Monday, May 6, 2013

Perubahan

Assalamualaikum :)

Bismillah.

Dah lama
Sangat lama.
Untuk tidak menangis.
Atas dosa sendiri.

..................................................

Satu masa dulu kita pernah berjanji,
Untuk mengubah diri menjadi manusia impian Ilahi,
Menggenggam semangat membara untuk melakukan perubahan diri,
Agar akhir nanti syurga yang diimpi dapat digenggami,

Dan akhirnya, Allah jawab permohonan itu
Dia bagi kita rasa apa erti hidayah, apa itu indahnya Islam
Dan dunia mula terasa seperti sangat bermakna

Tapi
Masa berlalu
Semakin lama jahiliyyah lalu kembali menyapa diri
Memujuk mujuk diri untuk kembali melakukannya semula
Dan buat diri bertanya, "Kenapalah aku tahu benda ni jahiliyyah. Kalau aku tak tau kan bagus, rilek je buat. Takde la rasa bersalah sangat."

Pastu, mula lah buat balik jahiliyyah tu. Sikit demi sedikit.
Jahiliyyah tu, siyes, dia umpama gula
Sedap, manis, best, tapi manusia tak sedar
Kalau makan banyak-banyak boleh kene diabetes mellitus.
Kadang-kadang, ada orang, dah kena DM pun still makan gak gula tu.

Sebab apa? Nafsu.

Orang lain, start sama-sama nak berubah, terus meningkat ke tahap yang lagi tinggi
Manakala aku pula, terus terbelenggu dengan jahiliyyah lama
Syaitan tu sangat hebat, nak tarik kita buat jahiliyyah tu, macam-macam benda dia buat
Kalau kita kebal, dia guna pulak saluran lain
Guna internet, guna orang-orang di sekeliling kita
Sampai benda tu jadi terhias indah

Dan end up nya, bila dah sampai satu korner,
(contohnya: exam, kerja, dll)
benda tu jadilah beban.
Beban besar. Yang sangat berat.
Bila sangat berat menghempap diri tu barulah kita tersedar dari mimpi ngeri
Maka terkekeh-kekeh lah si syaitan yang tengok dari jauh.
"Aku kisah apa," kata dia.



"Perubahan itu satu nikmat dari Allah. Nikmat yang sangat besar yang kita sahaja yang rasa sendiri betapa seronoknya untuk berjaya melakukan satu perubahan. Dan ketika mana, orang lain masih lagi sedang bergembira dengan jahiliyyah mereka sedang mereka tidak mengetahui."


Hargailah hidayah yang Allah bagi. Kalau rasa nak berubah, cepat sambut seruan tu! Sebab, kita tak tahu bila penghujung akhir nyawa kita kan. Kalau pernah terjatuh kembali selepas berubah, naik balik. Jangan down. Anda normal. Cuma, kena cepat cepat naik. Kita tak punya masa dah. Hidup 60 tahun je. Jangan bazir.

Maksud qalb itu sendiri adalah berbolak balik
Hati itu memang sifatnya berbolak balik.
Siapa yang menjaganya?
Allah.

:)


Sekian.

No comments: