Tuesday, December 15, 2015

To be earned, not asked

Assalamualaikum wbt


Dalam hidup ini, aku rasa benda antara benda yang susah nak buat ialah meletakkan respek pada tempatnya. Bermaksud, respek orang yang sepatutnya, dan sebaliknya pada orang yang tidak sepatutnya. Jangan salah faham, aku sokong yang setiap insan itu selayaknya dihormati dan tidak diperlekeh keberadaannya, tetapi kini kita bercakap dalam konteks memberi kepercayaan dan hormat level tinggi, dalam bahasa lainnya, tsiqah.

Sometimes kita selalu berjumpa dengan orang-orang yang meminta dirinya dihormati atas kedudukannya sebagai ketua, dan sebagainya. Tetapi apa yang jarang aku jumpa ialah ketua yang benar-benar bersungguh untuk meraih kepercayaan anak buahnya dalam bentuk amal-amal extra yang dilakukannya, untuk mengambil hati mereka. Bukan nak suruh ketua mengampu orang bawah, tapi macam, menunjukkan care dan kualiti kerja, cara pemberian arahan, meraikan pendapat dan sebagainya sangat mampu menaikkan tsiqah pekerja.

Kadang-kadang boleh jadi sampai daripada orang bawah cuba untuk respek, turn out lagi rasa menyampah nak follow arahan ketua, even though arahan itu betul dan perlu. Dan itu adalah exactly what happend kat Malaysia.

Dan benda ni bukanlah hanya tertakluk kepada ketua mahupun pemimpin, tetapi juga antara rakan dengan rakan yang lain, murabbi kepada mutarabbi, antara orang dalam sesebuah organisasi, antara ahli beit, orang mesir-orang malaysia.

Kita kena ubah konsep. Nak dapat respect manusia tu memang bukan dengan cara meminta, tapi tunjukkan diri anda layak menerimanya.

Dan daripada respect itu pula, akan datangnya kepercayaan/tsiqah (trust) yang tidak berbelah bagi, atas husnu zhonnya orang itu kepada orang yang dipercayainya. 

No comments: