Tuesday, April 26, 2011

hasil terakhir html :)

(perhatian: post ini ditulis menggunakan kod html)
 
lucky star !





Klik pada mana-mana tajuk yang anda berkenan. Ingatlah bahawa 52 sama dengan 25 !


Pemberi

Cara capaian utama Internet ialah melalui pemberi atau komputer hos. Pemberi sudah sedia tersambung pada internet
dan memberi laluan atau sambungan kepada individu untuk mencapai internet. Ada 3 yang pemberi banyak
digunakan iaitu kolej dan universiti,pemberi perkhidmatan internet dan pemberi perkhidmatan dalam talian
Untuk kolej dan universiti, ia adalah capaian secara percuma melalui rangkaian
kawasan setempat. Manakala pemberi perkhidmatan Internet menawarkan capaian Internet
dengan mengenakan bayaran. Contohnya Jaring dan TMnet. Bagi pemberi perkhidmatan dalam talian
,selain capaianInternet, ia juga menyediakan capaian pelbagai perkhidmatan lain. Antara yang terkenal
ialah American Online (AOL) dan MSN.


Sambungan

Sambungan ini boleh dilakukan sama ada secara terus ke Internet atau secara tak terus melalui pemberian perkhidmatan.
Sambungan mempunyai 3 jenis iaitu Terus atau Dedikasi , SLIP dan PPP dan Sambungan Terminal .
Maksud Terus dan Dedikasi ialah capaian Internet paling efisyen yang memerlukan pautan terus/dedikasi.
Manakala SLIP dan PPP pula memerlukan modem berkelajuan tinggi dan
talian telefon standard. Akhir sekali ialah Sambbungan Terminal ialah kaedah capaian ke Internet
menggunakan modem berkelajuan tinggi dan talian telefon yang standard.


TCP/IP

TCP/IP ialah protokol kawalan peghantaran Internet yang mengawasi bagaimana dan bila komputer berkomunikasi anatara
satu sama lain. Protokol juga mengawal bagaimana mesej dibahagikan, dihantar dan disambung semula.
TCP merupakan penghantar dan penerima mesej bagi setiap proses. Ianya digunakan supaya dapat dikenalpasti
rangkaianyang berlainan konfigurasi dan topologi

No comments: