Sunday, July 31, 2011

post bergambar

Assalamualaikum :)

Ngeh2..hehe... Apa khabar semua orang! Cam biasa, lameenye tak bukak blog!!! Ahaha...ditambah pulak sekarang ni wireless kolej dah tamat tempoh, so tak boleh la online selalu. Nak online pun cume dekat kampus je la. So, basically, minggu lepas + lepas ak rasa minggu yang TERsibuk untuk bebudak intec, khususnya budak egypt ak rasa, sebab banyak sangat kuiz ngan assignment kena hantar. Dalam kes ak, banyak presentation ak buat main spontan je. Pasal takde masa nak baca lebih2. T,T sedeh kan~. Takper2..^^. Naim pulak dah habis pre-med. Tak aci kot. Ak masuk dulu! Isk3... tapi dy xde final exam. Memang patut pun.

Okey, minggu lepas+lepas kelas kitorang buat lawatan sambil belajar+ praktikal ke restoran arab di cyberjaya. Saje, nak try makanan arab before fly ke sana. Memang the best la journey kitorang tu. Seronok tahap petala kelapan, sebab...aha...best la. Makanan dy pun masyuk, orang arab Yaman yang masak. Dy spekeng arab je time order tu. Kitorang pulak antara paham dan tidak je. Nasib baik lecturer tolong cover. Malu betul, dah dua bulan belajar pun tak fluent lagi. Ana mutaasifah ya muhadirah. Ehehehe..

ni bas nak pergi sana :)

cantik kan bangunan dy !

menu yang harganya boleh buat ak muflis dlm masa 2 jam

air2 jus dy memang pergghh...ak rasa satu cawan=dy perah 1 buah (without additional water). Bukan jus, tapi pes!



nasi yang ak xsure nama dy ape, tp bayangkan sepinggan ni makan sorang! kitorang kongsi 4 org 1 pinggan

baki yang tinggal. Banyak kan!



ni lah kelas MEG03 yang best gler!!!^^

Wednesday, July 13, 2011

kawan oh kawan

Assalamualaikum :)

Sebelum tu,aku berkongsi pengalaman,aku berdoa agar jauh dari riya'. aku menceritakan gelagat manusia,aku mohon jauh dari mengumpat. aku menyatakan pendapat,aku mohon jauh dari fitnah.

Emm...sedang orang lain sedang bersibuk-sibuk menyiapkan assignment yang kebanyakkannya perlu disubmit pada minggu hadapan, boleh lagi ak menyibuk menulis di sini. Hehe..kena restricted diri sendiri lepas ni. Insya-Allah ak cuba mengatur masa yang tertentu untuk blogwalking lepas ni macam ape yang una buat. ^^..Susah kot..hehe


Masa untuk kitorang berada di INTEC ni pun dah tak lama. Lagi 5 minggu je (minus 1 week untuk BTN+ 1week untuk exam= 3 week sahaja) . Sekejap kan? Walaupun kadang-kadang rasa lama jugak, tapi rasanya dalam tempoh yang singkat ni, macam2 ak dah belajar. Semoga semuanya membuahkan output yang baik2, menjadi seorang yang from zero to HERO! Yeah! ^^

Dan sekarang, mari kita berkongsi satu kisah...jeng2. 
Didedikasikan khas buat sahabat2 SLISS yang walaupun jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati.
Tentang kawan.

...............................................................





Ada sebuah kisah, tentang dua orang sahabat. Mereka sangat baik hubungannya semasa di dunia. Dan ditakdirkan Allah, sampailah ajal kedua-duanya, kerana yang hidup itu pasti akan mati. Sahabat pertama telah dibersihkan oleh Allah dosanya dan masuklah dia ke dalam syurga yang penuh dengan bermacam-macam nikmat yang tidak pernah ada satupun yang serupa dengannya di muka bumi ini. Bahagialah si fulan itu dengan buah-buahan dan air daripada mata air di nsyurga. Mereka dihadapkan di atas dipan (pelamin) yang cantik, ditemani oleh bidadari yang suci lagi bermata indah dan kehidupan di sana sangat penuh dengan nikmat. Seronoknya la kan dengar cerita si sahabat ini. Dia dihidangkan dengan segelas air yang berwarna putih, sedap rasanya dan tidak akan pernah mabuk jika meminumnya. Hoho..bahagialah kehidupan si sahabat ini bersama penghuni syurga yang lain~^^.

Dan tiba-tiba, si sahabat ini teringatlah pada qarin (sahabat rapat) nya semasa di dunia dahulu. Macam mana keadaanya ye.. Sweet kan sahabat pertama ni? Hehe. Dia pun tertanya-tanya.

