Saturday, May 12, 2012

Exam&Sushi photoshoots


semasa exam praktikal biochem.

Cerita dulu.

Haaa. Keluar dari makmal biochemistry hari tu dengan muka lega. Masing-masing nampaknya ceria. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Kami diberi dua solution untuk dikenalpasti namanya semasa exam tersebut. Seronok, sebab dia macam main teka-teki dalam scientific way ^_______^. Dan kita diuji bersama-sama, jadi takdela rasa gelabah se-gelabah masa exam yang lain.

Pagi itu, ak datang ke universiti agak awal la jugak. Maklumlah, final exam kot. Takkan la nak datang lambat-lambat. Karang gelabah, kesian kat famili dan JPA yang nak tengok ak excel dalam peperiksaan. (contoh orang berfikiran jauh. haha :D )

Macam biasa, pagi tu ak terjumpa dan tergelak-gelak bersama Aima dan kembarnya Aina sambil bersoal-soal mengenai chart flow experiment of biochemistry; which comprises all the experiments that we'd learn before. Cakap-cakap, gelak. Main teka-teki sambil ketawa. Alahai, indahnya waktu pagi yang dipenuhi dengan senyuman. :) Time tu, memang laju dan yakin je nak amek exam. Rasa macam no problem dahh. Sebabnya tiap kali semua soalan dihulur oleh aima, dengan cekap dan tangkasnya ak dapat jawab. (perasan!)

Tapi,

takdir Tuhan siapa yang tahu, kan.

.....................................................................................................................

:D saspen tak?






kertas OMR untuk finals dah sampai!


Still, masuk exam masih lagi ceria.

Duduk dekat seat number 5056 pun masih lagi ceria.

Tengok solution pun masih lagi ceria. Sambil-sambil tu assume tentang jenis solution tersebut before exam bermula. Ya, it's turbid plus have some bubbly appearance at the top. Kacang gila! Ni mesti egg white solution.

Bila examiners suruh mula, ak pun mula dengan muka yang senang hati. Bersama assumption-assumption yang telah ak buat dalam kepala, ak terus jump kepada experiments yang lebih terarah, mengabaikan reactions asas yang awal seperti Biuret dan Molisch. 

Dan kesannya, bila ak buat heat coagulation test, ternyata takde postive result. Untuk solution satu lagi yang ak jangkakan urea, dia pun bagi negative result masa sodium hypobromite test. Takde effeverscence

Apa semua ni..!!

Lalu keadaan menjadi panik. Tambah pulak dengan takde jam kat tangan.




sushi yang entree (3 nabila) buat. nabila, fairuz nabilah dengan aima nabila :)


.........................................................................................................


Morals.

"Life is not as easy as you thought it could be. It's full of trials".

Itu memanglah hikmah terbesar sebuah ujian. Ujian mengajar kita erti hidup. Sometimes, orang cakap ia adalah pewarna kehidupan. Melalui ujian kita membina peribadi diri. Melalui ujian kita belajar meng-evaluasi diri. Melalui ujian kita lebih bersedia untuk menempuh hari-hari akan mendatang. Betul tak?

Ada satu quote yang kawan ak pernah cakap. Tak ingatlah, una atau si oren fath.  Katanya:

"Life is an experiment. The more experiments you make, the better you will be."

People said, the books that you read, the food that you eat will determine who will you be. Dan, begitu juga dengan ujian.

Next, satu lagi moral yang ak dapat daripada exam kali ini ialah,

Don't expect anything good. Dream for it, but be ready for the contrary.



saja nak tunjuk deskty comeii


.................................................................................................................................



Ambil masa tenangkan diri sekejap. Dan mula daripada awal.

Buat Biuret. Buat Molisch. Step by step.

Alhamdullilah, dapat jawapan.


12 comments:

Syahira. said...

samalaaa mcm step DnT. tak boleh nak terus lompat ke UA kalau FM pun tak settle lagiii :D

Anonymous said...

sedikit teguran....



*sodium hypobromite lah kak. HAHA

harumaki said...

T^T..hoooo. siyes selama ni ak ingatkan hypobromide. ngaaa~ takpetakpe, dah betulkan dah!

h3@rtY: yup. tepat dan comel sekali!
base kena kuat. baru boleh proceed step sterusnya:)

KID said...

Lbeh kurg cm paper physics aku j..tp ak tak dpt jwab trus..argghh

harumaki said...

Haha. orang arab biasanya akan selawat beberapa kali kalau dia lupa something. Rasanya kita pun kene camtu kot.

tapi takpe, sebab dia fizik, jadi ak pun xle cakap ape2 la. haha.

..::NaBiLaH SoLeHah::.. said...

hehe,,lawak bace citer akk..tergelak je saye...apa pun,good luck kak nab! :)

Penulis said...

kak~ mulakan sesuatu dengan bismillah ok!

lagi satu. sebelum lakukan something, serah segalanya kat Allah. Allah yg berkuasa nk bgi atau x. So, bergantung harap kat Nya ok :)

Good luck anatomy esok.

harumaki said...

adik nab: insyaAllah awk pn akan alami benda2 eksperimen ni. tunggu jela. lepas tu, jgn lupa citer ek. haha :D

aima: mak! shob2. jom tawakkal! meletakkan Allah sebagai al-Wakil; tempat kita bergantung harap sebagai wakil yang mengurus kehidupan kita. Dia always akan beri yang terbaik untuk kita, kan. Sebab Dia sayang kita :)

Syahira. said...

shuuuuweetnyaaa nabilasquared nii :D

Husna As Saedah :) said...

Tu bkn quote ak , tu quote cik Google yg punyeee..heeee2,

harumaki said...

yeke? kredit to cik google. tp quote to really boost-up-ing orang tau.

harumaki said...
This comment has been removed by the author.