Tuesday, May 30, 2017

#RADM 0 First night -Imaanan wa Ihtisaaban

Assalamualaikum

Few days before Ramadan adalah hari-hari yang sedikit hectic kerana banyaknya requirements (of posters) yang perlu disiapkan. Bukan nak kata sebab power banyak kerja, tapi nak katanya haa padan muka sebab suka sangat buat kerja last minit. Kan dah kena.

Sekarang kami dalam team media sedang berkempen untuk TARAWIH17, im really glad bila join team yang sebegini sebab seriously orang yang paling banyak dapat manfaat daripada siri-siri tazkirah yang dipostkan adalah tak lain tak bukan, ahli team sendiri. Bila kita sendiri yang selalu follow up countdown, kita kind of jadi lebih anticipate lah Ramadan tu.

So selagi mana ada masa, sentiasalah lakukan amal, dan cuba untuk cari celah amal mana yang benefit us the most dunia dan akhirat. Even para sahabat pun sangat suka buat amal2 muntij, yang paling baik...yang paling disukai....yang paling sejahtera.... bukankah kita selalu dengar dalam hadsi-hadis?

Malam pertama kitorang serumah pergi ke masjid tauhid, masjid favourite aisyah syahira. Kalau aisyah dia favour masjid sebab bacaan-bacaannya, kalau kite lebih kepada suasana dan efek tempat itu kepada kita. Doanya, orang-orang yang datang, dan memori-memori yang tercipta di sepanjang perjalanan.

Yang bestnya masjid tauhid ini ialah, bukan semata kerana ber-air-cond, tapi sebab tazkirahnya juga yang ringkas, padat, menarik dan realistik.

Dalam tazkirah malam pertama ramadan, imam selalu ulang-ulang ayat saiko ni

من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ماتقدم من ذنبه

Man shoma romadhona imanan wahtisaban ghufirolahu maa taqoddama min dzanbihi

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berpuasa ramadhan imanan wahtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan siapa shalat pada Lailatul Qadar imanan wahtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
[HR. Bukhari dan Muslim]

Why i said saiko

Sebab hadis ni macam nak ajar kita that we have to begin with the end in mind, The ultimate purpose that we want to achieve in end of ramadan is maghfiratullah. We would like to come out from Ramadan as a clean, new, fresh person.

But along the way, kau kena bawak satu kunci yang bersamanya ada dua gerigi ni. Kunci kepada maghfirah itu adalah puasa. Kena puasa. Laksanakannya dengan baik. Bukan cengkelat mana-mana sudut, macam lah Tuhan tak nampak. Nak bukak box maghfirah memang kena puasa dulu.

Dan dua gerigi yang melengkapkan kunci tu ialah iman dan ihtisab. Penuh percaya dan penuh mengharap pahala. So kalau kita puasa je tapi takde dua tali ni jadilah kunci kita tak cantek atau compang camping, kunci dah ada tapi tak boleh nak bukak box magfirah sebab cacat kuncinya.

So nabila

Yes, believe, teruskan percaya, percaya dan percaya yang memang Tuhan nampak amal kau dan Tuhan akan balas balik sebab Dia dah janji wahuwwa la tukhliful mi3ad (Dia tak pernah mungkir janji)

Dan harap, harapkan redha Allah tu sungguh-sungguh daripada usaha Ramadan yang berkualiti itu. Do the best.

Maka,


Ramadan, mulaiiiii.

:)

Monday, May 29, 2017

#RADM Ramadan Akhir Di Mesir: Sebuah Epilog

Assalamualaikum

"Harini nak solat kat mana?"

"Masjid Orange. Kita gerak sebelum isyak"

Maka terkedek-kedeklah lima orang budak sayyeda cross jambatan mini metro untuk ke masjid nabihah berdekatan dengan supermarket orange untuk solat isyak dan terawih.

.....

That's the first terawih kat Mesir yang aku pernah rasa. Tahun tiga. 2014. Semasa masih bergelar raqaiqians. Tahun yang mengajar aku erti Ramadan yang bahagia. Berlumba mencari keredhaan Allah, mengejar mutabaah amal dengan bersungguh. Sungguhpun tahun itu dapat merasa Ramadan sekejap je kat sini, tapi it's really a good starter. Since then i really anticipate kehadiran Ramadan.

Masuk 2017 ni kiranya dah 4 tahun merasa ramadan di Mesir.

It's really a bless.

.....






Sunday, May 14, 2017

Jangan main tarik-tarik


It's important to show how serious you are.

and i realize how annoying to face someone who're not serious in their life or decision

which sometimes, i am one

.......

Dalam jalan dakwah ini

Kita tak bermain dengan sebarang keuntungan duniawi

Kalau ada yang terlihat ada, itu hanyalah bonus, dan semoga kita dijauhkan daripada perasaan memahukannya.

Kalau kita rasa dakwah hanya akan terbenefit jika kita wujud di dalamnya, alangkah silap sekali

Kerana Allah tak butuh pada kita seorang untuk agamaNya

Kita yang sebenarnya memerlukan Dia, sampai perlu berpaut merayu supaya dikekalkan dalam iman ini

Maka,

Jika ada beberapa peluang yang terbuka di sepanjang jalan dakwah ini, ambil cepat cepat

For it doesn't benefit anyone else the most, except us ourself

Kita yang kena seek for that peluang

Kalau nak harap semua orang bagi peluang kat kita, tak payah lah

Duduk je rumah goyang kaki.

