Friday, May 31, 2013

Kemampuan dan Kehendak

Hi. I'm little domo yang tak reti tutup mulut


Hidup aku simple. Jika tidak begini maka ia begini. 
Tapi ia tidak semudah itu. Hak3

Abaikan ayat pelik ini.

Kini mesir mula menunjukkan bahangnya. Dengan suhu tertinggi yang mencatat 39'C, ada orang kata dah sampai tahap 41'C, sesape pun boleh jadi cacing kepanasan duduk di dalam rumah. Even subuh pagi pun tak seindah sesegar pagi-pagi yang sebelumnya. Oh how i miss a calm morning, dengan bunyi kicauan burung dan kokokkan ayam, (malangnya di sini anjing lebih galak mengokok). Aku rasa itu je satu-satunya point yang sama antara Mesir dan Sungai Besar. Tapi malangnya sekarang tidak.

Sebut pasal kampung halaman,

Dzikrul dah dapat lesen kereta, in which aku rasa agak jeles tapi takdelah jeles sangat sebab, yeah, aku matang. Keh3. Dan dia pun bakal masuk universiti. Haih, kitorang dah besar rupanya. *mengeluh*. Abah pun dah pandai main ipad, which is, satu kemajuan yang superb. Keh3. Dzakwan dan Dzahin still dalam sekolah yang sama, kat sbpi sabak. Sekolah yang aku banyak kali merayu nak masuk tapi tak dilayan. Lebih malang lagi bila semua adik-adik masuk sekolah tu, dan aku je yang tak. Tsk. Tapi takpe, rezeki orang masing-masing lah kan. Dzorif, hmm. Tiap kali tepon dia mesti dia mengeluh penat sebab kena pergi 3 sekolah setiap hari. Tula, sape suruh suka ponteng tadika masa dulu. Padan muka.

Ugh, ini bukan post homesick. Indeed, i'm not. At all.
Sebab, yeah, saya matang. Wohoo.


First paper, fisio dah habis. Orang kata fisio is such a big burden dalam banyak2 subjek tahun 2, dan aku baru perasan hakikat tu masa selesai jawab written exam minggu lepas. Fisio, sangat banyak, tapi sangat best. Dan malangnya, usai exam fisio lah baru aku paham apa yang tertulis dalam tiga buku yang tebal-tebal tu. Yeah, sekali lagi, thanks to exam. Kalau takde exam, memang tak paham lah sampai bila-bila. 

Exam tu seronok, kan? Walaupun takdelah dapat jawab dengan excellent mana, tapi, sangat bersyukur kat Allah sebab Dia bagi aku paham fisio ni walaupun cuma baca dalam masa yang sangat singkat. So korang, bersyukurlah. Otak manusia tu sangat hebat sebab boleh catch up subjek yang susah payah dipelajari selama 7 bulan dalam satu minggu je. I wonder sejauh mana lagi kemampuan SEBENAR makhluk Allah yang bernama manusia ni.

Ehe. Jom masuk tajuk.


Kemampuan dan Kehendak

"Kemampuan itu datangnya dari rasa hendak.
Rasa 'nak' itu yang mampu membawa impian manusia menjadi realiti.
Jika hilang rasa hendak itu, manusia akan menjadi lemah."

Setuju tak?

Kalau kita nak sesuatu benda tu, kita akan tiba-tiba mendapat kekuatan yang luar biasa, yang di mana orang lain even diri kita sendiri tak pernah terfikir yang kita akan mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan tu.

Rasa hendak yang datang dari dalam diri kita itu yang menolak kita untuk meng-unleash-kan segala kekuatan luar biasa super saiya yang sebenarnya terpendam dalam diri kita. Dan jika rasa 'nak' itu sendiri tak ada, atau, mungkin ada, tapi TIDAK KUAT, maka,

maka,

treshold nak capai kekuatan luar biasa itu mungkin akan jadi sangat tinggi. Sukar dan payah.

Believe in yourself, then act. Jangan keep on saying, "aku tak mampu, aku tak boleh." Kalau diri sendiri in the first place tak percaya dengan ability diri sendiri, memang sampai bila tak gerak lah kan. Bukan setakat meng-downkan diri sendiri, malahan orang len pun akan jadi down gak dengar. Kan dah jadi masalah tu.

Put faith and trust that you can do it,
dan hari tu nusai pernah pesan,

"Kalau nak buat something, jangan cakap "aku nak buat, aku plan camni camni.."
Sebaliknya, bangun je, dan terus buat!"


