Sunday, March 29, 2015

Of Duit

Assalamualaikum

Bercakap pasal duit,



Susah rupanya manusia ini bila berbicara soal duit. Masing-masing akan jadi makhluk lain. Sebab currently tengah dalam fasa "so much to do but so little money in my hand."

Cerita pasal perkongsian daripada step yang lepas. Saya ditugaskan sebagai photographer yang menjaga bahagian dewan sepanjang majlis berlangsung. Nak kata pakar tu takde lah kan, sangat beginner dalam dunia photography, tapi nak jugak usung dslr tu ke sana sini. Oleh kerana itu, sepanjang majlis fokus utama kami bukanlah kepada pengisian ustaz, kecuali pada masa-masa yang cengkelat ke belakang untuk bersantai dan dengar slot. Huhu.

Takpelah, ni'ma ajru 3indallah. Sebaik-baik balasan ada pada Allah.

Banyak benda jugak sebenarnya terkesan daripada sharing ustaz walaupun mata dan badan melilau ke multiple tempat. Ini adalah antara point yang tertulis dalam buku saya:

Slot 1. Adab Penuntut Ilmu dan Cabaran Semasa.

1. Through slot yang ustaz gerak laju je ini, peserta didedahkan dengan 9-10 adab-adab sebagai seorang penuntut ilmu, dan yang paling penting opkos lah niat yang baik.

2. Perjuangan menjaga niat bukanlah perjuangan yang sekejap tetapi sampai ke hujungnya. Pertarungan yang tidak pernah habis melainkan mati. Ni paling dushh sekali since banyak kali je go through zaman-zaman ingat macam nak letak amalan tu antara kita dan Allah je, tapi selepas berapa hari/minggu/bulan/tahun, terungkit pulak. Habeh hancur lebuh.

3. Ihsan dan professional. Dalam kita memberi huraian atau pandangan terhadap sesuatu perkara, penting bagi kita untuk tidak melimitkan skop kita dalam batasan-batasan tertentu. Sebaiknya pandanglah sesuatu itu dalam bentuk pandangan yang luas. Kerana itu kita perlu banyakkan guru dan banyakkan bacaan, yang kalau boleh, datang dari sumber asalnya. Dan ambil lah mana yang terbaik yang berada antara mereka.

Usia yang muda ini adalah masa yang terbaik untuk kita terus belajar dan mengkaji kerana pengalaman dan input yang kita dapat pada hari ini akan menjadi guideline kita semasa di hari matang kelak.

Jangan pernah lompat dalam pengajian, kalo tak cane nak paham secara sebenar. Sebab itu perlu istiqamah dalam menuntut ilmu. Kalo amek sikit2 takut tak dapat fahaman yang betul dan akan lebih menyesatkan diri kita dan orang lain.

4. Time management. Ini adalah benda yang manusia paling lemah sekali. Masa banyak habes kat upload dan update laman sosial lagi daripada menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya.

5. Amalkan ilmu

6. Cari rakan yang mengajak kepada perdebatan ilmu, barulah pengetahuan kita bercambah. Perdebatan tu bukan lah maksudnya bergaduh, tapi berbincang secara sihat dan bertukar pandangan dan pendapat. Sejuta kali lebih baik daripada sembang gosip.

7. Sabar dalam menuntut ilmu. Huh, susah.

8. Adab dan akhlak, perlu dijaga. Dengan guru pun sama. Tapi bukanlah membataskan kita, terutama dalam soal ilmu dan perbincangan. Even Imam Syafie pun mempunyai pendapat yang berbeza-beza dengan guru-gurunya dalam soal ilmu fekah.

9. Tawakkal

10. Menghilangkan amal-amal buruk. Yang umpama ulat yang memakan ilmu dan amal-amal baik kita.


Kejap je ustaz bagi slot ni, 20-30 minit cenggitu tapi cukup mendushhkan hati. Dengan susunan ayat yang baik, even benda cam niat yang selalu ditegur dalam liqa-liqa pun terasa lain ruhnya.

Ok sambung nanti sebab dah nak pergi sekolah. Kbai


Sekian

#STEP3 #justduit #smorangtuliskatfesbukkitatuliskatsinije

No comments: