Assalamualaikum :)
Saya kini di malaysia, menjejak di sungai besar, minum milo kedai mamak, jalan-jalan tepi sawah padi yang menghijau, dengar rancangan televisyen bahasa melayu, baca buku kreko. Akhirnya kembali ke tanah air!
Dan yang penting, akhirnya kembali jumpa RUMAH!
Setahun berlalu, takde banyak benda pun yang berubah. Keadaan jalan dari kuala lumpur-kuala selangor-sekinchan-sungai besar still sama macam sepuluh bulan yang lalu, penuh dengan pokok kelapa kiri kanan. Except budak-budak ni yang dah semakin meninggi (erk). Kalau dulu zahin paras bahu ak je, tapi sekarang, dia lagi tinggi! T___T. Fakta yang men-sedih-kan.
Dzikrul, Dzahin, Dzakwan, Dzorif. They are my four little muchee mucheee baby kids a.k.a mangsa buli. Muahahaaa. Tengok diorang dah membesar sangat membuatkan ak rasa sedih. Lagi-lagi dzikrul. Tahun depan dia dah habis sekolah kottt. dah besar--->maced--->susah nak buli. Okey, bunyi siyes macam old ladies.
Well then, abah cakap dia tak rasa pun yang anak dia ni macam budak universiti. Apakah? =_=
ribbon comel
Kembali kepada tajuk. Hari ni yong ajak gi rumah dia, dia nak ajar buat reben comel-comel. Dan lain-lain lagi benda yang comel-comel kat bengkel kretip dia > Felt Creative Zone. So, sesiapa yang rasa-rasa nak beli brooch/hairband/keychain ala-handmade ni boleh lah tempah kat dia seguni. Comel sangat! Harga pun worthy je.
This is my first masterpiece :)
Sakura hairband :)
Yong ni sangat hebat orangnya, she's the reason why i draw. Dia kreatif semulajadi, pandai melukis, menjahit, buat photoshop, memasak bebenda yang korang pun suka makan dan lain-lain. Masa kecik-kecik dulu, dia la yang selalu lukis katun untuk ak dengan ajin. Kitorang ada nasib yang sama, being the only girl and adik semua lelaki. Tambahan pula, yong pun memang kroni-kroni suka baca komik masa dulu-dulu. Rasanya sebab tu la dia cam extra rapat sikit dengan kitorang.
So, jom la beli reben ni banyak-banyak! Boleh je tempah~ (ayat tetibe)
Reben polkadot import
A day before that, ibu bawak ak pergi jejak pekan sungai besar kejap sebelum bertolak ke intersaber untuk melawat dzahin dan dzikrul. Dan macam biasa, satu kedai yang memang ak dan kawan-kawan sekolah tak akan lupa nak buat lawatan tengok-tengok-ala-ala-YB-tanpa-membeli= my choice shop. Kedai ni banyak jual those cutie things macam plushie and keychain dll la. Guess what, diorang jual banyak gila barang rilakkuma!
rasa macam nak beli semua je!
last sekali beli beg rilakkuma kecik
#ayat tunggang langgang. jet lag mungkin? haha.
Sekian :) Ramadan lagi 5 hari. The race is on. I'm gonna win over myself this year!
5 comments:
salam satu malaysia biel ~
comel rilakuma..:)
bella~
osem comel lah..hahaa~
semakin megenalimu~ :)
patot cm penah nmpak pic tu....hahaha
Terharu~~~~~
Post a Comment