Friday, July 13, 2012

Malam terakhir di sini

Sekuel kepada post aima versi nabila. Haha.

Assalamualaikum :)

Just wondering, tak sangka dah lama kitorang duduk sini kan. Dan tak sangka jugak perkataan 'nak balik' yang selalu disebut-sebut terutamanya semasa musim exam dulu memang akan menjadi kenyataan pada esok hari. Sat je lagi. Lagi 9 jam before bertolak ke Cairo Airport.

Semalam,

Pergi ke rumah akak, untuk bertegur sapa sebelum pulang ke tanah air. Sambil tu, diorang hidangkan pisang goreng yang dah lamaa ak tak makan. Sedap sangat. Orang Terengganu makan pisang goreng cicah dengan sambal. Rumah ak pulak buat cicah dengan gula. Pelik tapi unik :) Teringat kebun pisang rumah embah. Lepas ni boleh buat cengkodok hari-hari kat rumah.

Lepas tu, guess what. Akak hulurkan sekeping surat yang ak sendiri lupa tentangnya. Surat yang ditulis untuk diri sendiri sebelum bermulanya musim peperiksaan. Tersentak! Getar hati menerimanya. Takut.

Takut,

Takut.


..........................................................................................................


Setahun lalu, menjejak kaki di bumi mesir dengan penuh ke-excited-an dalam ke-blur-an. Dengan taktahu ape-ape, dan bahasa arab yang agak tunggang langgang pada mulanya. Tak reti masak, tak reti beli bahan basah, macam-macam la lagi.

Dan kemudian, kitorang sama-sama belajar melangkah, to be a better person from day to day.


Dan, congrats semua, dah setahun dah. Korang berjaya mengharunginya.



dan sekarang, kami dah nak pulang.


Mari jadi manusia berguna!
Jangan besar hati, kecil akalnya
Jangan besar akal, kecil hatinya
Rugi baik sorang-sorang
Celaka diri yang jahat tak nak baik-baik padahal orang lain ramai yang baik

Itu sombong bodoh namanya.


Dunia perjuangan tak pernah senang
Mengejar syurga itu tak manis. Pahit
Sebab syurga itu tak pernah pahit. Ia manis.


Salam perjuangan, salam mujahadah.
Bertarung dengan diri sendiri bagi saya adalah suatu perkara yang sangat susah
Bertarung untuk menjaga hati. Kekalkan ikhlas. Ia payah.
Menjaga hati daripada kelumit jahiliyah lama.


Tapi,
mujahadah itu perlu dibuat, perlu dicuba.
Dengan sepenuh hati, dengan bersungguh-sungguh
Supaya nanti di hadapan Allah kita boleh kata,

"Aku telah cuba melakukannya ya Allah, redhai usahaku ini."








3 comments:

Penulis said...

x sangka ada sekuel jugak post aq. siap gmbr pon ada kaitan ngan sekuel :). haha

harumaki said...

ngeh3. i find ur title interesting :D

"anonymous" said...

perlis makan pisang goreng ngn sos cili. johor makan ngn sambal kicap. wide variety~