Friday, October 27, 2017

Inspiration

Seeing happy faces make me wanna be happy too. Paling suka tengok orang blur innocent yang macam takde masalah kat dunia ni. Sebab rasa kagum macam mana dia boleh keep happy padahal semua orang ada hurdles dia sendiri. Paling selalu tengok dalam comic characters, macam mana someone boleh jadi se-positive begitu? 

Dulu pernah sembang dengan kak ab,

"Saya tak tahu apa kelebihan saya. Mungkin at least saya boleh buat orang happy je kot."

Dan pesanan kakak tu dalam surat akhir sesi usrah kami selepas 2 tahun,

"Teruslah ceria dan menceriakan orang lain."

...........

Mari berpegang kembali kepada konsep itu, jom? 

Random #9

Seorang demi seorang meninggalkan bumi mesir

Dan meninggalkan pesanan-pesanan pembina hati buat yang masih tinggal

#random

Wednesday, October 18, 2017

Antara Faeces dan Flatus

Assalamualaikum
Amaran, post ni agak explicit (kot)

Hari ni i was amazed by satu statement dalam buku surgery chapter anal canal. Dalam tajuk kecil "physiology of continence" dan "mechanism of defecation", antara faktor yang menyebabkan kita mampu kawal bila kita nak memulakan proses nyahtinja (baca: defecation) itu adalah:

1. Anal sphincter
2. Puborectalis muscle and anorectal angle,
3. Neuromuscular reflexes
4. Folds of Houston
5. Sensation (!!!)

Huraian bawah sensation tu;

It was stated that, kat anal canal kita ni ada dua receptor yang tak-sangka-wujud dalam tempat sesimple anal canal penghujung GIT tu.

Yang pertama macam logiklah. Strech receptor. Ada dekat dua muscle penting yang kita boleh kata sebagai 'pintu' ke anal canal: levator ani dan external anal sphincter. Dekat rectum kita ada satu part tu dinamakan rectal ampulla. Kat sini lah checkpoint terakhir untuk para faeces berkumpul sebelum dikeluarkan melalui anus. 

So bila rectal ampulla penuh, depa akan tolak levator ani tadi, dan internal anal sphincter muscle tadi; ala-ala macam ketuk pintu lah, kata "Tok, kami nak keluar, tumpang lalu boleh?" Maka stretch receptor stimulated dan dua muscle ni jadi lah relax sikit.

Maka tertolak lah beberapa faeces dari rectum ke upper part of anal canal sebagai wakil kaumnya untuk berunding pula dengan receptor kedua: the sensitive epithelium dekat anal mucosa.

Kat sini, epithelium akan tanya, "Kau faeces ke flatus ke fluid? Ada visa tak nak keluar negara?" Ala-ala centu lah.

Lepas epithelium decide warga meja runding tu jenis kaum apa, pastu dia terus hantar signal ke 'orang atas' (baca: higher centre; aku rasa paracentral area kat frontal lobe). Kat sini orang atas tu akan decide, "Adakah ini masanya untuk kita lepaskan mereka keluar?" based on surrounding tuan badan pada masa tu. Kat toilet ke kat tengah ramai orang ke atau kat dalam semak takde sape sape. Kemudian, kalau orang atas luluskan, barulah pintu terakhir: extenal anal sphincter boleh relax dan melepaskan semua content tadi keluar. Kalau tak lulus: muscle tadi akan contract, dan semua content yang duduk kat meja runding tadi semua kena bawak naik balik.


Kita tak pernah perasan benda ni

Or at least anda ya, tapi saya tak pernah terfikir. Tentang macam mana kita boleh decide nak keluarkan angin dengan penuh yakinnya yang tak akan ada tahi yang ikut keluar? 

Tak sangkaa

Kat anal canal ada receptor yang tolong kita decide benda ni patut keluar ke tak

Dan sebab itu, kita boleh fokus kat benda lebih besar dalam dunia ni. Takdelah memanjang nak kena solve out tentang benda yang berlaku dalam badan sendiri. Kita cuma tinggal nak execute last process je: mencari tempat yang sesuai untuk membuang; dan even boleh sambung tahan kalau rasa kondisi time tu tak sesuai.