.........................................................


Dan Rasulullah sendiri ada ajar macam mana nak minta kekuatan. Ingat tak kisah puteri baginda, Fatimah yang pernah meminta seorang pembantu rumah untuk meringankan kerja rumahnya, tapi apa Rasulullah buat ialah, baginda mengajarkan Fatimah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dia minta, iaitu zikir. Dzikir itu pemberi kekuatan. Andai penat dan lelah dan rasa tidak mampu, istighfar dan mintalah kekuatan dari-Nya, kerana Dia lah yang Maha Kuat.

:)


"Kalau kau letih, ingatlah, beribu-ribu malaikat sedang mendoakanmu"

Saturday, May 18, 2013

Potensi

"Kenapa semua orang ada kelebihan yang unik? Saya tak ada apa-apa."
pouted me, out of jealousy.

Seeing people around me,
Semua orang ada kelebihan masing-masing.
Ada yang pandai main piano, ada yang pandai bersukan.
Ada yang hebat memasak, dan ada yang petah berpidato.
Belum masuk lagi part orang yang pandai cakap banyak bahasa. Yang ni siyesli nerve-wrecking dalam kekaguman. Rasa down pun ada.

Mengenangkan diri yang tak ada apa-apa.

Tetapi,
Ketahuilah setiap manusia itu pasti ADA apa-apa.

Monday, May 13, 2013

Quotations of bebudak nak exam anatomi

(Amaran: Post ini sedikit geli. Siapa suka makan hawashi jangan baca)

Uniknya menjadi student medik,
Tidur dengan tulang, makan malam sambil belek-belek tulang,
Sampai tahap yang tak boleh blah, hirup kuah megi sambil mata tengok video muscles dan organ yang basah-basah tu, tak rasa ape dah.

Tidur dekat satu side badan,
Lepas tu bila bangun (mamai-mamai): 

"Sakitnya kepala kat bahagian infratemporal fossa ni. Weh, apa benda yang ada kat sini?"
"Tempat origin of lingual nerve as one of branches of posterior division of mandibular nerve tu."
"..dengan tempat origin of temporalis!" Ade yang menyorak jauh dari belakang.

-Hawashi punya lipatan dikatanya macam sagittal section of cerebral hemisphere.

-Jumpa cadaver yang lawa, mata semua orang jadi bersinar teruja sambil mulut tak putus-putus berkata: "Lawanya mayat ni, siyes lawa. Lawa gila." Muka masing-masing memang blessed habis lah. Tangan pulak teruja duk godek godek mayat.
(Padahal mayat adalah benda pertama manusia normal nak cuba jauhkan diri)

-Sakit gigi belakang, takut nak kacau sebab takut lingual nerve tercedera. Nanti habis hilang taste dan general sensation of tounge.

-Kalau mengantuk, mula carik coklat dengan alasan ada serotonin-- mood elevator. Buku biochem tahun satu kata: ada theobromine --adik beradik caffeine. Activator of CNS. Lagi la rasa tak bersalah beli coklat banyak-banyak.
(Tapi end up dengan kekenyangan yang membawa kepada ketiduran)

-Ke sana ke mari bawak tulang di khalayak ramai pun muka kool je. Takde rasa macam takut diri diklasifikasikan sebagai penjenayah --sebab bawak tulang betul weh! (cuba bayangkan jika situasi ini berlaku di mesia)

-Otak duk ligat berfikir kenapa nama 'Wirsung' tiba-tiba boleh muncul dalam buku abdomen. Unik!

                
=__=  ...............


Dan banyak lagi, opkos. Haha. 


kesian kuma kene belasah masa sepanjang minggu exam leave


Sekali lagi.
Hari ni final practical exam anatomy.
May Allah ease everything. GEN11US hebat! Yosh!
Doakan ketenangan itu ada semasa saat perkataan 'shift-move-move' itu dilaungkan. :P

Sekian :)



Friday, May 10, 2013

A date will do

Kisah suatu hari.

"Takde duit, takde duit.
Annoying lah. Pergi la keluarkan duit kat bank sana."

Gulp.
Dass sebijik kene marah dengan danna si kool. Maka, apa yang terjadi?

Esoknya aku terus bergerak ke bank untuk keluarkan duit.
setelah sebulan mengikat perut kaki dan tangan untuk membeli apa yang tak patut seperti chocorice yang sedap tu

Dan ini adalah apa yang terjadi. Hoho






Ada dua orang dalam dunia ni.
Kalau nak sembang pelajaran dengan diorang, mesti akan end up sembang benda lain.
Tapi yang bestnya, misi nak sembang pelajaran tu mesti akan dapat diselesaikan dengan sempurna. By any means.

