Tuesday, May 1, 2012

sanah helwah

kad dari balqis dan ain :)

Baca post title. Tekan sikit perkataan 'خ' kat tengah word ukhuwwah tu.
Itulah cara kak Sarah sebut ukhuwwah ni. Kelakar, kan! Macam apa je.

Semalam, 

Dalam kelas biochemistry. 

Pukul 12.30 tengahari. Cuaca summer yang terik. (nasib baik ada aircond)

Sedang aku sibuk bertungkus lumus menyiapkan kerja anatomy yang masih bertimbun untuk dilaksanakan, dan tangan aku pula menuntut-nuntut haknya untuk berehat dek kerana terlalu banyak menulis pada pagi itu, tiba-tiba datang seseorang menyapa.

"Nabila, awak tak nak cakap apa-apa untuk saya ke? Bagitau la saya cara awak belajar." Kemudian dia duduk mengambil tempatnya di sebelah kanan.

"Eh, kenapa?" jawab ak yang terpinga-pinga sambil meneruskan kerja anatomi. 

"Yela, hari ni kan hari jadi saya. Bagilah saya motivasi sikit." ujarnya lagi.


..............................................................................................................

Haha. Buat budak kecik yang sangat-sangat tenang gerak langkahnya, teratur urusannya, indah tutur perkataannya, sangat boleh diharap dalam melaksanakan tugas dan cool dalam apa jua keadaan, sanah helwah yang ke-19 nabila ucapkan. Heya, you've grown up now, one step ahead closer to become a great adult. Mulakan langkah tahun ke-19 hidup di bumi Allah yang penuh barakah ini dengan seribu impian, dan capai la semua tu dengan penuh semangat. Corakkan hidup yang ada dengan perkara yang menarik. 

Saya doakan moga awak selalu berada bawah lingkungan rahmat dan redha-Nya.

Selamat hari jadi yang ke-19, Aida Farhana Bt Mohd Kamal

..............................................................................................................

"Errr..nak cakap apa ni?"

"Cakap jela apa-apa." Ujarnya sambil tersenyum.


birthday girl sebelah saya ^_____^



ni gambar masjid sayyeda zainab masa jalan-jalan dengan ain semalam :)



Monday, April 30, 2012

Aku, kita dan saya


buah kentelop yang sedap.


Bunyi metro lalu lalang mengisi ruang bunyi yang ada. Diiringi dengan kicauan burung yang keluar awal mencari makanan, alhamdulillah sempat lagi diri ini menikmati nikmat pagi kurniaan Ilahi. (dah start dah ayat novel diaaa). Kahkahkah.

Teringat pula masa lalu, semasa Intan bersemangat menulis novel ciptaan dia sendiri dan rakan-rakan lain berebut meminta turn untuk membaca karya dia. Masa kitorang form 3, kalau tak silap.

Itu dia kelebihan Intan, si penulis novel. Haha, dalam blog ni, ak pun nak menulis jugak walaupun tak pandai menulis. Jangan muntah hijau kaler medium bak kata aima sudah lah ye.


Aku, kita dan saya.

Ada sekali, semasa sedang menunggu Aima di rumah Syasya untuk pergi ke Abasiyya, cadang kami ialah untuk sama-sama menontom debate fairuz yang berlangsung pada malam itu. Kerana kami pulang dari kelas arab lewat, maka kami terpaksa pergi trip yang lain dengan team debate 1st year Cairo University tu. Dek kerana semangat dan keterujaan yang tinggi, kitorang tetap nak pergi walaupun majlis dah bermula agak lama pada waktu itu.

Dan apa kaitannya dengan tajuk entry ni?

Tajuk entry yang pelik, kan. 

Haha, semasa sedang menunggu aima itulah persoalan ini timbul antara kami (aku, Syasya dan Aina) . Tiba-tiba je ada suara kedengaran,

"Wei, takpe ke kalau akhowat tu guna panggilan aku?

[haha. gaya menyoal pun otai gilaa]

"Haah kan, dekat mesir ni kita boleh lihat ada akhowat yang membahasakan dirinya aku, kita atau saya."