Banyak benda Tuhan dah tolong kita

Itulah, dalam banyak hal, banyak urusan hidup kita dah diselesaikan dengan mudahnya oleh sistem badan yang Allah ciptakan, yang berjalan dalam badan manusia sejak berzaman-zaman dahulu lagi, yang di mana sistem tu still lagi valid nak diguna pakai sampai zaman sekarang meskipun dunia dah banyak berubah.

Contohnya

Bila kita terkena pin prick yang unsterile
Kita tak payah nak susah-susah pikir nak order mana satu inflamatory mediators yang banyak sangat jenis tu untuk guna time tu, nak panggil cell apa datang yang khusus untuk infection yang menyerang, pastu nak edema tu besar mana, nak panggil systemic army ke tak, nak order lymphocyte or any WBC extra ke daripada bone marrow/lymph node, nak tutup vessel mana satu ye untuk prevent futher spread. Tau-tau je semua benda tu dah berlaku, kita just tinggal baring je. Ataupun mungkin kadang-kadang kita tak perasan pun yang sistem badan kita tengah berperang.

Haritu masa aku tengah study
Tetibe masa sengetkan kepala, terasa macam jaw (geraham) sakit sikit
Pastu saje lah nak palpate area tu, tetibe tangan terasa ada swelling belakang jaw. Dalam hati, "Lymph node ni..ada gigi sakit ke.." And then dua hari kemudian, swelling tu jadi mobile pulak (can be rolled) maksudnya kali ni bukan lymph node tapi submandibular salivary gland

Kemain lah mengecheck mulut kalau ada something wrong

Sebab tuan badan pun tak tahu apa yang terjadi dengan badan sendiri

Lepas dua hari, swelling tu subside tanpa perasan.

Thanks to that excellent immune system, i can enjoy studying tanpa perlu keluar duit, iron tudung, keluar rumah, turun lif, beli ubat ke jumpa doktor ke

Dan semua tu adalah rezeki Tuhan bagi kita. Semua cascade yang wujud, semua reflexes, semua receptors. Cukup perfect.

افلا تبصرون
Kenapa kamu tak lihat?

Of Daurah

Dan hari tu masa daurah usul kat acmm, ustaz cakap

"Universiti kami dipanggil universiti Iman, sebab matlamatnya nak lahirkan iman," bukan setakat tahu islam tapi beriman dengannya.

"Dalam kuliah kami belajar kitab Tauhid Zindani. Belajar untuk tengok balik semua ciptaan Tuhan dan kenal Tuhan ikut semua tu."

"Ana tak tahulah, patut antum doktor adalah orang yang paling beriman." Mungkin sebab belajar tentang creation Allah yang paling agung kot secara direct: manusia.

Dan memang pun
Dalam badan manusia seriously banyak sangat benda yang wonderful

Semoga sensor iman tu tak hilang sampai bila-bila

Bila baca buku awaiq, banyak gila abu ammar hentam daie yang suka culas dalam membaiki diri

Katanya kalau muslim tu refuse nak berubah (esp akhlaknya), belajarlah banyak mana pasal islam, dia akan mendapati dirinya tak kemana melainkan hanya berputar di point yang sama. Tiada arah tuju. Tak boleh nak terbang. Tak boleh nak capai puncak kesempurnaan.

Macam
Kau nak excel, tapi kau nak stay malas. Memang tak dapat lah.

Maka, marilah berusaha lagi

Dan tak sangka lepas 6 tahun belajar anatomi fisiologi
Allah pilih tahun 6 ni untuk aku belajar lagi pasal dia ikut benda basic gini (anatomi/fisio) 
Bukan ikut knowledge yang lagi tinggi

Dan seronoknya bila sedar kita hidup ni memang berenang dalam penjagaan Allah

Harapnya terus diilhamkan untuk terus mampu tadabbur. Bila-bila sahaja, di mana sahaja

Sekian :)


Tuesday, October 17, 2017

#Me and M 1

و عنت الوجوه للحي القيوم

Dan tunduklah semua muka (berserah diri) kepada Tuhan yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhluknya

At times i really cannot control even my daily life/routine/needs. Even my sleep time.

Macam mana Allah boleh control hidup semua makhluk tanpa terslip kat mana mana urusan langsung eh

So wonderful

Saturday, October 14, 2017

Nak markah berapa?

Assalamualaikum

Pasal ikhlas lagi

Hari ni tazkirah rumah kitorang berkisar ikhlas. Satu topik yang mashaAllah tak pernah nak habis buat sembang. Sebab apa? Sebab susah. Buat lah amal melangit macam mana pun, tapi kalau tak ada ikhlas tu, atau tak diusahakan ikhlas tu, semuanya jadi nothing. Macam debu gitu.

Sebab tu dalam buku "Sebening Mata Air" tulisan Amru Khalid tu, katanya, maksud ikhlas tu paling difahami bukan oleh orang yang baru bertatih nak belajar berikhlas, tapi untuk sang pengamal yang dah selalu buat kebaikan dan struggle nak ikhlas sepanjang hidupnya. So masa aku baca tu aku macam, nak perasan ke tak ke (luls) mungkin kita macam dah feel dah makna ikhlas tu, tapi nak dibandingkan aku yang marhaen (yang selalu terlupa nak ikhlaskan diri dalam kebanyakkan amal tu) dengan orang yang betul2 menjaga ikhlasnya, macam baby pulak bila baca intro buku tu. Yang perasan dah faham tapi sebenarnya tak layak lagi sebab bukan struggle mana pun.


Tapi best nak kupas sekali lagi hadis ni
Yang ada dalam tazkirah tadi

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »

(HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).

Ok jom baca maksud dia satu satu baru feel sikit

يَقُولُ اللَّهُ
Allah Ta’ala berfirman


Ini hadis qudsi. Pesanan Allah directly melalui Rasulullah. Untuk sape? Untuk kita lah. So meh dengar baca baik-baik

إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا
Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejelekan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya.

Maka nikmat manakah yang mahu engkau dustakan...
Allah kan Maha Adil, tapi Dia bagi kita diskaun pulak untuk tak dikira niat jahat kita sebagai dosa. Padahal niat jahat juga adalah perbuatan. Macam Me-nulis, ada juga "me-niat" "ber-niat". So kira kata kerja lah kan.


فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا
Jika ia melakukan kejelekan tersebut, maka catatlah satu kejelekan yang semisal


Ok ni standard. Kalau dah buat dapatlah black list dalam buku amal. Ngeh. Teringat pulak tazkirah muraqabatullah masa bedah tafsir Al-Mujadalah dalam usrah. Perbicaraan-perbicaraan rahsia yang baik ataupun tidak, kalau kita berdua, Allahlah yang ketiga. Dia duk perati je kite ni buat baik ke buat jahat, kalau kata study leave taknak keluar rumah tu sebenarnya baca buku ke mengelamun (ops). Maka jangan perasanlah kalau buat jahat tu kite tengah keseorangan..

وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya.

whoah. tapi tinggal sebab kerana Allah lah bukan sebab terlupa ke apa tau.

.

Ok ni part paling best


وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً 
Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan

Wa iza arada (kalau dia nak/berniat/mahu). Huuu.. jangan risaulah kalau selama ni ada je niat nak bagi jiran kuih ke lauk ke tapi tak terbuat.. semua tu dikira kebaikan. Dah la tadi dapat diskaun kalau niat jahat tak dikira dosa. Dapat pula imbuhan bonus, kalau berniat baik, dapat pahala.


Dan part ini yang paling terkesan untuk tazkirah tadi:

فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ
Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal  hingga 700 kali lipat.


And
When you do it
Markah yang Allah bagi bukan standard skema satu markah, dua markah je. Tapi ada range yang besar daripada 10 ---> 700

Tak ke jauh tu

Mungkin ada banyak reason. Tak tahu lah tafsiran para ahli hadis macam mana. Mungkin sahaja kerana bentuk amal tu ke jenis yang berantai (jariah) so pahala dia selalu bersambung membuah tak kira masa tak kira tempat sampailah dapat 700x

Tapi

Dalam buku tu Amru Khalid sebut pasal ikhlas
Yang membezakan antara satu amal dengan amal yang sama oleh seseorang yang lain adalah ikhlas

Katanya, "Boleh jadi orang yang baca buku ini pada hari ni beroleh sepuluh pahala, boleh jadi tujuh puluh, boleh jadi tujuh ratus."

Ikutlah, sekadar mana dia mencurahkan usaha yang terbaik untuk berniat cemerlang ketika mahu melakukan sesuatu amal itu.

Pastu kami main soal jawab. Sudah pasti yang ditanya itu adalah ustazah pilihan hari itu (sang pembentang)

"Macam mana kalau kita nak excel exam sebab parents? Sebab dakwah ke for example"

Si ustazah menjawab;
"Kita nak happykan parents benda tu pun termasuk dalam ibadah jugak"

Ustazah 2 menyampuk
"So far setakat ni kita yang faham, kita mula buat semua tu memang sebab Allah pun dari mulanya, cuma waktu buat tu lah ada kalanya kita lupa kan.."

Sebab time tu ustazah membaca hadis tentang seorang sahabat yang berjihad untuk Allah dan az-zikru (supaya diingat orang), yang aku rasa niat kedua ni aku selalu ada. Yelah, konon kalau berjaya nak jadi inspirasi untuk adik, untuk akhawat, untuk masyarakat (kemain). Untuk disebut-sebut. Guess what, Rasulullah kata time tu, jihad sahabat tu tak diterima..

Takotnye

Tapi tadi kami come up dengan konklusi. Sandaran sesebuah amal tu paling utama dan paling benar ialah kerana Allah tu sendiri. Dan yang lain tu kena buat hanya semata taksir niat, bukan sebab nak syirikkan(menduakan) Allah ke apa. "Kerana Allah" itu harus mendahului kerana yang lain-lain.
Dan sejauh mana kita meletakkan Allah-based nya amal tu yang menjadikan pahala kita berbeza-beza.

Ada orang buat 100% sebab Allah
Ada orang letak 80% je
Ada orang 20% je. Niat dia memang dari awal lillah, tapi kebesaran reason lain itu memenuhi ruang hatinya. ada orang buat amal tu semata-mata yang memenuhi bidang tugas dia ke, to-do-list dia ke..asal buat dah lah kan.


So rugilah dah buat tapi amal tu tak besar kat mata Tuhan.
Esp benda yang memang directly ibadah. Macam qiyam contohnya (among the hardest thing for me)

Ada kalanya buat sebab memang faham kena qiyam.. nak jumpa Allah
Ada kalanya buat sebab nak jadi macam mukmin dulu2. Hati mereka kuat sebab solat malam (macam diterangkan dalam surah Al-Muzzamil)
Ada kalanya bangun sebab gesaan nak penuhkan mutabaah amal diri
Ada kalanya bangun sebab nanti murabbi tanya. malu lah tak buat
Ada kalanya sebab taknak lah hancurkan biah solehah rumah. ada pulak duduk RI tapi bangun lepas subuh
Ada kalanya qiyam asal buat. Sampai tertidur dalam sujud pun takpe. Tahajjud gajah pun takpe
Tahajjud gajah= satu rakaat sebelum azan, rakaat kedua masa azan. luls.

Dan semua tu disandarkan kerana Allah
Cuma time tu berapa percent portion kerana-Allah dalam amal kita

Sebab tu kena selalu tasji3
Dan kena selalu tajdid niat
Chaiyok

...............



Panjang pulak tulis.
Jom baca balik buku :P


Wednesday, October 11, 2017

Lagi 26 hari nak exam

Assalamualaikum

Lagi 26 hari nak exam, rasa macam sekejap sangat lagi dan tak sangka berbulan telah berlalu sejak first time buat countdown awal bulan 8 dulu.

Itulah, masa itu emas. Kalau kita tak kejar dia nanti dia tinggalkan kita macam tu je kan.

Dan semakin masa berlalu, semakin terkenang, banyaknya benda belum sempat buat kat mesir ni. Sebab tu lah daripada pemerhatian, biasanya akak2 akan tetibe menjadi someone else mencurahkan segala ATP yang berbaki sebelum mereka pulang ke malaysia. Sebab mereka rasa sangat itu momen terakhir untuk mereka meninggalkan legasi (baca: jejak langkah, footprint) sebelum bfg kot.

Aku, 

Aku nak buat apa ye

.....


(Sambung baca buku medic)

Thursday, October 5, 2017

Don't lose that gear

Assalamualaikum

Im a ppl of theories. I meant i kinda read a lot, hear a lot, so i know a lot (maybe. perasan je ni) yet those are just theories it didn't become amal haha

Last aidiladha we went to visit dr hussein in dokki. He prepared for us a lot of good food (seriously good i really hope i can go back in time and eat more) and good advices as well.

And the one that i want to share here
So that i will never forget this till the end of my life;

That
Everything we do in life need focus. And to build that particular focus we need time. And once you establish yout rythm of study, don't break it by time consuming worthless tasks. It's like a gear. A gear will keep moving as long as you don't stop it.

