Hi. I'm little domo yang tak reti tutup mulut
Hidup aku simple. Jika tidak begini maka ia begini.
Tapi ia tidak semudah itu. Hak3
Abaikan ayat pelik ini.
Kini mesir mula menunjukkan bahangnya. Dengan suhu tertinggi yang mencatat 39'C, ada orang kata dah sampai tahap 41'C, sesape pun boleh jadi cacing kepanasan duduk di dalam rumah. Even subuh pagi pun tak seindah sesegar pagi-pagi yang sebelumnya. Oh how i miss a calm morning, dengan bunyi kicauan burung dan kokokkan ayam, (malangnya di sini anjing lebih galak mengokok). Aku rasa itu je satu-satunya point yang sama antara Mesir dan Sungai Besar. Tapi malangnya sekarang tidak.
Sebut pasal kampung halaman,
Dzikrul dah dapat lesen kereta, in which aku rasa agak jeles tapi takdelah jeles sangat sebab, yeah, aku matang. Keh3. Dan dia pun bakal masuk universiti. Haih, kitorang dah besar rupanya. *mengeluh*. Abah pun dah pandai main ipad, which is, satu kemajuan yang superb. Keh3. Dzakwan dan Dzahin still dalam sekolah yang sama, kat sbpi sabak. Sekolah yang aku banyak kali merayu nak masuk tapi tak dilayan. Lebih malang lagi bila semua adik-adik masuk sekolah tu, dan aku je yang tak. Tsk. Tapi takpe, rezeki orang masing-masing lah kan. Dzorif, hmm. Tiap kali tepon dia mesti dia mengeluh penat sebab kena pergi 3 sekolah setiap hari. Tula, sape suruh suka ponteng tadika masa dulu. Padan muka.
Ugh, ini bukan post homesick. Indeed, i'm not. At all.
Sebab, yeah, saya matang. Wohoo.
First paper, fisio dah habis. Orang kata fisio is such a big burden dalam banyak2 subjek tahun 2, dan aku baru perasan hakikat tu masa selesai jawab written exam minggu lepas. Fisio, sangat banyak, tapi sangat best. Dan malangnya, usai exam fisio lah baru aku paham apa yang tertulis dalam tiga buku yang tebal-tebal tu. Yeah, sekali lagi, thanks to exam. Kalau takde exam, memang tak paham lah sampai bila-bila.
Exam tu seronok, kan? Walaupun takdelah dapat jawab dengan excellent mana, tapi, sangat bersyukur kat Allah sebab Dia bagi aku paham fisio ni walaupun cuma baca dalam masa yang sangat singkat. So korang, bersyukurlah. Otak manusia tu sangat hebat sebab boleh catch up subjek yang susah payah dipelajari selama 7 bulan dalam satu minggu je. I wonder sejauh mana lagi kemampuan SEBENAR makhluk Allah yang bernama manusia ni.
Ehe. Jom masuk tajuk.
Kemampuan dan Kehendak
"Kemampuan itu datangnya dari rasa hendak.
Rasa 'nak' itu yang mampu membawa impian manusia menjadi realiti.
Jika hilang rasa hendak itu, manusia akan menjadi lemah."
Setuju tak?
Kalau kita nak sesuatu benda tu, kita akan tiba-tiba mendapat kekuatan yang luar biasa, yang di mana orang lain even diri kita sendiri tak pernah terfikir yang kita akan mampu untuk mencapai apa yang kita inginkan tu.
Rasa hendak yang datang dari dalam diri kita itu yang menolak kita untuk meng-unleash-kan segala kekuatan luar biasa super saiya yang sebenarnya terpendam dalam diri kita. Dan jika rasa 'nak' itu sendiri tak ada, atau, mungkin ada, tapi TIDAK KUAT, maka,
maka,
treshold nak capai kekuatan luar biasa itu mungkin akan jadi sangat tinggi. Sukar dan payah.
Believe in yourself, then act. Jangan keep on saying, "aku tak mampu, aku tak boleh." Kalau diri sendiri in the first place tak percaya dengan ability diri sendiri, memang sampai bila tak gerak lah kan. Bukan setakat meng-downkan diri sendiri, malahan orang len pun akan jadi down gak dengar. Kan dah jadi masalah tu.
Put faith and trust that you can do it,
dan hari tu nusai pernah pesan,
"Kalau nak buat something, jangan cakap "aku nak buat, aku plan camni camni.."
Sebaliknya, bangun je, dan terus buat!"
.........................................................
Dan Rasulullah sendiri ada ajar macam mana nak minta kekuatan. Ingat tak kisah puteri baginda, Fatimah yang pernah meminta seorang pembantu rumah untuk meringankan kerja rumahnya, tapi apa Rasulullah buat ialah, baginda mengajarkan Fatimah sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dia minta, iaitu zikir. Dzikir itu pemberi kekuatan. Andai penat dan lelah dan rasa tidak mampu, istighfar dan mintalah kekuatan dari-Nya, kerana Dia lah yang Maha Kuat.
:)
:)
"Kalau kau letih, ingatlah, beribu-ribu malaikat sedang mendoakanmu"
No comments:
Post a Comment