Monday, May 13, 2013

Quotations of bebudak nak exam anatomi

(Amaran: Post ini sedikit geli. Siapa suka makan hawashi jangan baca)

Uniknya menjadi student medik,
Tidur dengan tulang, makan malam sambil belek-belek tulang,
Sampai tahap yang tak boleh blah, hirup kuah megi sambil mata tengok video muscles dan organ yang basah-basah tu, tak rasa ape dah.

Tidur dekat satu side badan,
Lepas tu bila bangun (mamai-mamai): 

"Sakitnya kepala kat bahagian infratemporal fossa ni. Weh, apa benda yang ada kat sini?"
"Tempat origin of lingual nerve as one of branches of posterior division of mandibular nerve tu."
"..dengan tempat origin of temporalis!" Ade yang menyorak jauh dari belakang.

-Hawashi punya lipatan dikatanya macam sagittal section of cerebral hemisphere.

-Jumpa cadaver yang lawa, mata semua orang jadi bersinar teruja sambil mulut tak putus-putus berkata: "Lawanya mayat ni, siyes lawa. Lawa gila." Muka masing-masing memang blessed habis lah. Tangan pulak teruja duk godek godek mayat.
(Padahal mayat adalah benda pertama manusia normal nak cuba jauhkan diri)

-Sakit gigi belakang, takut nak kacau sebab takut lingual nerve tercedera. Nanti habis hilang taste dan general sensation of tounge.

-Kalau mengantuk, mula carik coklat dengan alasan ada serotonin-- mood elevator. Buku biochem tahun satu kata: ada theobromine --adik beradik caffeine. Activator of CNS. Lagi la rasa tak bersalah beli coklat banyak-banyak.
(Tapi end up dengan kekenyangan yang membawa kepada ketiduran)

-Ke sana ke mari bawak tulang di khalayak ramai pun muka kool je. Takde rasa macam takut diri diklasifikasikan sebagai penjenayah --sebab bawak tulang betul weh! (cuba bayangkan jika situasi ini berlaku di mesia)

-Otak duk ligat berfikir kenapa nama 'Wirsung' tiba-tiba boleh muncul dalam buku abdomen. Unik!

                
=__=  ...............


Dan banyak lagi, opkos. Haha. 


kesian kuma kene belasah masa sepanjang minggu exam leave


Sekali lagi.
Hari ni final practical exam anatomy.
May Allah ease everything. GEN11US hebat! Yosh!
Doakan ketenangan itu ada semasa saat perkataan 'shift-move-move' itu dilaungkan. :P

Sekian :)



3 comments:

Penulis said...

terbaik ah post ni! serius kool budak medik! hahhaha

D r . A I D A said...

hoho. tengok mayat macam nothing. feeling luar norma manusia sepatutnya, but that is reality of student medik.
hmm, maybe only in egypt. budak jorden 1st n 2nd year kateny gune patung je.

harumaki said...

haha.
tapi bila masuk rumah hantu, nampak skull bergerak, menjerit jugak. haila