And from that so called unstoppable gear, we build passion.

We will love what we're doing, and it eventually become part of our life. Ppl will call us weird/powerful for having that steadfastness (?) actually it just because we're passionate enough to do it everyday. We feel weirder for not doing it.

I think i rewrite the most of the idea haha but those are what i felt when dr hussein adviced us.

Build your gear
Maintain it

:)

Actually now i kinda lost my study rythm so i feel very sad but just being sad didn't bring us anywhere so i replanned my study schedule. But i'm having a hard time to build that gear again. Hey at least i've started. Dont give up, me. Yosh!

Keserabutan anatomi tangan

Assalamualaikum

Meanwhile semua ahli rumah bertebaran di muka bumi mesir atas urusan masing-masing, aku tekun menyelak semula buku anatomi tahun 1 belajar balik pasal nerve supply and muscles of the arm forearm and hands yang aku rasa mashaAllah sumpah serabut. Kat sinilah petingnya ada cikgu sebagai pemudah cara. Tsk. Tapi kemalasan mencari orang plus kerajinan nak merungkai semula segalanya menjadi pilihan maka di sinilah saya pada malam ini.

Dalam macam ni teringat lah satu ayat dalam quran masa bedah tafsir AlQiyamah dulu:

Allah cakap selepas statekan yang manusia ni ada jiwa لوامه

ايحسب الإنسن الن نجمع عظامه
Apakah manusia mengira
Bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya?

بلى قدرين على ان نسوى بنانه
Bahkan
kami mampu menyusun kembali jari jemarinya dengan sempurna

........

Fine movement (teliti, berseni)
Memerlukan kepada dua aspek yang kompleks

Satu: cara fikir yang kompleks
Kedua: apparatus (alat) yang juga kompleks

Hasilnya kita membuahkan seni. Itulah dia pergerakan tangan dan jari. Walau tak sebesar kaki, tapi jari jari yang kecil inilah menyebabkan terletusnya perang dunia dan perdamaian antara dua negara. Disimbolikkan dengan tangan bagi arahan (jari telunjuk); dan tangan yang bersalaman.

Dalam medicine, anatomy la khususnya, kami belajar tulang-tulang jari dipanggil phalanges. Ada distal phalanges, middle, proximal; of index finger, thumb, small finger, ring finger;

Too much bone 
Sampai takde nama khusus.
Semuanya digroupkan dalam term yang sama —phalanges. 
Padahal tahu je mesti setiap phalanges tu lain-lain sikit lekuk dia sana sini.

Kalau dekat wrist pun ada banyak nama unik-unik. Scaphoid, lunate, ect.
Tapi kat finger tak. 

Despite of that,
Allah berani cakap kat manusia, satu statement garang, i think;

بلى قدرين على ان نسوى بنانه

"Yes aku boleh susun semua tulang tu dengan sempurna. Macam asal."

Fuh. Bukan jari kite je. Jari semua orang kat dalam dunia ni. Sejak zaman nabi adam sampailah kiamat.

Aku kan, bukan nak cakap apa.. tapi bila belajar nerve dengan susunan muscle je dah boleh tahan pening. Padahal tu semua knowledge functional. Boleh difahamkan dengan penerangan dan reasoning. Tapi, kalau hal anatomi..lekuk sana lekuk sini yang memerlukan daya penghafalan yang lebih tinggi..

I would say i will surrender first.

بل يريد الإنسن ليفجر امامه
Tapi
Manusia hendak juga melakukan maksiat
Terus menerus

..........

Menjadi medical student
Banyak buka mata aku tentang ciptaan Tuhan. Sampai aku boleh setuju dengan perasaan kewujudan Tuhan itu adalah fitrah asasi yang ada dalam diri manusia, walaupun dia tak pernah dapat basic rukun iman ke islam ke, duduk hutan ke duduk pulau ke. Asalkan dia pernah duduk sejenal ponder tentang penciptaan alam dan kehidupan ni, mesti feeling yang wujudnya kuasa besar yang menyusun atur semua ni akan datang dengan sendirinya.

And kalau dia deny; (kita panggil atheis di sini), tu sebab dia choose untuk deny. Choose untuk ignore.

