Monday, April 22, 2013

Ini best

currently desktop ini begini.


"Jasad kita dari tanah
Maka dia akan kenyang bila diberi makanan berunsur tanah. kalau beri angin, dia takkan kenyang malah memudharatkan.

Ruh kita dari langit.
Maka kalau kita sumbat dengan segala macam keseronokan dunia, dia takkan pernah puas. haruslah sesuatu yang datang dari langit untuk mengenyangkannya.

and of course, kita tahu alquran seisinya datang dari langit."


Quoted from SJ.
Bukan super junior -_-


......................................................


Maka hari ni, kami GEN11US-ians akan menghadapi exam spotting Anatomy, in which nama lain dia = 'main sepot sepot daging tulang'. Hehe. Walaupun struktur benda abdomen dan pelvis macam senang dan tak seselirat upper, lower limb dan head neck, tapi, ketenangan dan ilham nak jawab tu Allah yang bagi kan.

Pernah je, satu kondisi dulu, baca bagai nak rak, hapal memang siyesli sebijik-sebijik, but when it comes to examination, semuanya jadi blur. Malah jadi hairan dengan diri sendiri. 

Pastu mulalah dialog cenggini:

"Nape aku tak boleh jawaab?!"
"Eh, aku tahu lah sebenarnya jawapan dia macam ni macam ni. Aiseh, lupa"
"Kalau lah boleh dapat balik kertas tu."

*Tensen lalu berlari kesana kemari*

Dan ada kalanya jugak, hari sebelum exam itulah macam-macam benda datang menjengah. Kerja sana lah, kerja sini lah, nak masak lah, adik rumah tiba-tiba sakitlah, ada orang mintak tolonglah. Dan end up, kita tak dapat pun nak baca sungguh-sungguh. Masuk dewan exam dengan keadaan pengetahuan yang kurang firm. Tapi, masa jawab tu lancaaar je. Main teka logik pun boleh jawab dengan baik.

Maka ucapkanlah Alhamdulillah banyak-banyak sebab Allah bantu sangat-sangat. Mungkin berkat kat mana-mana perbuatan kita sebelum ni.

Nampak tak permainannya moralnya di situ?
Usaha kita bukanlah 100% penentu kejayaan kita.
Sebenarnya, Allah yang banyak take part dalam kejayaan kita tu.

Tapi percayalah, sunatullah, siapa berusaha, dia akan dapat. 
Dan jangan lupa, tawakkal :)

Kadang-kadang yang manis itu bukan kejayaan semata.
Tapi usaha. Maka,

berusahalah! Yosh!



Ada senior share, kawan dia cakap camni:
"Aku rasa aku mumtaz sebab berkat aku tak tidur kelas psycho kot. Huu, balasan Allah tu kat mana-mana je kan."

Yang ni siyes terkena kat hidung sendiri.


Sekian.

p/s: Dan selepas exam nanti, ada jual-jual kuih kat uni. Hehehehehe karipap karipaaap
Karipap di mesir sangat bernilai umpama durian crepe kat mesia.