Tuesday, March 24, 2015

Senyumlah sikit, weh

Assalamualaikum

Being myopic sometimes make you wrinkled a lot. Power yang acapkali naik mendadak telah menyebabkan mata saya seringkali menjadi penat dan panas walaupun baru menjelang jam 12 tenghari. Terutamanya pada hari-hari kelas (weekdays). Rupanya mata pun macam mesin, bila dia digunakan lama sangat dia akan jadi panas dan perlu rehat.

*Bila power lebih tinggi daripada power spec, kita punya ciliary muscle kena buat extra work untuk capai accomodation dan untuk melihat sesuatu itu dengan lebih jelas. Sebab tu mata lebih cepat penat dan kadang-kadang rasa pening.

Ditambah pula dengan riak wajah yang susah nak senyum sebab bibir terlampau kering dan terbelah. Pastu hemorrhage. Jadinya senyum cakap pun tahan-tahan. Err. Dua kombinasi ni membentuk muka yang savage, ruthless, beast, scary dan sebagainya. Haha.

Hari tu dalam kelas case ophthalmology, ada seorang makcik ni memang ada smiling face all the time. Bukan setakat smiling eye macam yang Tiffany dengan Sulli ada tu, tapi ni memang muka-muka sekali senyum setiap masa. Aduh, cair tau. Rasa tenang je tengok muka makcik ni.

She was admitted to hospital due to having nuclear cataract.

Dan saya belajar sesuatu yang 'lebih hebat' daripada beliau selain daripada nuclear cataract. Tunjukkan muka terbaikmu pada setiap masa. Bukan kerana manusia tetapi kerana Tuhanmu.

Sekian.

No comments: