Tuesday, May 30, 2017

#RADM 0 First night -Imaanan wa Ihtisaaban

Assalamualaikum

Few days before Ramadan adalah hari-hari yang sedikit hectic kerana banyaknya requirements (of posters) yang perlu disiapkan. Bukan nak kata sebab power banyak kerja, tapi nak katanya haa padan muka sebab suka sangat buat kerja last minit. Kan dah kena.

Sekarang kami dalam team media sedang berkempen untuk TARAWIH17, im really glad bila join team yang sebegini sebab seriously orang yang paling banyak dapat manfaat daripada siri-siri tazkirah yang dipostkan adalah tak lain tak bukan, ahli team sendiri. Bila kita sendiri yang selalu follow up countdown, kita kind of jadi lebih anticipate lah Ramadan tu.

So selagi mana ada masa, sentiasalah lakukan amal, dan cuba untuk cari celah amal mana yang benefit us the most dunia dan akhirat. Even para sahabat pun sangat suka buat amal2 muntij, yang paling baik...yang paling disukai....yang paling sejahtera.... bukankah kita selalu dengar dalam hadsi-hadis?

Malam pertama kitorang serumah pergi ke masjid tauhid, masjid favourite aisyah syahira. Kalau aisyah dia favour masjid sebab bacaan-bacaannya, kalau kite lebih kepada suasana dan efek tempat itu kepada kita. Doanya, orang-orang yang datang, dan memori-memori yang tercipta di sepanjang perjalanan.

Yang bestnya masjid tauhid ini ialah, bukan semata kerana ber-air-cond, tapi sebab tazkirahnya juga yang ringkas, padat, menarik dan realistik.

Dalam tazkirah malam pertama ramadan, imam selalu ulang-ulang ayat saiko ni

من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ماتقدم من ذنبه

Man shoma romadhona imanan wahtisaban ghufirolahu maa taqoddama min dzanbihi

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berpuasa ramadhan imanan wahtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Dan siapa shalat pada Lailatul Qadar imanan wahtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
[HR. Bukhari dan Muslim]

Why i said saiko

Sebab hadis ni macam nak ajar kita that we have to begin with the end in mind, The ultimate purpose that we want to achieve in end of ramadan is maghfiratullah. We would like to come out from Ramadan as a clean, new, fresh person.

But along the way, kau kena bawak satu kunci yang bersamanya ada dua gerigi ni. Kunci kepada maghfirah itu adalah puasa. Kena puasa. Laksanakannya dengan baik. Bukan cengkelat mana-mana sudut, macam lah Tuhan tak nampak. Nak bukak box maghfirah memang kena puasa dulu.

Dan dua gerigi yang melengkapkan kunci tu ialah iman dan ihtisab. Penuh percaya dan penuh mengharap pahala. So kalau kita puasa je tapi takde dua tali ni jadilah kunci kita tak cantek atau compang camping, kunci dah ada tapi tak boleh nak bukak box magfirah sebab cacat kuncinya.

So nabila

Yes, believe, teruskan percaya, percaya dan percaya yang memang Tuhan nampak amal kau dan Tuhan akan balas balik sebab Dia dah janji wahuwwa la tukhliful mi3ad (Dia tak pernah mungkir janji)

Dan harap, harapkan redha Allah tu sungguh-sungguh daripada usaha Ramadan yang berkualiti itu. Do the best.

Maka,


Ramadan, mulaiiiii.

:)

No comments: