Saturday, October 8, 2011

menuntut ilmu.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan nak menyambung cerita. Actually, banyak je masa nak menaip, tapi taktau kenapa baru-baru ni ak boleh terjebak dalam kancah ke-game-an. Jadinya, bukak-bukak laptop je terus klik ke sana la. Dan sekarang baru terasa nak jenguk blog ni. Haha. Buku apetah lagi.

innocent tak saya? Hehe.

Bercakap pasal buku, nak tau, lecturer Mesir ni sikit punya unik. Diorang buat buku sendiri sebagai sukatan pelajaran. Kiranya, kami belajar mengikut apa yang mereka tulis dalam buku diorang. Dan semasa belajar, diorang mana ada tengok2 buku pun. Hafal 100% apa yang diajar. Hebat kan? Giler semangat pulak tu. Dan terperinci. Maksudnya, dia tak skip la mana-mana part dalam buku tu. Macam kat malaysia, kadang-kadang pensyarahnya skip kat bahagian-bahagian yang dirasakan tidak perlu belajar. tapi kalau kat mesir, dah namanya ilmu, pensyarah akan terangkan jugak sampai student paham. Macam tajuk buffer, mula-mula tak paham sangat walaupun dah belajar kat msia. Tapi, bila duktuurah Fatma terangkan, faham gile2. Baru tau macam mana buffer tu berfungsi. Dulu main aci taram je menghafal.

Dan satu lagi kelebihan pensyarah kat mesir ni, diorang suka kaitkan fakta sains dengan alQuran. Contohnya macam masa study tajuk blood (fisiologi -best doktor ni. Ajar fisio macam ajar budak-budak kecik hafal cerita fairytales. smgt! ). Total body water is 60% from body weight. From that 60%, 40% act as incellular fluid and 15% as interstitial fluid. The remaining 5% form intravascular fluid. Dan dalam plasma pulak 90% adalah water. Dalam komposisi sesebuah sel pula, cytoplasma yang menjadi komponent utama. Malah 75% dari TBW foetus/newborn baby adalah WATER. Di mana-mana sahaja adalah air. Hatta bumi ni pun 75% terdiri dari air. Kerana, Allah telah berfirman dalam surahnya,
"Dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup itu daripada air....."
(Inilah antara ayat yang ak selalu dengar dalam kelas fisio dan biochem.Subhanallah. Al Quran terbukti mendahului zaman.)

Suasana belajar di mesir pun sangat berbeza dengan malaysia. Egyptian student suka baca buku masa rehat. Kadang-kadang diorang berdiskus sesama diorang. (Padahal baru start semester baru). Cuma diorang suka ponteng kelas la kadang-kadang. Lepas tu, ada la satu masa tu, macam biasa sebelum kelas Histologi bermula, kelas bising-bising (macam pasar kat malaysia tu.) Lepas tu, bila pensyarah masuk kelas, semua orang senyap la kan. Then, bila ada part yang kita macam ragu-ragu, semua orang pun macam bisik-bisik la suruh kawan terangkan. Dan tiba-tiba duktuurah tu marah. Dia suruh senyap. Katanya:
 "Why are you talking?" 
Dekat dua kali dia ulang ayat tu. Kami macam terkejut la. Biasala kalau kat intec dulu kelas bising-bising sikit sebab tanya kawan. Bila kitorang cerita kat senior pasal kitorang kena marah, rupa2nya tu memang adat orang Arab belajar. Senyap dan fokus. Kalau tak paham, directly tanya kat pensyarah je. Macam adab sahabat Rasulullah menuntut ilmu, senyap dan sentiasa tenang. Kalau tak silap ak, ade satu cerita yang mengisahkan tentang adab sahabat menuntut ilmu dengan Rasulullah. Mereka sangat-sangatlah tenang. Cuba kawan-kawan cari cerita tu :) Boleh kita bincang kat ruangan comment di bawah nanti, ok (>,0) ?

Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu[Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Diam itu tanda hormat.
p/s: Sebenarnya mula-mula post ni bertajuk jaulah part 2, tapi ditukar kerana intro dy panjang sangat. Hehe. InsyaAllah, pada post seterusnya kita akan melihat tentang cerita seorang Raja yang agung ---> Salahuddin Al-Ayubi yang hanya meninggalkan 20 dirham sewaktu kewafatannya.




Berjalan, bermusafirlah. Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan
 untuk mereka yang berfikir.






6 comments:

KID said...

uh..bgus2!!

shakirah said...

hope to jelajah bumi allah jgk satu hari nanti, mcm nabilah! hehe

Suhailah Kahar said...

biela!!teruje!!sonoknye ble dgr ko cite sal bio..rindu~

funny_hani93 said...

wahhhh..snok2!!hehehe..biela cite la lagi..hehehe

maNgo_cReam('',) said...

well done.. cewah.. sangat seronok.. terase tak tergambar keadaan di sane.. haha,,jgn men game j.. and jgn makn je biel..

dayfeda hassan said...

rindu biela...selamaat menuntut ilmu..^_^