Dia tak macam realiti masa zaman sekolah-sekolah dulu. Serasa ak, tak pernah ada orang membahasakan dirinya saya kat kawan-kawan yang lain; kecuali kepada rakan yang baru dikenali atau orang yang lebih dihormati. Malah, pada senior pun kitorang guna perkataan 'kita'. Mungkin itu realiti sekolah di Selangor je kot. Takpun dekat SLISS je. Hehe. Takpun ak sorang je yang perasan cenggitu.

Mari melihat beberapa pengalaman temubual yang lain.

"Kalau dekat tempat saya, memang biasa guna perkataan saya sebab sekolah kami ada yang berlainan negeri. Jadi macam itu la."
"Meme la, kalu pakak guno aku mung dekak ogha baru kena tok manih la."
"Em, memang biasa guna saya dari dulu lagi.........?"
"Dia kene tengok dengan siapa kita deal. Kalau kawan-kawan lama biasa la guna aku."


Pernah juga terbaca satu ayat yang mengatakan 'akhowat guna perkataan 'aku' kurang thiqah la'.

Jadi, apa pandangan anda?

Untuk orang yang dah lama berpengalaman (literally called as pro)dalam bahasa 'aku-kau-kita-kau-tak-payah-macam-nak-geli-sangat-laaaaa' ini memang mengakui, sukar untuk mengaplikasi perkataan saya pada kali pertama berbual bersama rakan apatah lagi untuk menggunakannya dalam frekuensi yang banyak. Memang la, dulu kalau guna pun, masa bersembang dengan makcik-makcik. Dengan nenek pun guna 'kita' tau.

Hehe. Masa kat intec dulu, aura ni kuat lagi. Tapi sekarang, dek kerana terlalu banyak bersembang (haha. kontroversi) penggunaan bahasa pun dah berterabur. Bercakap dekat seorang pendengar je pun, tapi kejap guna nama, kejap guna saya, kejap guna kita, kejap guna aku. Haihhhhh.

Pernah ditanya soalan ini pada seorang rakan, dan dia menjawab;

"Em, saya tak kisah kot. Sebab asal orang tu kan lain-lain. Cuma orang kata, perkataan tu melambangkan tahap kerapatan seseorang dengan seseorang yang lain. Hehe, yang penting kita kawan! "

Adehh..comel kan?

Mungkin literally, penggunaan aku itu memang berbunyi seperti kurang sopan sedikit. Tapi..tapi.. i'm happy to use it sebab dia macam merapatkan jurang antara kami.

Haha, tu perasaan dan pandangan saya. Mungkin anda punya lain. Saya tak tahu. *angkat tangan*

Berbanggalah jika korang sekiranya saya berbahasa aku dihadapan korang : ) Bermaksud saya selesa dengan anda. [errr...ikhwah tak dikira, okey. senior jangan hampa pula, sebab selama-lamanya saya tak akan guna 'aku' pada orang yang saya segani macam mak ayah]

Sekian.

NB: post ni khas untuk syasya aina dan aima jika mereka membaca ^_______^
NB2: tetiba terfikir, kalau 'ana' cemana pulak?  .........................

Saturday, April 28, 2012

hidup kembali





teringin jugak nak buat post wordless. heheh.

p/s: Hari ni ada program LIFE Finale. Love Islam for Eternity.



exam&hari ber-budaya


keadaan masa exam biochem. sempat lagi :P

Oh, haah. Minggu ini sahaja ada dua exam comel, iaitu final practical physiology dan biochemistry spring test exam. Fuhhhhhhh, rasa macam nak buat kempen 'saya cinta buku minggu ini' aje. Sebab memang berbuku all the time lah. Maklum, cuak nak final exam kot. Anyway, alhamdulillah, exam yang tersebut sudah pun berlalu dan harap-harapnya usaha yang terbaik telah dicurahkan. Tawakkaltu 'alallah.

Lucu masa exam, ak antara orang yang ter---datang awal. Sebab patutnya, sebelum exam tu ada kelas physiology, tapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana lecturer kitorang pun terlibat dengan exam! Maka, dengan itu bermulalah per-mundar-mandiran kami ke sekeliling kuliah sambil membuat revision secara ringkas. Hehe. Aima, ina, nusai dengan ak pulak duduk bawah pokok sambil bertikam lidah bersoal jawab mengenai soalan-soalan yang mungkin keluar. memang kelakar sebab masing-masing semangat dengan jawapan; umpama bom yang macam nak meletup tiap kali soalan diutarakan oleh cik aima. 