(tak tahu nak sambung ayat apa lagi.)

By the way, thank you for a very nice date. Sekurang-kurangnya aku tahu hypoglossal nerve run between pyramid and olive dalam anterolateral sulcus dan antara olive dengan inferior cerebellar peduncle ada C9, 10, 11 walaupun masa tu tak bukak buku neuroanatomy lagi.

Nampak tak betapa ilmiahnya date seorang student medik? Haha.

Hutang kau nanti aku bayar cepat-cepat. Sekarang duit semua tengah besar-besar.



:P



Fakta: coffee cooler costa sedap, kek beano's daebak, tapi diorang jauh kalau kat maadi. Tapi kalau kat downtown, diorang sebelah-sebelah. Boleh main lompat-lompat kedai. Hekhek.

Wednesday, May 8, 2013

Small steps change the world


A worth video as a booster to start your day with.

"Small spark starts a fire.
With one little action
The chain reaction,
Will never stop.

Make it strong, shine a light and send it on."

..................................................................

Satu kisah, semasa aku, aisyah, mila dan dua orang kakak dalam perjalanan ke asyir kerana ada program yang perlu dihadiri pada pagi itu,

pagi itu pagi Jumaat.

Lalu salah seorang kakak bercerita perihal Rasulullah dan sahabat pada suatu pagi. Seusai solat subuh, bertanya Rasulullah kepada sahabat-sahabat:

"Wahai sahabatku, siapa di antara kamu yang telah bersedekah pada pagi ini?"

Semua terdiam melainkan satu suara,

"Aku sudah bersedekah, ya Rasulullah," jawab Abu Bakar.


Abu Bakar bersedekah tatkala matahari masih belum memunculkan dirinya lagi --sebelum subuh! Hebat kan? Kita budak JPA, fikir berjuta kali sebelum tangan rajin menyeluk ke beg untuk bagi segenih kat pakcik miskin tepi jalan. Mula-mula rasa malas nak amek duit kat beg, lama-lama diri jadi imun tengok orang miskin. Tak rasa apa dah.

What goes around comes around. Kalau kita buat deeds, Allah akan balas. Surely.
Dan chain kebaikan ini akan berterusan.
Even jika seorang musuh apabila ia membuat kejahatan, jika kita balas dengan kebaikan, end up boleh jadi kawan baik (Fussilat:, 41:34)

 Change the world :)

Tuesday, May 7, 2013

Knight in white-shining-armor

Sesungguhnya orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka

 malaikat-malaikat akan turun kepada mereka,

dengan berkata

"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati,
dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan kepada kamu."


"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat;
di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta."

"Sebagai penghormatan bagimu daripada Allah yang Maha Pengampun Maha Penyayang."


.....................................................................

Terlalu banyak, scene-scene yang bakal berlaku pada masa akan datang, dirakamkan terlebih dahulu di dalam Al-Quran. Malah siap dengan ada dialog lagi.


Tawaran dan nego Allah itu, sangat menarik. Jom kita lihat.


Modal: peneguhan keimanan terhadap-Nya. "Orang-orang yang berkata" itu bermaksud orang-orang yang berkata bukan sekadar dengan lisan, malah dengan hati. Bersaksi dengan sebenar-benar kesaksian dan kemudian meneguhkan serta berpegang dengan kata-katanya.

Hold upon your word. That's the real mukmeen, if not, then he's munafeeq.
(Sounds macho)

Balasan: Syurga (yang sangat indah,) dan Allah tambah lagi description dia: "kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta."

Benda yang kita inginkan/hendak: merujuk kepada benda yang kita nampak dan yang kita mahu. Sama ada yang memang sedia ada di dunia mahupun yang ada di dalam syurga,

dan,

Benda yang kita minta: merujuk kepada segala benda yang tak wujud lagi, tapi akan diwujudkan sekiranya kita mahu. Banyak benda, dalam dunia yang kita nak sangat cuba atau miliki, tapi tidak mampu disebabkan kekangan wang atau arahan Allah tidak membenarkan kita berbuat demikian. Contohlah, nak try jadi manusia ala-ala elf telinga panjang, atau ada kepak, atau teringin nak ramai pengikut/pelayan (untuk orang yang kepingin nak jadi boss), nak tengok zirafah leher pendek ke. Macam-macam. Mintak je.

Syurga tu dah la memang sedia ada best, dan Allah tambah lagi ke-best-an nnya dengan memberi kita peluang untuk dapat apa-apa je benda yang kita nak.

"Sebagai penghormatan bagimu daripada Allah yang Maha Pengampun Maha Penyayang",

yang telah berjuang habis-habisan untuk memegang kalimah "Allahu rabbi" dan berusaha memanifestasikannya.

Besar kan? ^________^

Sabrun ala sabr. Kunci kekuatan perjuangan itu adalah sabar. Sabar yang tinggi, sabar yang indah. Sabrun jamil. Jangan pernah tewas, sabarlah dengan segalanya. Bersabar dengan keindahan dunia dan bersabar jugalah dengan keperitannya.

Dan tunggulah saat dialog ini diucapkan kepada kita,


"Janganlah kamu merasa takut (pada hari ini) dan janganlah kamu bersedih hati,
dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan kepada kamu."



May Allah bless us.




Monday, May 6, 2013

Perubahan

Assalamualaikum :)

Bismillah.

Dah lama
Sangat lama.
Untuk tidak menangis.
Atas dosa sendiri.

..................................................

Satu masa dulu kita pernah berjanji,
Untuk mengubah diri menjadi manusia impian Ilahi,
Menggenggam semangat membara untuk melakukan perubahan diri,
Agar akhir nanti syurga yang diimpi dapat digenggami,

Dan akhirnya, Allah jawab permohonan itu
Dia bagi kita rasa apa erti hidayah, apa itu indahnya Islam
Dan dunia mula terasa seperti sangat bermakna

Tapi
Masa berlalu
Semakin lama jahiliyyah lalu kembali menyapa diri
Memujuk mujuk diri untuk kembali melakukannya semula
Dan buat diri bertanya, "Kenapalah aku tahu benda ni jahiliyyah. Kalau aku tak tau kan bagus, rilek je buat. Takde la rasa bersalah sangat."

Pastu, mula lah buat balik jahiliyyah tu. Sikit demi sedikit.
Jahiliyyah tu, siyes, dia umpama gula
Sedap, manis, best, tapi manusia tak sedar
Kalau makan banyak-banyak boleh kene diabetes mellitus.
Kadang-kadang, ada orang, dah kena DM pun still makan gak gula tu.

Sebab apa? Nafsu.

Orang lain, start sama-sama nak berubah, terus meningkat ke tahap yang lagi tinggi
Manakala aku pula, terus terbelenggu dengan jahiliyyah lama
Syaitan tu sangat hebat, nak tarik kita buat jahiliyyah tu, macam-macam benda dia buat
Kalau kita kebal, dia guna pulak saluran lain
Guna internet, guna orang-orang di sekeliling kita
Sampai benda tu jadi terhias indah

Dan end up nya, bila dah sampai satu korner,
(contohnya: exam, kerja, dll)
benda tu jadilah beban.
Beban besar. Yang sangat berat.
Bila sangat berat menghempap diri tu barulah kita tersedar dari mimpi ngeri
Maka terkekeh-kekeh lah si syaitan yang tengok dari jauh.
"Aku kisah apa," kata dia.



"Perubahan itu satu nikmat dari Allah. Nikmat yang sangat besar yang kita sahaja yang rasa sendiri betapa seronoknya untuk berjaya melakukan satu perubahan. Dan ketika mana, orang lain masih lagi sedang bergembira dengan jahiliyyah mereka sedang mereka tidak mengetahui."


Hargailah hidayah yang Allah bagi. Kalau rasa nak berubah, cepat sambut seruan tu! Sebab, kita tak tahu bila penghujung akhir nyawa kita kan. Kalau pernah terjatuh kembali selepas berubah, naik balik. Jangan down. Anda normal. Cuma, kena cepat cepat naik. Kita tak punya masa dah. Hidup 60 tahun je. Jangan bazir.

Maksud qalb itu sendiri adalah berbolak balik
Hati itu memang sifatnya berbolak balik.
Siapa yang menjaganya?
Allah.

:)


Sekian.

Sunday, May 5, 2013

Of sepot sel &kenduri

Assalamualaikum :)



"Baitul Muslim itu terbina daripada empat perkara:

1) Al-quran dan as-sunnah
2) Perkara yang kecil jangan diperbesarkan
3) Perbincangan dalam keadaan yang hudu' (tenang)
4) Doa senjata mukmin"

:)


Senyum.
Tarik nafas.


