Sunday, July 3, 2011

hidup

Assalamualaikum :)

Hmm...the next next is a crucial period for us the MEP students as most of us will sit for tests and also the role play as well. *Shift to BM balik----- Sepanjang-panjang ni ak tengok manusia sibuk, belajar, belajar lagi, sana sini, ada yang buat assignment, ade yang tak nak keluar bilik sebab nak belajar, dan di samping mereka hanyalah ada buku. Dan ak pun tergolong dalam kalangan mereka gak. Bangun tidur bertemankan buku. Nak examlah katakan... Dan saban kali jugakla ak berfikir.............

Kalau macam ni, sampai bila? 

Ak tak mengatakan membaca itu salah. Ak pun tak mendescribekan orang yang ulat buku tu tak fikir bende lain. Memanglah kalau tak baca, mustahil kita tahu kan. Tapi, sebenarnya, apa niat ak membaca buku selama ni? Hanya untuk exam semata-mata?

sekali sekala, cuba besarkan skop pandangan hidup kita..


Ak akui, ak memang bukan seorang yang ulat buku. Tapi, ak sangat suka untuk tahu sesuatu. Mostly in biology field la.. Tapi, entah kenapa, makin banyak yang ak tahu, makin banyak yang ak lupa. Ilmu tu, berlalu begitu sahaja. Adakah, ada silapnya pada diri ak? Ak pernah dengar kata orang, "Apabila tuannya tidak mencintai ilmu tersebut, maka ilmu itu akan terbang begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, kerana dia juga tidak mencintai tuannya..."
Dah la nak dapat ilmu tu susah, nak grab ngan hold dy kemas2 pun lagilah susah,, dalam keadaaan camtu masih ada yang sanggup menghina ilmu? Mengatakan "ak anti subjek ni, ak benci bende ni, ak tak nak tau langsung pasal bende-bende ni semua!!!"(siap ade tanda seru lagi)..
Adakah ak tergolong dalam keadaan yang sedemikian rupa? (ya, ak mengaku, ak pernah....)

Ilmu Allah itu luas. Dalam surah al Baqarah ayat 32,

"Maha Suci Engkau ya Allah, Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Ilmu yang manusia ada ni ciput je. Bayangkan manusia terbijak di dunia, kalau nak dibandingkan dia dengan ilmu Allah, macam setitik air dibandingkan dengan luasnya semua lautan di muka Bumi ni, apatah lagi manusia kurang bijak cam ak ni. Subhanallah.........

Jadikanlah ak menuntut ilmu ini kerana-Mu, dan kerana diriku, bangsaku dan agamaku...

2 comments:

kiwi_baek! said...

nice sharing

sue said...

betul..sgt menyedarkan sye,biel..