus dengan manusia, 

Dan mengaplikasikan segala ibrah yang telah kau ajar.

Here she is. Considered a female as ada sticker rilakkuma atas dia. Hakhak.


Baiklah, sekian.
*sementara tengah tunggu laptop ni sejuk sebenarnya

1 comment:

Kakrai said...

Kan org suh beli baruuu