Tuesday, May 9, 2017

Rezeki yang telah ditentukan, rest assured

Assalamualaikum

Sometimes it's a bless bila wall fesbuk kita, twitter dan instagram kita dipenuhi dengan friendlist yang mampu benefit kita dalam beberapa hal, either it abt latest updates tentang dunia/self, perkongsian pengalaman, pendapat, dan sebagainya.

So ini tentang satu post instagram (kot) yang sangat menjentik rasa hati

We knew each other like a year ago when they went to egypt for a trip. Akhawat ireland. Berjumpa secara tak sengaja di sq (nama sebuah ri kat sini), masa ramadan. Time tu baru tengah bersiap tunggu akhawat lain nak gerak ke masjid ufo, dan diorang pulak tengah balik dari manentah dan esoknya nak pergi fayyoum (summer summer gitu, ramadan pulak tu -_-" dahsyatt )

Tak kenal dalam pun, tapi tahu diorang ambil medic jugak dan suprisingly kitorang sama umur, eventhough nampak mereka macam lagi matang.

So after 3 month

Kitorang berjumpa balik kat 'ala-ala summer camp' konsisten 2016, sama group pulak tu

Dan masa balik semua org exchange la account fb insta bagai

.........


Last 2 weeks (kot), sorang kawan dia (bukan dia pun) share satu gambar

Gambar orang tengah bersiap ikat kasut kat tepi tangga, sambil baca notes sebelum keluar pergi. Ada exam lah kot. Dalam description tu tulis "effah pesan kita study ni just peluang utk kita beramal since semuanya Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi." tambah ayat "bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.."

Ayat daripada surah al-anfaal, no 17


For that short while, apa yang terlintas kat fikiran aku ialah "subhanallah powernye akhawat ni beriman dengan qada qadar sangat2 dalam time-time exam gini". Well maybe actually everyone does, mebi sebab aku terasa aku terlupa fakta tu kot kebelakangan ni memandangkan frekuensi exam yang agak kerap. so it kind of lintasan yang deep lah dalam hati ni.

Exam
Atau kerja
Atau apa-apalah peluang dan rezeki

Semuanya Allah dah tulis sejak kita masih belum bernama

Jadi apa yang kita tengah buat kat atas dunia ni tak lain tak bukan adalah usaha untuk diri kita sendiri persembahkan pada Tuhan nanti later on; bagaimana kita conduct semua takdir Allah tu sebaik mungkin

rest assured bukan bermakna goyang kaki dan rileks,
tapi rasakanlah tenang dengan tawakkal

apabila kita sudah mencurahkan usaha sebaik mungkin

Saturday, May 6, 2017

Today Is The Day

Bismillah

All prep has been done and today is the day

Semoga lancar

Btw sentiasa mengharap diri sendiri mampu jadi bersemangat dan bersungguh untuk mencapai apa yang dihajati. Malang sekali adrenaline itu seringkali disuppressed dengan kemalasan diri sendiri.

Sure nabilah you can go further.

If you has the will to do so.

Friday, May 5, 2017

Random #8

Assalamualaikum

Orang kata kematangan dilihat daripada cara dia bertindak dan memilih keputusan. Minggu lepas merupakan birthday seorang junior yang sangat dikagumi, dan end up kite salah sebut umurnya sebab merujuk kepada umur sendiri yang disangka baru 23, rupa-rupanya dah 24. Well, dah 24 dah. Tetapi baru-baru ni berhadapan dengan satu situasi yang mengantoikan diri yang sebenarnya kite ni sangatlah tak matang dan tak professional.

But then macam mana nak jadi matang, tak letak emotion sendiri first, bertindak mengikut situasi dan bukan hayun kaki ikut mood sendiri?

-_-

Sebelum ni kite percaya that our life is about ourself, sebab sangat beriman dengan kisah keldai-bapa-anak yang kite tak boleh ikut sangat apa yang orang cakap sebab the end it is ourself yang matters untuk diri kite. Means, ke mana  kita nak pergi dalam hidup ni, nak jadi apa, apa kontribusi kita pada orang lain. Orang boleh cakap boleh komen boleh berpendapat, tapi akhirnya kita yang kena act. At the end orang still akan tengok pada hasil kita.

Tapi duduk dalam tarbiyah mengajar aku erti selfless
dan erti mengalah (sometimes)


Yang di mana dalam certain situasi kite memang tak boleh letak emotion kita dihadapan, sebaliknya bertindak properly mengikut situasi.

Tapi macam sakit je.

Tapi apa je yang akan kita peroleh pun kalau kita mengikut emosi pun. Puas hati kat diri sendiri then end up break hati orang lain

Akhirnya tak tenang jugak

"Alangkah indahnya jika malam kita dihiasi sadaqah
Dengan perbanyak maaf buat sahabat" -pkshol

Yes, aku tengah dalam perjalanan belajar untuk hidup bersama masyarakat dan belajar untuk menjadi proper dalam semua hal. Tidak terlalu selfish, tidak terlalu baik sampai kena pijak, ada prinsip dan bukan lalang, dan sentiasa ada kontribusi dan amal yang menghidupkan,