Hati mana yang tak terkejut plus gembira mendengar kenalan yang selama ni kita duk kacau-kacau nak kahwin, kan? Lebih-lebih lagi mengenangkan dia seorang ukhti yang banyak main part dalam kehidupan kita yang sedang nak mengenal erti hidup ni. Yup, mabruk kepada kak nad dan zaujnya, barakallahu lakuma wa baraka alaikuma, semoga bahtera perkahwinan yang dilayari ni sentiasa dipayungi dengan redha Allah dan layarannya sentiasa dipayungi dengan mawaddah dan rahmah. Ameen.

Tapi kali ni bukan nak cerita pasal kak nad

Tapi nak cerita pasal betapa osemnye akhawat dan majlis kak nad; dan kak nad ofkos, she deserves for that kind of marriage.

Khamis lepas kak naqibah bagitahu yang kak nad nak kawen, dan jumaat depannya adalah majlis akad nikah dan walimah beliau. Kita pun macam, "oooo oklah. Ada majlis kenduri minggu depan. Save the date. Khamis tu ade exam histo." Tapi untuk sepanjang minggu sebelumnya, akak-akak sangat sibuk ke sana ke mari menguruskan sesuatu hal-yang-di-mana kantoi yang hal itu adalah persiapan walimah kak nad (mengintai wassap orang). Mesyuarat sana sini, dan asyir--sab3ah--sayyeda=macam dekat, ke sana sini hanya untuk walimah kak nad. Tak kisah la, budak medik ke, budak dirasat ke, cairo u ke, azhar ke, sume take part dalam perancangan walimah.

Satu point yang buat aku terharu.

Point kedua. Dipendekkan cerita, maka jumaat pun tiba. Pagi tu, beberapa akak kena handle daurah bersama adik-adik dan aku pula duduk di rumah membaca buku (=_=). Kitorang plan nak pergi ke asyir pada pukul 3 sebab majlis kenduri akan start pukul 3.30 petang, after asar. Kak Ada yang masa tu BARU JE balik dari daurah terus direct pergi ke asyir, untuk escort adik-adik comel (= ak, kak husna ngn tiqah :P)

Terharu jugak.

Point ketiga: Walimah diorang sendiri, dan yep, semestinya akhawat. Akhawat sangat cool. Sampai-sampai ke kat rumah limas tu, suasana dalam rumah tu sangat-sangat lah dipenuhi dengan aura bahagia, umpama menyambut satu keraian yang amat dinantikan oleh semua orang. Budak-budak berlari ke sana ke mari, semua orang bergelak ketawa senyum melihat pengantin, dan macam..macam...macam, kenduri kat malaysia lah. Cuma kali ni tukar, femili jadi kawan. Dan lagi best, ada siaran langsung akad nikah melalui ustream untuk tontonan keluarga dan kenalan kat malaysia.

cinnamon roll yg comel

Makanan pula, banyak. Paling mengharukan (aku yang jadi tetamu pun terharu) nasi dan lauk pauk memang ditempah secara katering, tetapi kuih muih sume potluck. Masing-masing bawak kuih muih untuk disajikan kepada tetamu. Ada puding jagung, donut, kek, agar-agar, cinnamon roll (!) Terlampau banyak, sampai masa nak balik tu, masih ada kuih dalam bekas yang belum dibuka lagi. Comelnya akhawat! 

Tak lupa juga, kepada ucapan-ucapan akhawat, yang semuanya sangat bersemangat.

Dan doa yang dibacakan.

Seolah-olah itu bukan majlis untuk kak nad semata-mata, tetapi juga untuk kitorang.

"Yakinilah, yakin janji Allah yang diberikan kepada dua orang yang bersatu semata-mata kerana keredhaan-Nya, Dia akan hiasi kehidupan itu dengan sakinah dan rahmah" -quoted.


Selamat naik tangga :)

Of sepot sel

Sukacita dimaklumkan bahawa harapan dan azam saya tahun ini untuk duduk di depan sekali semasa exam practical histo tidak berjaya, malah end up duduk di tempat yang sama seperti tahun lepas: in which belakang sekali.

Imma pretty tough, isn't me?
Haha english macam ape.

Tapi nasib baik doktor baik hati bacakan soalan dalam english walaupun kami amek exam bersama budak arab. Yang bestnya tahun ni, aku berani untuk cakap kat doktor yang aku tak nampak dan slide tu blur. (Tapi end up duduk belakang gak. Haih.)

Anyway, exam histo berjalan lancar. Lepas ni anatomi pulak.


Sekian.