Tuesday, May 7, 2013

Knight in white-shining-armor

Sesungguhnya orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka

 malaikat-malaikat akan turun kepada mereka,

dengan berkata

"Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati,
dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan kepada kamu."


"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat;
di dalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta."

"Sebagai penghormatan bagimu daripada Allah yang Maha Pengampun Maha Penyayang."


.....................................................................

Terlalu banyak, scene-scene yang bakal berlaku pada masa akan datang, dirakamkan terlebih dahulu di dalam Al-Quran. Malah siap dengan ada dialog lagi.


Tawaran dan nego Allah itu, sangat menarik. Jom kita lihat.


Modal: peneguhan keimanan terhadap-Nya. "Orang-orang yang berkata" itu bermaksud orang-orang yang berkata bukan sekadar dengan lisan, malah dengan hati. Bersaksi dengan sebenar-benar kesaksian dan kemudian meneguhkan serta berpegang dengan kata-katanya.

Hold upon your word. That's the real mukmeen, if not, then he's munafeeq.
(Sounds macho)

Balasan: Syurga (yang sangat indah,) dan Allah tambah lagi description dia: "kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan apa yang kamu minta."

Benda yang kita inginkan/hendak: merujuk kepada benda yang kita nampak dan yang kita mahu. Sama ada yang memang sedia ada di dunia mahupun yang ada di dalam syurga,

dan,

Benda yang kita minta: merujuk kepada segala benda yang tak wujud lagi, tapi akan diwujudkan sekiranya kita mahu. Banyak benda, dalam dunia yang kita nak sangat cuba atau miliki, tapi tidak mampu disebabkan kekangan wang atau arahan Allah tidak membenarkan kita berbuat demikian. Contohlah, nak try jadi manusia ala-ala elf telinga panjang, atau ada kepak, atau teringin nak ramai pengikut/pelayan (untuk orang yang kepingin nak jadi boss), nak tengok zirafah leher pendek ke. Macam-macam. Mintak je.

Syurga tu dah la memang sedia ada best, dan Allah tambah lagi ke-best-an nnya dengan memberi kita peluang untuk dapat apa-apa je benda yang kita nak.

"Sebagai penghormatan bagimu daripada Allah yang Maha Pengampun Maha Penyayang",

yang telah berjuang habis-habisan untuk memegang kalimah "Allahu rabbi" dan berusaha memanifestasikannya.

Besar kan? ^________^

Sabrun ala sabr. Kunci kekuatan perjuangan itu adalah sabar. Sabar yang tinggi, sabar yang indah. Sabrun jamil. Jangan pernah tewas, sabarlah dengan segalanya. Bersabar dengan keindahan dunia dan bersabar jugalah dengan keperitannya.

Dan tunggulah saat dialog ini diucapkan kepada kita,


"Janganlah kamu merasa takut (pada hari ini) dan janganlah kamu bersedih hati,
dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan kepada kamu."



May Allah bless us.




1 comment:

shakirah said...

kena tepat pada tempatnya,thanks