Dan being a medical student yang belajar banyak input cenggini from both side,
Scientific facts
And al quran

Buat aku lebih sedih dengan diri sendiri,
Sebab aku banyak sangat buat dosa
Bukan sebab aku tak tahu
Most of the time aku memilih untuk jadi ignorant

Macam, "ah malas lah." Atau, "takpe sekali ni je."
Then aku conceal dengan kata-kata gula 
"Maaf akak, saya dah try.."
"Saya struggle ni, bukannya saya tak tahu.."
"Sorry saya perlu masa nak buang semua jahiliyyah ni.. yelah saya bukannya asal baik macam orang lain." (Pastu cerita lah panjang pasal kehidupan sebelum tarbiyah tu)

Aku lebih tahu
Yang semua itu tipu

I meant it's real to some extent
Maksud aku, aku tipu je aku struggle padahal benda ape je yang aku dah buat
Takde la sampai keluar peluh ke ikat diri ke; buang apa-apa ke, berkurung ke

Itu kot yang Allah cakap
بل يريد الإنسن ليفجر امامه

Orang macam tu wujud
Dan orang macam tu adalah aku contohnya
Seorang medical student yang juga orang yang dapat tafsir dalam liqa usari
Yang diberi peluang untuk meneliti satu persatu ayat alquran
Dan mentadabburnya terus bersama usrahmate yang lain

*Sigh*

.....


On the other side
Takjublah dengan Allah untuk susun semua ni dengan begitu cantik sekali. Sampaikan it takes me almost a day untuk figure out balik deformity di sebalik brachial plexus, axillary, radial, ulnar, median nerve injury ni. Ni tengah revision bukannya baru nak belajar. Itu pun takes one day.

Kalau dah master mesti lagi dahsyat
Undergrade saje dah kompleks gini

Ok. Sekian. 


Wednesday, October 4, 2017

The People We Love

Assalamualaikum

Aku ingat lagi ibu pernah pesan,

"Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bersedia sahaja daripada sekarang."

Aku yang blur just swallow je kata-kata ini.

Kemudian, tahun seterusnya, aku dikhabarkan Tok Andak meninggal.. Tok Andak adalah abang kepada nenek. Sekarang ni semua adik beradik atas nenek semua dah takde. Tinggal nenek dengan mak (tok busu). Dan selepas selepas tu, makin banyak berita kematian aku terima, whether daripada family sendiri, atau kawan-kawan.

Dan aku bertanya sekali lagi pada ibu,

"Ibu tak sedih ke ramai orang yang ibu kenal dah ramai yang meninggal?"

Ibu cuma menjawab,

"Kematian tu lumrah hidup, ia pasti akan berlaku, cuma tak tahu bila.
Sebab tu, kita kena selalu buat yang terbaik dengan orang. Jangan selalu berdendam sangat. Layan orang dengan baik.
Sebab kita tak tahu mungkin ke kita akan jumpa lagi dia lepas ni."

atau,

Mungkin juga kita yang akan pergi dulu..



.....................

One of my usrahmate baru kehilangan ibunya semalam. Dan aku yang ada mixed feeling, antara rasa rileks redha ataupun sangat sedih, sebab kami usrahmates tahu betapa sayangnya dia dengan ibunya. Kerana dia adalah anak bongsu, the only one yang masih attached dengan ibunya sebab adik beradiknya yang lain dah besar. Dia yang selalu cerita pasal ibunya dalam qadayah-qadayahnya, selalu tunjuk gambar familynya, selalu plan nak jalan dengan ibunya, kini, ibu yang disayangi telah tiada dijemput Ilahi.

Dan aku yang membayangkan, macam mana lah saatnya bila aku diberitakan dengan perkara yang sama suatu hari nanti.

Semoga aku kuat. Bila tangan yang selama ini mengusap kepala kita,

Tangan yang sama kini telah tiada

(...)

Mari bersedia daripada awal.
Give your parents the best treatment that you could.

............................

Tahniah mak khairiah,

kerana telah melahirkan seorang khairiah

antara akhawat yang kami segani karakternya, semangat dan perjuangan dakwahnya..

...........................

Buat khairiah,

semoga terus kuat,

Allah ada pesanan buat kita

 وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

And We shall surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient. Those who when disaster strikes them, say, “Indeed we belong to Allah and indeed to Him we will return." [Surah Al-Baqarah, verses 155-156]

kehilangan ibu yang dicintai, suatu mujahadah

wa bassyiri sobireen وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