Monday, July 30, 2012

Update 1

Assalamualaikum :)

post ni dah lama tulis, tapi baru berjaya publish. aimaaaaa, mane citer hang!

inilah dia pekan sungai besar :D


Mencuri masa untuk hupdate blog ni. Hai, dah dekat tiga minggu saya duduk di sungai besar, menatap pemandangan pekan yang indah ceria. Dan dah sepuluh hari ramadan berlalu. Sungguh, sungguh rasa sedih mengenangkan diri sendiri yang lemah dalam mengawal masa sendiri.

Minggu pertama, jet lag. Okey, mengaku yang jet lag ak memang luar biasa *angkat tangan stail bebudak korea kena denda*

Minggu kedua, sibuk berjalan sana sini. Siap kena tegur dengan nenek: "Bukan ak tak bagi ko jumpa kawan-kawan, tapi duduk la kat rumah tolong ibu tu.. Sental bilik air, bla2......"

"Ye, nenek." <---nasib anak perempuan sorang.


Tak cukup dengan tu, kerja rumah bertimbun yang ibu bagi (siap cop sebelum balik mesir lagi). Haha. Pasang langsir, kemas tu kemas ni. Huaaaa. Plus, internet pulak ngengade jalan cam siput.

Hmm, sebab update yang lambat, maka banyak la pic yang bertimbun. Anyway, enjoy!



Oh, masa awal cuti dulu, just two days before ramadan, kami managed untuk bergerak ke shah alam dengan menaiki bas ekspres -buat pertama kalinya dalam sejarah; dalam keadaan rancangan yang memang gila superb tiba-tiba. Rasanya pukul 12 malam sebelum hari kejadian baru kami decide nak pergi. Lawak gila, first time beli tiket, first time pergi pudu, first time naik LRT! Sendiri pulak tu. Ayu kata, kitorang ni macam rusa masuk bandar pulak. Haha. Anyway, it's a good experience to go through, even cam lawak antarabangsa je masa beli tiket LRT. Mane la tau yang lrt guna token instead of kad. Penat menunggu kad kuar, tak keluar2. =___=


Tuesday, July 17, 2012

Men-kraf-kan diri!

Assalamualaikum :)

sebelum bertolak ke cairo airport, 13hb.

Saya kini di malaysia, menjejak di sungai besar, minum milo kedai mamak, jalan-jalan tepi sawah padi yang menghijau, dengar rancangan televisyen bahasa melayu, baca buku kreko. Akhirnya kembali ke tanah air!

Dan yang penting, akhirnya kembali jumpa RUMAH!

Setahun berlalu, takde banyak benda pun yang berubah. Keadaan jalan dari kuala lumpur-kuala selangor-sekinchan-sungai besar still sama macam sepuluh bulan yang lalu, penuh dengan pokok kelapa kiri kanan. Except budak-budak ni yang dah semakin meninggi (erk). Kalau dulu zahin paras bahu ak je, tapi sekarang, dia lagi tinggi! T___T. Fakta yang men-sedih-kan.  

Dzikrul, Dzahin, Dzakwan, Dzorif. They are my four little muchee mucheee baby kids a.k.a mangsa buli. Muahahaaa. Tengok diorang dah membesar sangat membuatkan ak rasa sedih. Lagi-lagi dzikrul. Tahun depan dia dah habis sekolah kottt. dah besar--->maced--->susah nak buli. Okey, bunyi siyes macam old ladies.

Well then, abah cakap dia tak rasa pun yang anak dia ni macam budak universiti. Apakah? =_=


ribbon comel

Kembali kepada tajuk. Hari ni yong ajak gi rumah dia, dia nak ajar buat reben comel-comel. Dan lain-lain lagi benda yang comel-comel kat bengkel kretip dia > Felt Creative Zone. So, sesiapa yang rasa-rasa nak beli brooch/hairband/keychain ala-handmade ni boleh lah tempah kat dia seguni. Comel sangat! Harga pun worthy je.


This is my first masterpiece :)


Sakura hairband :)


Yong ni sangat hebat orangnya, she's the reason why i draw. Dia kreatif semulajadi, pandai melukis, menjahit, buat photoshop, memasak bebenda yang korang pun suka makan dan lain-lain. Masa kecik-kecik dulu, dia la yang selalu lukis katun untuk ak dengan ajin. Kitorang ada nasib yang sama, being the only girl and adik semua lelaki. Tambahan pula, yong pun memang kroni-kroni suka baca komik masa dulu-dulu. Rasanya sebab tu la dia cam extra rapat sikit dengan kitorang. 

So, jom la beli reben ni banyak-banyak! Boleh je tempah~ (ayat tetibe)

Reben polkadot import

A day before that, ibu bawak ak pergi jejak pekan sungai besar kejap sebelum bertolak ke intersaber untuk melawat dzahin dan dzikrul. Dan macam biasa, satu kedai yang memang ak dan kawan-kawan sekolah tak akan lupa nak buat lawatan tengok-tengok-ala-ala-YB-tanpa-membeli= my choice shop. Kedai ni banyak jual those cutie things macam plushie and keychain dll la. Guess what, diorang jual banyak gila barang rilakkuma!


rasa macam nak beli semua je!

last sekali beli beg rilakkuma kecik



#ayat tunggang langgang. jet lag mungkin? haha.

Sekian :) Ramadan lagi 5 hari. The race is on. I'm gonna win over myself this year!












Friday, July 13, 2012

Malam terakhir di sini

Sekuel kepada post aima versi nabila. Haha.

Assalamualaikum :)

Just wondering, tak sangka dah lama kitorang duduk sini kan. Dan tak sangka jugak perkataan 'nak balik' yang selalu disebut-sebut terutamanya semasa musim exam dulu memang akan menjadi kenyataan pada esok hari. Sat je lagi. Lagi 9 jam before bertolak ke Cairo Airport.

Semalam,

Pergi ke rumah akak, untuk bertegur sapa sebelum pulang ke tanah air. Sambil tu, diorang hidangkan pisang goreng yang dah lamaa ak tak makan. Sedap sangat. Orang Terengganu makan pisang goreng cicah dengan sambal. Rumah ak pulak buat cicah dengan gula. Pelik tapi unik :) Teringat kebun pisang rumah embah. Lepas ni boleh buat cengkodok hari-hari kat rumah.

Lepas tu, guess what. Akak hulurkan sekeping surat yang ak sendiri lupa tentangnya. Surat yang ditulis untuk diri sendiri sebelum bermulanya musim peperiksaan. Tersentak! Getar hati menerimanya. Takut.

Takut,

Takut.


..........................................................................................................


Setahun lalu, menjejak kaki di bumi mesir dengan penuh ke-excited-an dalam ke-blur-an. Dengan taktahu ape-ape, dan bahasa arab yang agak tunggang langgang pada mulanya. Tak reti masak, tak reti beli bahan basah, macam-macam la lagi.

Dan kemudian, kitorang sama-sama belajar melangkah, to be a better person from day to day.


Dan, congrats semua, dah setahun dah. Korang berjaya mengharunginya.



dan sekarang, kami dah nak pulang.


Mari jadi manusia berguna!
Jangan besar hati, kecil akalnya
Jangan besar akal, kecil hatinya
Rugi baik sorang-sorang
Celaka diri yang jahat tak nak baik-baik padahal orang lain ramai yang baik

Itu sombong bodoh namanya.


Dunia perjuangan tak pernah senang
Mengejar syurga itu tak manis. Pahit
Sebab syurga itu tak pernah pahit. Ia manis.


Salam perjuangan, salam mujahadah.
Bertarung dengan diri sendiri bagi saya adalah suatu perkara yang sangat susah
Bertarung untuk menjaga hati. Kekalkan ikhlas. Ia payah.
Menjaga hati daripada kelumit jahiliyah lama.


Tapi,
mujahadah itu perlu dibuat, perlu dicuba.
Dengan sepenuh hati, dengan bersungguh-sungguh
Supaya nanti di hadapan Allah kita boleh kata,

"Aku telah cuba melakukannya ya Allah, redhai usahaku ini."








Thursday, July 12, 2012

It's ended

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, it'd ended. Err, ape yang ended?

Fasa tempoh setahun di bumi perantauan insyaAllah dah sampai ke puncaknya. Yuuuu, taktau nak express apa, tapi hamdalah, syukur sangat rasanya bila realize yang memang Allah pilih untuk rasa semua pengalaman ni, pengalaman berharga untuk berasa di bumi arab. Bumi yang taff, mencabar. Yup, ia bukan mudah. Tak se-gempak macam negara moden lain, malah ia penuh dengan debu (erk) dan pakcik makcik arab yang taff kasar (tapi lembut jiwa).

Dan, rasanya cepat betul masa berlalu kan?

Cepat sangat! Dah setahun dahh! Dah nak balik malaysia dah! 

Dan kegempakkan rasa dah habis exam tu lebih terasa sejak berakhirnya dinner rasmi hari tu. Two thumbs up kepada semua barisan ajk, sama ada ajk rasmi, pembantu or warga di balik tabir, and lastly kepada semua GEN11US-ians. Memang terbaik la diorang punya preparations dan usaha. Sebagai orang yang tidak dibenarkan untuk membantu (ehe, bajet cam nak jadi VIP gak) usaha mereka untuk majlis makan yang semata ni memang sangat membuka mata (ada ala pantun tak?). Tahniah, tahniah sangat-sangat. Dan memang, i bet korang mesti dapat something daripada pengurusan kali ni. Kan?

Em, apa yang paling tak tahan ialah kenapa semua orang sangat grand dalam mencari baju yang best best?! Tapi memang semua orang stand out malam tu. Cantikkkk :) Nampak sangat hepi dah habis exam. Ngee.

Malam sebelum dinner, kitorang memang tak dapat nak tidur malam untuk menyempurnakan misi membuat kek (nak suruh ayu baca). Meskipun 4 bijik je, tapi, amek masa sampai pukul 3 pagi tau. Dengan takde kotaknya, tak jumpa base lagi, sebab dekat munira ni takde kedai grand yang rasmi menjual bahan-bahan kek. Jadi sukar bagi kitorang untuk siapkan semuanya dengan sesempurna mungkin.

Kesan ---> Dalam bas terlentok2. Nasib baik perjalanan jem, dapat banyak masa untuk tidur dalam keadaan ala-ala sauna. (positip tak? haha)


ni kek red pink velvet. akhirnya ak sendiri tak rasa T___T


antara faktor tak tidur malam: buat benda-benda ntah pape :)


Oh ya, lupa nak cakap. Majlis kitorang namanya NoCA, stands for Night of Cultural Assimilation. Membawakan tema masquerade, arabic and malay tradition bersama tiga elemen warna, white, purple dan maroon; majlis ni mempunyai title yang amat amat amat amat bermakna. Asimilasi bermaksud pembawakan sesuatu kepada sesuatu, dalam hal ini, kita cuba mengambil sesuatu nilai yang bermanfaat daripada budaya arab untuk dibawa masuk dalam budaya peribadi seharian kita untuk hidup yang lebih baik (oke, skema ;p). Orang arab, walaupun kasar and taff, tapi hati diorang sangat lembut. Tutur bahasa mereka sangat sopan dan menggembirakan, dan diorang sangat menghormati tetamu, sangat berani berkomunikasi, sangat bangga dengan jiwa mereka, banyak la lagi sangatnyee. Asimilasi tak bermaksud mengubah, tetapi ia lebih kepada menerapkan nilai yang baik, dalam masa yang sama, mengekalkan identiti Malaysia kita yang asal. Hoho. 
(apsal ak ade feeling yang korang scroll down je part ni? =_= BACA! )

Maka, jom yosh! untuk menjadi a way better person after duduk kat bumi aghab ni lame lame.


dalam bas sauna. hehe.

kat sini la dinner kitorang. sebuah restoran kapal atas sungai nil. ala-ala
macam makan dekat kedai kat bagan cina sungai besar.


dengan boss besar pengurus dewan -cik arha


keadaan dalam dewan. comel belon belon belon aima nabila belon. haha


grand opening dengan silat senyum-senyum. best :D

Ada dua sesi dalam majlis ni, satu formal, dan satu lagi tak bape nak formal lah. Yang formal tu dihadiri oleh dean fakulti perubatan kitorang, vice dean, pengurus pelajar-pelajar malaysia, presiden PERUBATAN dan vicenya serta wakil OPU Kaherah. 


ni class rep terhebat tengah conduct majlis.


dan ni mantan KB kami :)



ni dean kitorang. sempoi je, tapi prof kott.


dan ini makan malam kitorang

Matta, matta (bahasa jepang), terasa dinner hari tu agak tak maced jugak la. Sebab mc dia lawak sangat, lagi-lagi aksi-aksi-terhebat-luar-jangkaan izat dengan amal yang semangat dalam kecomelan, azlan yang lawak sempoi ngan syasaya yang best. By the way, we had so much fun on that day, tempat dia sangat best untuk buat main lari-lari, jus dia sedap gilaaa, video yang ajk buat memang sangat gempak (ooo, i wish i can make one too T_T), dan doorgift yang menarik :)

Dan, memang ada sedikit kelemahan lagi-lagi part gimik yang terlebih menjadi (sebab semua orang baru tau kebenaranya pada esok hari. haha :D); tapi takpe, dari kelemahan itu kita belajar, dari kekurangan itu kita sedar, dari kejatuhan itu kita bangkit. No hard feelings okey, comel comel selalu, kita kan GEN11US. 


last scene atas tangga dengan bebudak havoc bersama saya yang sopan *winkwink*


Dalam majlis ni jugak ada part penyerahan kuasa kepada barisan kepimpinan baru, diwakili oleh mantan KB kepada KB baru. Emmmmm, rasa lega sangat sangat sangat sebab tugas ni alhamdulillah diberi kepada yang lebih layak untuk memegangnya, dan rasa sedih sikiiit sebab seronok bekerja bersama korang :) Banyak benda ak dapat, terutamanya dari segi pengurusan masa dan belajar berkorban demi orang lain, apa-apa pun, perletakkan jawatan bukan bermaksud hilangnya beban dan amanah terhadap batch. 

A007
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 

I'll miss those pretty time to be and work with nusai, aina, amal, amalina, pekja, hidayah dan entree- aima nabila ngn fairuz nabilah. Same goes to barisan ajk ikhwah; emir, hilmi, ikraam, firdaus, zofir, saleh, zarif, aizat and aqeel. Korang sangat best, berdedikasi dan kita doa sama-sama agar segala kerja kita dikira dalam mizan kebaikan di sisi Allah :)


huaaa :D suka mende ni!



................................................




..and there goes the last pic;
   
without mask

with mask! (kot)



Sekian:)

Yuhuu, malaysia dah panggil-panggil. Safrah saiedah kawan-kawan. I do feel happy :)


Monday, July 9, 2012

Kehilangan

domo

domo dan buku fisio

dokte domo bersama alam

gambar terakhir dokte domo


domo dah hilang! sobs sobs sobs. maka siapa yang jumpa silalah pulangkan kepada saya ; (