Wednesday, July 13, 2011

kawan oh kawan

Assalamualaikum :)

Sebelum tu,aku berkongsi pengalaman,aku berdoa agar jauh dari riya'. aku menceritakan gelagat manusia,aku mohon jauh dari mengumpat. aku menyatakan pendapat,aku mohon jauh dari fitnah.

Emm...sedang orang lain sedang bersibuk-sibuk menyiapkan assignment yang kebanyakkannya perlu disubmit pada minggu hadapan, boleh lagi ak menyibuk menulis di sini. Hehe..kena restricted diri sendiri lepas ni. Insya-Allah ak cuba mengatur masa yang tertentu untuk blogwalking lepas ni macam ape yang una buat. ^^..Susah kot..hehe


Masa untuk kitorang berada di INTEC ni pun dah tak lama. Lagi 5 minggu je (minus 1 week untuk BTN+ 1week untuk exam= 3 week sahaja) . Sekejap kan? Walaupun kadang-kadang rasa lama jugak, tapi rasanya dalam tempoh yang singkat ni, macam2 ak dah belajar. Semoga semuanya membuahkan output yang baik2, menjadi seorang yang from zero to HERO! Yeah! ^^

Dan sekarang, mari kita berkongsi satu kisah...jeng2. 
Didedikasikan khas buat sahabat2 SLISS yang walaupun jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati.
Tentang kawan.

...............................................................





Ada sebuah kisah, tentang dua orang sahabat. Mereka sangat baik hubungannya semasa di dunia. Dan ditakdirkan Allah, sampailah ajal kedua-duanya, kerana yang hidup itu pasti akan mati. Sahabat pertama telah dibersihkan oleh Allah dosanya dan masuklah dia ke dalam syurga yang penuh dengan bermacam-macam nikmat yang tidak pernah ada satupun yang serupa dengannya di muka bumi ini. Bahagialah si fulan itu dengan buah-buahan dan air daripada mata air di nsyurga. Mereka dihadapkan di atas dipan (pelamin) yang cantik, ditemani oleh bidadari yang suci lagi bermata indah dan kehidupan di sana sangat penuh dengan nikmat. Seronoknya la kan dengar cerita si sahabat ini. Dia dihidangkan dengan segelas air yang berwarna putih, sedap rasanya dan tidak akan pernah mabuk jika meminumnya. Hoho..bahagialah kehidupan si sahabat ini bersama penghuni syurga yang lain~^^.

Dan tiba-tiba, si sahabat ini teringatlah pada qarin (sahabat rapat) nya semasa di dunia dahulu. Macam mana keadaanya ye.. Sweet kan sahabat pertama ni? Hehe. Dia pun tertanya-tanya.

Kemudian, sahabat itu mengajak kawan-kawan penghuni syurga yang lain untuk melihat sahabatnya itu. Dia berkata, "mahukah kamu meninjau (temanku itu) ?". Maka, penghuni syurga yang lain bersetuju, dan mereka pun mencarilah sahabat si fulan itu bersama-sama. Alangkah terkejutnya si fulan apabila melihat kawannya itu sedang berada di tengah-tengah api yang menyala-nyala.

Rupa-rupanya, semasa di dunia itu, sahabat si fulan pernah mempersoalkan tentang hari kebangkitan (Islam). Dia sepertinya tidak percaya terhadap Allah yang mampu mengembalikan tulang belulang kepada bentuk asal kita (manusia) semasa di hari kebangkitan untuk diberi pembalasan.


Dia berkata, "Demi Allah, engkau hampir sahaja mencelakakan aku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka)."

Dan sebenarnya, moral yang hendak ditekankan di sini, nasib baik si fulan tidak terpengaruh sama dengan sahabatnya itu. Kalau tidak, mungkin sahaja dia tergolong dalam kalangan bahan kayu bakar bagi api neraka.

Dan itulah yang paling penting dalam konsep berkawan.


Islam tidak melarang kita berkawan dengan sesiapapun di dalam dunia ini, even non-muslim juga kita digalakkan untuk berdiplomasi dengan mereka (mengikut fiqh muamalat yang telah digaris-panduankan), tetapi pilihlah yang baik dan yang boleh membawa kita kepada mengingati-Nya. Berkawan biar kerana Allah. Cintailah mereka jika fikrah dan niatnya baik untuk maradatillah. Tinggalkanlah dia jika dia hanya akan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Ianya lebih baik jika kita yang menjadi insan pengubah pemikiran mereka. Tetapi, jika tidak kental dan kuat semangat, jangan cari masalah. Kalau tidak, kita akan termasuk sekali dalam golongan yang lalai dan rugi. Semuanya kerana kawan.

Pilihlah kawan kerana Allah. Nescaya kamu tidak akan rugi.


friendship with the name of Allah is the best!



p/s: cerita di atas adalah sesuatu yang benar. Termaktub dalam AL-Quran, surah As-Saffat ayat 40-61. ^^ Bacalah dan hayatilah maksudnya. Kan seronok jika persahabatan itu berterusan hingga ke syurga~ Insya-Allah^^

Dan ini pesanku buat sahabat2ku yang tercinta.....


jagalah hijab dan kehormatan diri anda -kerana diri anda begitu berharga. 


2 comments:

husna assaedah said...

jom berukhwah sampai ke syurga~~~

kiwi_baek! said...

insyaallah~