Saturday, May 5, 2012

ideal

"Jangan suka menyalahkan orang lain. Kehidupan itu umpama sungai. Banyak masalahnya, banyaklah keladaknya."

hadiah reunion MEG03. sori kamera tak lawa.

.......................................................................................

Pisat pisat mata lagi.

Rasa refreshed gila bangun pagi tadi. Malam semalam merengek-rengek nak balik rumah. Sebab terpukul dengan nasihat sahabat, kot.

Living in idealistic. It is impossible. Yang perlu ialah kita sama sama berusaha ke arah idealistic itu.

But, i'm living in a community who always talk about idealistic idea.




It is hurt when i couldn't reach those stages which they speak about.


 .......................................................................................

Niat dalam kehidupan.

Sambil-sambil baca buku histology dan mendengar lagu pada waktu pagi yang sangat aman. Tiba-tiba slot Islam itu indah oleh Prof Dr. Muhaya di IKIM menjengah ruang earphone.

Dan tajuknya TEPAT mengena ruang hati. Niat dalam kehidupan.

Dr kata, kehidupan manusia itu ada dua jenis. Kehidupan ketuhanan atau kehidupan ego. Siapa yang hidup dalam kehidupan ketuhanan insyaAllah dia akan bahagia sepanjang masa, kerana dia redha dalam setiap takdir yang Allah bagi. Kejayaan atau musibah, dua-dua ada hikmah dalam dirinya.

Kehidupan ego pula, adalah yang paling rugi. Ego dengan nasihat kebaikan. Ego untuk menjadi manusia yang diredhai Allah. Seakan-akan menempah tiket ke neraka.

Gulp. Terasa kot.

Dan dan tu, boleh pulak ada orang call IKIM, tanya pasal manusia yang nak cuba berubah sikit-sikit. Katanya manusia itu tidak perfect. Biarlah hari ni cuba-cuba solat satu waktu je, esok dua, tiga, dan seterusnya. Pakai tudung pun sikit-sikit.

Jawapan doktor,

"Manusia tak perfect. Buat sikit-sikit dulu. Yela tu. Kalau esok Allah ambil nyawa kita, macam mana? Benda yang wajib kita tidak boleh lengah-lengahkan. Ini perintah Allah"

Gulp lagi. Adehhh..terasa macam dahi ak ni dah berlubang-lubang kene tembak.
Jadi baik pun perintah Allah, ape.


"Dengar nasihat, kita suka atau benci? Jangan sampai hati kita ditarik daripada hidayah Allah."


Lagi.


"Tiga formula untuk tidak bahagia; orang yang suka menyalahkan orang lain, orang yang suka merungut dan orang yang suka menyalahkan diri sendiri.


Dan lagi.

Benar, jadi hipokrit itu pahit. Hipokrit menjadi baik itu perit.

Tapi Allah adalah segalanya. Tak rasa bangga atau bahagia ke bila awak berjaya menghipokritkan diri untuk menjadi seseorang yang Allah suka?


"Letakkan hanya Allah dalam diri kita."


Rasanya macam dah dapat jawapan. Terima kasih kepada Dia dan mereka.

.......................................................................................

buku histo yang comel.


Hari ni exam practical histology. Doakan kami, eh.

Sedar tak sedar dah nak final dah rupa-rupanya.

Terima kasih kepada tok guru aima nabila kerana banyak membantu saya dalam bebenda histo ni. Dan juga kepada FB. (siyesly baru terasa seronoknya belajar histo guna mukabuku semalam :DD Haha. *Selama ni kau guna untuk apa, ha? =_=)

Dan,


Selamat hari jadi kepada si Hafizati Ishak yang amaaaatt bergayaaa :DDDD. Semoga umurmu mendapat keberkatan dan redha Allah. Ganbatte hafi!

Tahu tak, dia ni sangat hebattt! Sangat admire orang sepertinya. Cool dan tak gelabah plus suka buat muka kelakar. (Dah mula cheesy dahhhh =____=")

Saya doakan awak dapat mencapai segala impian dan bahagia dunia akhirat, insyaAllah :)

.......................................................................................



Haha, saya mintak ampun dan maaf kepada pihak yang terlibat. Jazakunnallah kahiran katheera juga :)
Sahabat yang baik ialah sahabat yang remind us to Allah.
sila tolong saya jadi baik lagiiiii ^______^



4 comments:

Anonymous said...

ideal? heh. igt pasal berat badan ideal.

harumaki said...

Haha. manusia selalu nak ideal kan. dunia ideal impian. Heh, tapi ideal2 tu tak kan dapat ter-realisasi kalau tak ada usaha ke arahnya.
Same goes to berat badan :)

Anonymous said...

ape guna kawan kalu x tolong kawan. x cm tu bella? nanti ajar aq ant plak! :)

harumaki said...

gaya macam tok guru aima je yang cakap. betul ke?
dont woriii laaa :D jom sama-sama. (tp memang biasa ko yg ajar ak. heheh =_=")