Kemudian, sahabat itu mengajak kawan-kawan penghuni syurga yang lain untuk melihat sahabatnya itu. Dia berkata, "mahukah kamu meninjau (temanku itu) ?". Maka, penghuni syurga yang lain bersetuju, dan mereka pun mencarilah sahabat si fulan itu bersama-sama. Alangkah terkejutnya si fulan apabila melihat kawannya itu sedang berada di tengah-tengah api yang menyala-nyala.

Rupa-rupanya, semasa di dunia itu, sahabat si fulan pernah mempersoalkan tentang hari kebangkitan (Islam). Dia sepertinya tidak percaya terhadap Allah yang mampu mengembalikan tulang belulang kepada bentuk asal kita (manusia) semasa di hari kebangkitan untuk diberi pembalasan.


Dia berkata, "Demi Allah, engkau hampir sahaja mencelakakan aku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka)."

Dan sebenarnya, moral yang hendak ditekankan di sini, nasib baik si fulan tidak terpengaruh sama dengan sahabatnya itu. Kalau tidak, mungkin sahaja dia tergolong dalam kalangan bahan kayu bakar bagi api neraka.

Dan itulah yang paling penting dalam konsep berkawan.


Islam tidak melarang kita berkawan dengan sesiapapun di dalam dunia ini, even non-muslim juga kita digalakkan untuk berdiplomasi dengan mereka (mengikut fiqh muamalat yang telah digaris-panduankan), tetapi pilihlah yang baik dan yang boleh membawa kita kepada mengingati-Nya. Berkawan biar kerana Allah. Cintailah mereka jika fikrah dan niatnya baik untuk maradatillah. Tinggalkanlah dia jika dia hanya akan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Ianya lebih baik jika kita yang menjadi insan pengubah pemikiran mereka. Tetapi, jika tidak kental dan kuat semangat, jangan cari masalah. Kalau tidak, kita akan termasuk sekali dalam golongan yang lalai dan rugi. Semuanya kerana kawan.

Pilihlah kawan kerana Allah. Nescaya kamu tidak akan rugi.


friendship with the name of Allah is the best!



p/s: cerita di atas adalah sesuatu yang benar. Termaktub dalam AL-Quran, surah As-Saffat ayat 40-61. ^^ Bacalah dan hayatilah maksudnya. Kan seronok jika persahabatan itu berterusan hingga ke syurga~ Insya-Allah^^

Dan ini pesanku buat sahabat2ku yang tercinta.....


jagalah hijab dan kehormatan diri anda -kerana diri anda begitu berharga. 


Friday, July 8, 2011

keterujaan

Alhamdulillah, biochem is just finished.
Sedeh kot, sebab tak buat betul2.
YOSH!

Thursday, July 7, 2011

sharing happiness

Assalamualaikum :)

Hehehehe. (angau kehepian overboard). Actually ak tak tahu kenape, tapi.....hari ni ak tak tidur time belajar biochem!!!! Alhamdulillah....akhirnya.^^

*ehe..p/s: ni post mengada2

Tambahan ilmu,

Ada tak yang pernah tertanya-tanya, kenapa bumi ini wujud? Kenapa Allah penat-penat buat bumi ni cantik-cantik, lepas tu Allah musnahkan camtu je masa kiamat nanti? ( Bukan setakat Bumi, malah alam semesta yang luasnya tak terjangkau, Wallahua'lam) *cop, sebenarnya tak penat pun Allah buat.

"Sungguh, Tuhanmu (adalah ) Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat. (Dia ciptakan) matahari, bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah! Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya, Mahasuci Allah, Tuhan seluruh Alam." (Al-A'raf :54)
Pelik kan. Allah buat alam ni dalam enam masa, lepas tu kenapa Dia nak hancurkan? Kenapa? Kalau korang kan, bayangkan, korang buat bende2 cantik, dah siap je, pastu korang campak tepi, pecahkan. Tak ke pelik tu?

Haha, nak tahu kenapa sebabnya?

Sebabnya, Allah memang menciptakan bumi untuk dimusnahkan.


Kerana bumi diciptakan untuk manusia.
Dan manusia akan mati.

Jika kiamat tiba, semua manusia akan mati, jadi kalau manusia dah tak ada, apa guna bumi lagi kan? Sebab tu Allah musnahkan alam ni sekali.

besar-besar ni, untuk kita sebenarnya.