Dan, selepas 2 jam menunggu, kami dibenarkan untuk menjalani peperiksaan memandangkan student Arab dah pun selesai ber-exam. (dalam keadaan mulut yang telah letih bertarung dengan nusai dan ina sebab menyatakan jawapan stail tembakan peluru bertubi-tubi)

Alhamdulillah, everything went smooth; kecuali tiub ESR yang ntahapeape kat meja lab nombor empat tu. Tak boleh baca la, doktor ;(



.....................................................................................





international day


Pergh, satu pengalaman baru bila berada di bumi orang arab. Lagi-lagi bersama mereka dalam satu haflah (yakni: sambutan/majlis). Baru-baru ni pihak universiti telah menganjurkan Cultural Day a.k.a International Day kat uni kami. Dan semua negara diminta membuat booth berserta satu persembahan pendek 10 minit yang melambangkan budaya negara tersebut.

Maka, untuk minggu tersebut, kelihatan ramai student msia yang comel-comel ke sana dan ke sini sibuk membuat persiapan. Almaklumlah, out of berbelas countries yang take part, Malaysia dan beberapa sikit negara lain je yang bukan tergolong dalam koloni negara arab. Semangat itu perlu ada sebagai duta kecil negara!

Batch kami GEN11 diminta untuk conduct bahagian persembahan. Sangat teruja  Tak tahu lah kenapa, dalam banyak-banyak tema, tema kahwin jugak la yang diorang nak tunjuk. [Ehehe..bahaya kalau ada budak genii baca ni. kontroversi sebab bunyi macam pengkhianat batch.] 

Sebenarnya tau je sebab apa. Sebab diorang nak persembahkan kompang dan silat! YEAAA :DD 




Oleh kerana persembahan dijadualkan petang, maka, pada pagi itu kami pun mula la menjelajah booth-booth yang ada. Ada booth palestin, yaman, iraq, jordan, bangladesh, somalia, dll.

Booth Malaysia teramatlah comel. Penuh dengan warna-warni dan ada klcc kecik kat dalam. Di depan booth tergantung tulisan 'SELAMAT DATANG' dan ramai gile orang arab tanya pasal word tu. Haha. 

dengan datin nad. Hehe. (ayu, tudung i okey ape..=____=)


Majlis persembahan bermula pada pukul 2 petang. Dan pada petang itu, ada buffet free; yang menyajikan makanan dari serata negara. Katanya, malaysia serve nasi impit. Ak tak tahu sebab dapat tumpang makanan orang je, ramai sangat lah yang beratur. Tak mampu nak ambek. Tapi semua makanan sedap! (kecuali nasi-kuning-berlaukkan-kambing-bersusu Jordan). Lapar punya pasal, habis semua makanan kitorang hentam. Haha.

budak msia tengah buat persembahan kompang yang osem!


Dalam dewan.

Lama punya tunggu, giliran persembahan kompang dan silat msia ditakdirkan mendapat giliran yang ke-sebelas; pada jam 6 petang. Seronok gila masa dengar lagu 'kompang dipalu' + ketibaan pengantin bersama pengiring-pengiringnya. Rasa macam dah lama tak dengar lagu tradisional melayu [ memang pun =__=" ]. Tu yang rasa macam nak menangis tu. Lagi-lagi bila tengok orang main kompang dan silat.

Teruja sangat. Itulah bila orang dah kata hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Kesimpulannya, 

Sedap mana pun makanan orang mesir, cantik mana pun baju orang mesir, best mana pun lagu orang mesir, Malaysia tetap menjadi pujaan hatiiii. Haha.

Haihhh. Lagi 2 bulan nak balik kampung sungai besar. 


tu ha. pakcik baju putih yang over semangat mengganggu penglihatan kitorang sepanjang majlis. 
time kasih laa sebab bagi kitorang peluang untuk baca buku biochem instead of tengok 
persembahan negara lain petang tu ye. *geram*




Sekian :D