Wahai awan,
Hanyalah jika kau tahu betapa mudahnya untuk menghapus sebuah kebaikan yang panjang,
Nescaya kau akan tidak mahu,
Menjadi seorang manusia.
Kerana ternyata sifatnya memang suka berkeluh kesah.
Memusnahkan segala gunungan amal yang telah dibinanya dengan bersusah payah.
Terkadang,
Sungguh mudah sekali untuk membuat kebaikan.
Namun,
Percayalah, amat sukar sekali untuk menjaga kualitinya.
Banyak lagi masa yang perlu kita tempuh,
Dari saat kita berbuat sesuatu amal kebajikan itu,
Kepada saat ia perlu dipersembahkan kepada Yang Maha Menghakimi.
10 tahun, mungkin 50 tahun, atau 80 tahun lagi, kita tidak tahu.
Hu, bagaimanakah halnya diri ini.
2 comments:
Syahdunya tulisan ukhtikuuuu hekhek
siapa pula ukhtiku inii
Post a Comment