Tapi, tak semua orang sedar fakta ni. Hakikatnya, mereka langsung tak menghargai alam yang Allah ciptakan spesel untuk kita. Betapa sweetnye Allah tu kan...ciptakan sesuatu bende yang hebat (alam) yang cantiknya boleh memukau, dan pasal alam ni je berbuku-buku buku telah ditulis. Dan sebenarnya, alam tu adalah khas untuk kita. Siapa kita ni sebenarnya? Kita bukan malikul alam, bukan raja apa sume kat sisi Allah, tapi hakikatnya kita ni hamba-Nya je......HAMBA, tapi tengoklah, macam2 Allah sediakan untuk makhluk bergelar hamba ni...

Tapi, apa yang hamba-hamba ni buat? Boleh pulak di antara hamba2 tu cuba nak buat kerosakan macam2 kat alam yang Tuan dy pinjamkan khas untuk dy. Tak patut.... Siap ada yang declare macam yang alam ni dy punye, dengan serang orang tu, serang orang ni.

Bersyukurlah sikit...kita ni HAMBA je..

Apa yang Allah nak sebagai imbal balik dari kita? Ada Allah mintak kita bayar sebab guna barang dy? Ha..ko bayar sejuta, ko pulak seringgit je sebab ko gune sikit...camtu? Takde.. Apa yang Dia mintak cuma ketakwaan kita kepada-Nya. Mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

marilah bermuhasabah


Dan Alhamdulillah, dalam ramai2 yang tak sedar tu...masih ada lagi yang sedar. Mereka ni tergolong dalam kalangan orang yang bijak di sisi Allah. Dan orang yang bijak bukanlah orang yang berIQ tinggi, straight A, 4 flat, pHD ape sume....Siapa orang yang bijak sebenarnya?

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal;"

Jadinya??????????? Orang yang berakal menurut Al Quran ialah:

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(Ali Imran: 190-191)

Mereka ini dikenali sebagai ulul Albab. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berusaha menjadi sebahagian daripada golongan ini. Dunia ini diciptakan untuk kita, jadi kenapa kita perlu berkejar-kejar MELAMPAU untuknya? Sedangkan kebahagiaan di syurga itu yang pasti.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(Al Baqarah :30)



Sekian ^^
[Doakan saya yang tengah exam ni. Demi bangsa dan agama..YOSH!]



Sunday, July 3, 2011

hidup

Assalamualaikum :)

Hmm...the next next is a crucial period for us the MEP students as most of us will sit for tests and also the role play as well. *Shift to BM balik----- Sepanjang-panjang ni ak tengok manusia sibuk, belajar, belajar lagi, sana sini, ada yang buat assignment, ade yang tak nak keluar bilik sebab nak belajar, dan di samping mereka hanyalah ada buku. Dan ak pun tergolong dalam kalangan mereka gak. Bangun tidur bertemankan buku. Nak examlah katakan... Dan saban kali jugakla ak berfikir.............

Kalau macam ni, sampai bila? 

Ak tak mengatakan membaca itu salah. Ak pun tak mendescribekan orang yang ulat buku tu tak fikir bende lain. Memanglah kalau tak baca, mustahil kita tahu kan. Tapi, sebenarnya, apa niat ak membaca buku selama ni? Hanya untuk exam semata-mata?

sekali sekala, cuba besarkan skop pandangan hidup kita..


Ak akui, ak memang bukan seorang yang ulat buku. Tapi, ak sangat suka untuk tahu sesuatu. Mostly in biology field la.. Tapi, entah kenapa, makin banyak yang ak tahu, makin banyak yang ak lupa. Ilmu tu, berlalu begitu sahaja. Adakah, ada silapnya pada diri ak? Ak pernah dengar kata orang, "Apabila tuannya tidak mencintai ilmu tersebut, maka ilmu itu akan terbang begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, kerana dia juga tidak mencintai tuannya..."
Dah la nak dapat ilmu tu susah, nak grab ngan hold dy kemas2 pun lagilah susah,, dalam keadaaan camtu masih ada yang sanggup menghina ilmu? Mengatakan "ak anti subjek ni, ak benci bende ni, ak tak nak tau langsung pasal bende-bende ni semua!!!"(siap ade tanda seru lagi)..
Adakah ak tergolong dalam keadaan yang sedemikian rupa? (ya, ak mengaku, ak pernah....)

Ilmu Allah itu luas. Dalam surah al Baqarah ayat 32,

"Maha Suci Engkau ya Allah, Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Ilmu yang manusia ada ni ciput je. Bayangkan manusia terbijak di dunia, kalau nak dibandingkan dia dengan ilmu Allah, macam setitik air dibandingkan dengan luasnya semua lautan di muka Bumi ni, apatah lagi manusia kurang bijak cam ak ni. Subhanallah.........

Jadikanlah ak menuntut ilmu ini kerana-Mu, dan kerana diriku, bangsaku dan agamaku...